Showing posts with label Hubungan. Show all posts
Showing posts with label Hubungan. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Jangan kerana cinta, hidup merana..

Wangi sungguh bunga ros merah,
Sakitnya tangan tercucuk durinya;
Jagalah diri jagalah maruah,
Jangan kerana cinta hidup merana.
Bersempena dengan Valentine's Day hari ini..Lat'z ingin mengucapkan selamat menyambut hari kekasih..^.^.
Kepada mereka yang mempunyai kekasih pasti akan meraikan hari yang istimewa ini..apa yang anda berikan kepada pasangan anda? Sejambak bunga ros? Hadiah teddy bear? Candle light dinner? Atau maruah anda?
Jangan sampai anda mengadaikan maruah anda hanya kerana ingin menunjukkan kasih sayang kepada pasangan anda. Terdapat segenlintir pasangan pasti akan bergelumang dengan maksiat sehingga pergi check-in di hotel bagi memadu asmara di hari kekasih ini..ish..perlukah melakukan maksiat bagi membuktikan kasih sayang? Operasi mencegah maksiat pasti akan dilakukan, tak hairanlah kalau ada pasangan yang tertangkap di bilik hotel semasa hari kekasih ini.. tak masa hari kekasih pun kalau tengok TV, banyak pasangan yang kena tangkap..
Cuba anda fahami pantun di atas pada pembukaan entry Lat'z...Bukan apa, banyak orang yang hidupnya hancur hanya kerana berpunca dari CINTA.. Remaja yang masih bersekolah sekiranya asyik bercinta akan terjebak dengan gejala sosial dan perkara yang tidak elok. Bercinta semasa belajar sudah pasti akan menghalang anda untuk berjaya hingga ke menara gading..ada sesetengah orang yang mengandung semasa belajar pasti akan menjadi penyumbang kepada kes pembuangan bayi di Malaysia. Kalau tidak buang lalu kahwin serta mendirikan rumahtangga, Lat'z yakin rumahtangga pasti tidak akan kekal..ini kerana jiwa masih muda dan masih ada rasa tidak puas enjoy  dengan kehidupan..muda2 lagi dah jadi seorang ibu..jadi bertambahlah penyumbang kes status janda & duda.. bagi yang tidak mengandung, dari bercintalah mereka akan menjadi seorang yang kaki enjoy ..pergi clubbing  dan enjoy.. 
Kekadang para perempuan yang kaki enjoy ini tidak sedar bahawa bagaimana pandangan dan tanggapan lelaki melihat mereka..Lat'z sendiri pernah mendengar dari mulut lelaki di mana mereka melihat perempuan yang sosial dan sesuka hati berkepit dengan lelaki adalah seperti ANJING..!! Bagaimana anda melihat anjing, begitulah anda akan dipandang oleh masyarakat sekiranya anda tidak pandai menjaga diri dan maruah anda..Mahukah anda dilihat sehina seperti anjing? O.o.. bak kata Nabil..Lu pikir la sendiri..
Kepada perempuan : Jagalah mahkota anda sebaiknya dan jangan sampai anda dipandang seperti anjing.
Kepada lelaki : Janganlah menghancurkan hidup anda dan orang lain.
p/s: DON'T let the LOVE ruin your LIFE & destroy your AMBITION.. One day in future, your surely REGRET if you can't achieved SUCCESS IN LIFE.

Thursday, 9 February 2012

Bukan Semua Perkara Kita Dapat Kongsikan Bersama

Bukan semua perkara kita dapat kongsikan bersama...ada sesetengah perkara perlu kita rahsiakan dan disimpan di dalam hati...bukan semua perasaan kita dapat luahkan kepada orang lain..kadang2 amat berat untuk kita meluahakn sesuatu kerana kita takut semua akan berlaku pada diri kita..

Setiap orang pasti akan ada pernah melalui detik2 dan saat2  yang sukar namun kita tidak boleh meluahkan dan memberitahu orang mengenai apa yang anda rasa...setiap orang yang mempunyai masalah tersimpan di dalam hati pasti akan jelas nampak dari wajahnya..
wajahnya yang sering berkerut, wajah yang nampak kerisauan, wajah yang nampak kesedihannya...

Sesetengah orang dapat menyimpan masalah yang dihadapi dan tidak memberitahu sesiapa namun wajah manusia tidak dapat menyimpan kerana pasti orang akan dapat tahu bahawa seseorang itu menghadapi masalah..tatkala semua orang sedang bergembira, ketawa riang, dia hanya berdiam diri,kalau senyum pun..senyum terpaksa...ini adalah kerana amat payah bagi seseorang yang bersusah hati menggembirakan dirinya...Seseorang itu hanya dapat kelihatan gembira sekejap sahaja,tapi selepas itu, dia akan nampak bersedih..
Sesetengah orang tidak mahu berkongsi masalah yang dihadapi kerana takut orang lain tidak memahami keadaan dan situasi yang sedang dihidapi..Janganlah kita berkongsi masalah yang akan memalukan diri kita sendiri kerana sudah pasti orang lain akan mentertawakan anda dari belakang..

Senang untuk kita mencari kawan semasa gembira..
Tetapi payah untuk kita mencari kawan semasa kita sedih...

Orang tidak akan faham dan memahami dengan masalah dan situasi yang kita hadapi..
Adalah baik untuk kita tidak berkongsikan masalah kita dengan orang kerana sudah pasti kita akan menyesal sekiranya kita dapat tahu kita dijadikan bahan ketawa di belakang kita..kerana manusia terdiri daripada orang yang baik di depan kita tetapi sebaliknya menikam dari belakang...

Hati yang sakit memang menyakitkan tetapi ingatlah..janganlah anda meluahkannya kerana anda juga yang akan memalukan diri sendiri...

Hati yang sakit tiada siapa yang tahu..doktor pun tidak dapat mengubati sakit hati...O.o

Thursday, 29 December 2011

Do as what your love said..They says it because they love you





A TRUE STORY WITH COUPLE'S PICTURE
(Must Read.. It Will Pull The Strings of Your Heart ♥)

This is a story of a couple from Phillipins, There was a girl named Julie who used to fear falling in love because she has seen her mother's suffering, this girl has lost her father when she was 13 and her mother was left all alone with his memories & Stolen Moments !! Her father used to smoke a lot and beca
use of smoking he suffered from cancer and died !

It's true no one knows destiny, this girl Julie who used to fear love and hate smokers has fallen in love with one of his class mate named McCoy who was a chain smoker. she used to tell his father's story to him every-time they met expecting him to quit Smoking. she realized that he has started avoiding her as his friends used to tease him whenever he used to smoke with them. Julie wanted to see him happy so she stopped objecting him :'( and just after 3 months of her relationship she realized that he is suffering from a lung disease called emphysema caused due to smoking.

McCoy has fallen seriously ill and his treatment started, it continued for 2 years many times his health became so worst that doctors also thought he will die !! But it was Julie's love who kept him alive and recover, all these 2 years she spent all her time with him in the hospital (Check The Picture).. she stopped going to college.. fought with her mother & relative.. invested all her pocket money.. and thus she defined love ..♥

The Boy Recovered And Has Quit Smoking !! He Has married Julie And now they both are living happily together !! He always feels guilty for not listening to his Love ♥ Julie earlier, he now gives one message to everyone "Do 100 things that friends asks you to do, but please don't do at-least that one thing that your love don't want you to do ..♥"

"Friends, i will not say Smoking is dangerous for health because that is already written on the box of smoke but i will like to tell you.. that you started smoking for yourself now quit it for someone who loves you !!

next time when your Love or your parents ask you not to smoke recall this True Love Story and answer yourself that do you want them to suffer for a mistake that you are doing today"





Sumber : I wish you loved me 

Friday, 5 August 2011

Kawan makan kawan..(O.o)

Backstabber bermaksud orang yang suka menikam dari belakang kawannya sendiri, berpura2 baik dengan seseorang itu tetapi 'menikam' dari belakang. Kawan baik sendirilah akan menjadi musuh anda dan bila2 masa saja akan menikam anda dari belakang. Dalam erti kata lain 'musuh dalam selimut'..iaitu bermaksud " musuh yang tidak diketahui, yang sangat dekat atau ada dalam lingkungan sendiri "


Kita semua sepatutnya berhati2 dengan orang yang berada di sekeliling anda kerana anda tidak tahu siapa dan di mana serta bila seseorang akan menikam anda dari belakang. Kita seharusnya berhati2 dengan orang yang rapat dengan kita kerana kita tidak tahu apa niat mereka terhadap kita. Walaupun pada permulaannya hubungan persahabatan anda sangat baik dan rapat tetapi tidak mustahil kawan baik anda itulah yang akan mengkhianati anda tanpa anda sedari. 


Hati manusia boleh berubah tanpa kita sedari. Perangai, sikap dan layanan seseorang boleh berubah mengikut peredaran masa dan keadaan sekeliling. kita tidak menyangka apa yang akan terjadi dan kita tidak juga menyangka apa yang orang lain akan lakukan kepada anda. 


Oleh itu, senantiasalah berhati2 dengan rakan2 sekeliling..takut ada yang bawa pisau..!!! Mati kena tikam..huhu..(O.o)...Tengok kartun kat atas tu...bukan tikam pakai pisau lagi tu..tikam pakai lembing...!! Haha..

Akhir kata dari Lat'z :

Jangan percayakan sesiapapun..percayakan dengan diri anda sendiri..(^.^)

Wednesday, 3 August 2011

Fire Stone People..(O.o)

Haa..anda tau tak apa tu FIRE STONE??
FIRE STONE kalau di'translate ke Bahasa Melayu ialah BATU API..
Apa maksud batu api??
Batu api adalah merujuk kepada orang yang suka mengasut orang lain supaya orang tu bergaduh sesama diri..kenape eh orang ni suka sangat jadi batu api??? Ape yang mereka dapat hasil dari perbuatan mereka yang menjadi batu api ni??
Setahu Lat'z tak dapat apa2pun...cuma kena sumpah seranah orang ada ler..kalau jadi batu api tu boleh jadikan seseorang tu kaya, sikda hal..Kalau jadi batu api ni boleh naikkan gaji orang tu, sikda hal.. dah tu ..pahal nak jadi batu api??? Suka sangat menghasut..apa kejedah macam ya???..(O.o)


Orang yang jadi batu api ni boleh dilabelkan sebagai orang yang bermulut jahat...kata2 yang penuh hasutan..!!! Eeee...tak suke ler...pompuan yang lebih banyak dari batu api..orang yang jadi batu api ni sebenarnya nak menjatuhkan orang lain..contoh..kalau di tempat kerja menghasut rakan kerja...biar orang yang mendengar hasutan tu tak nak berkawan dengan seseorang tu..sampai tak bertegur sapa walaupun berselisih..!!! Tengok la betapa tingginya ilmu orang yang jadi batu api ni boleh memecah-belahkan hubungan persahabatan orang..,satu lagi contoh ialah mengasut bos dengan menceritakan keburukan rakan kerja yang..cerita itu la..cerita ini la...biar bos tak suka dengan orang tu...tapi sedarkah kamu wahai si batu api??? Kamu yang suka hasut dan memburukkan orang lain..adakah kamu ada ambik cermin tengok muka sendiri??? Cantik sangat ke muka kamu tu?? Kau tek kacak??? Mun kacak pun perangai kedakya..boh ja la..(O.o)..Hmm..Janganlah kita nak jadi batu api...pikirlah sebab tiada faedah kita menghaut orang sehingga mencetuskan persengketaan dan hubungan orang lain...cemburu dengan kegembiraan & kemesraan orang lain ke?? Sian tengok orang batu api tok dibenci orang...


Tuhan akan membalas segala perbuatan orang yang merosakkan hubungan orang lain..Tunggu dan lihat..wahai si batu api..kamu akan menerima pembalasannya...

Tuesday, 2 August 2011

Bos oh bos..

Bos terbaik di dunia?? Bagi yang dah bekerja..tanya diri sendiri adakah bos anda bos yang TERBAIK di dunia??? 
 Kebanyakan kita mengeluh bila ditanyakan tentang bos...(berbunyi cicak..hehe..)
Bagaimanakah layanan seorang bos yang membuatkan anda hormat dan menyanjungi bos anda?? Mestilah seseorang bos itu bekerja secara professional dalam segala hal...tidak emotional...sesetengah bos mudah emotional..emm..enda ku tau eh..


Sesetengah bos akan berkata "  I AM THE BOSS..!! " Macam mane perasaan anda kalau bos anda cakap macam tu dengan anda?? Jawab la " YES BOSS !! " tapi dalam hati kata.."GO TO HELL LA.." Tau la kita yang dia bos...tak payah cakap..kami tak lupa...tapi ingatla...dengan berkata begitu awak ingat kami orang bawahan nak respect sama kamu?? Lu pikirlah sendiri..(kata nabil tek)...majoriti yang saya tengok banyak yang tak suka bos..gara2 perangai & sikap bos..Kamu jadi bos kerana kamu tu berpangkat besar je...sedarlah yang kite ni sama je..kita manusia..bila dah mati kelak..bila dah kiamat kelak..mana ade Tuhan akan pandang kamu walaupun kamu bos..sama ke kamu dengan yang lain...Jadi bos jangan nak berlagak sangat..sama je makan gaji..sama je makan nasi...


Anda baca rule kat atas tu ??  Betul ke?? Memang ler betul..tapi tak semua nya betul..manusia mana yang tak buat kesilapan...kalau pergi jabatan buruh buat aduan...mana ade dengar kata bos...mesti orang dengar kata pekerja...kalau bos sentiasa betul..maka terjadilah situasi di mana bos tu memperalatkan pekerjanya...jangan ingat awak bos awak boleh buat rules kamu sendiri...


Siapa tak stress kalau bos banyak karenah...beri kerja bertimbun2...ada juga bos yang suruh orang bawahan dia buat kerja..dia pula goyang kaki..lepas tu dia yang dapat pujian atas jasil kerjanya..orang lain tak tau yang orang bawahan dia yang buat kerja..aaiee...banyak la yang saya tengok dan perhatikan keadaan sekeliling...ada juga yang hal peribadi pun bos suruh orang majikan dia buat..contoh ambik  barang yang dia beli dari kereta dia..ish..teruk betul kan?? Ada juga bos yang akan berkata "kalau kerja tak siap tak boleh cuti.." Tapi bagaimana kalau orang tu betul2 ada hal & perlu ambi cuti secara emergency ?? Ada juga bos yang banyak dalih contoh...bila ada mesyuarat..mesti cuti, sick leave la..kereta rosak la..Macam tu ke jadi bos?? Bos yang baik akan tunaikan tanggungjawab..susah sangat ke nak pergi mesyuarat sampai nak lari??? Lawak la...haha...aku pernah jumpa bos macam ni tau...

Haa...kalau kita mengata bos atau mengumpat bos...hati2 sikit..nanti bos dengar..tak pun yang jadi kaki bodek bos dengar & sampaikan cerita dengan bos...tak ada satu pekerja pun yang tak pernah bergosip tentang bos mereka...mana2 tempat kita pergi pun ada je cerita tentang bos...manusia memang suka bergosip...haha..Lat'z pun tak terlepas...(O.o)


Hati2 juga dengan bos..kalau dia tau kamu bergosip tentang dia..nahas kamu...silap2 kena buang kerja...kalau kerja kat company @ swasta..leng leng ja kawan kena buang keja..mun kerja dengan goverment..haa..selamat korang...sebab kesalahan kamu tiada dalam Perintah Am @ GO..bukan kesalahan yang teruk sampai kena buang kerja..tapi palimg2 pun kena tukar pergi department lain..sik hal...masih juga bekerja dan makan gaji,..

Di sini Lat'z nak ingatkan kepada semua bahawa kita mesti mengetahui hak kita sebagai pekerja...we have to know our right..jangan sampai kita diperbodohkan oleh bos..kalau yang bkerja dengan kerajaan..bukan bos yang bayar gaji kamu..kamu buat je apa kerja kamu mengikut senarai tugas kamu mengikut jawatan yang kamu sandang..jangan buat kerja yang bukan dalam senarai job description kamu..tapi bekerja jadi orang bawahan ni susah juga...pandai2lah membawa diri...masuklah persatuan pekerja...

"Sendiri mau ingat la..."

Thursday, 28 July 2011

Isteri Queen Control??


Tahukah anda apa itu Queen Control?? 

Queen Control biasa digunakan oleh rakyat Malaysia bilamana mereka memperkatakan akan lelaki (suami) yang dikawal aktiviti, pergerakan dan segalanya oleh isteri-isteri mereka. Ianya juga digunakan sebagai satu kata ganti untuk menunjukkan bahawa orang perempuan menguasai kuasa dalam satu organisasi, syarikat atau keluarga.

Ni Lat'z nak katakan, kalau isteri adalah queen control si suami pasti tertekan dengan sikap isteri yang begitu mengawal mereka. Isteri arah itu,isteri arah ini. Emm..suami memang akan mengikut arahan isteri  tetapi jangan hairan la kalau si suami cari yang lain. Mana tak nye, siapa yang dapat bersabar dan bertahan dengan isteri yang QUEEN CONTROL..!!! Tak percaya tanyalah beberapa suami yang telah berkahwin, adakah isteri mereka queen control?? Ada isteri yang bila tepon suami,bukannya nak cakap baik2 dengan lemah lembut, bahkan meninggikan suara. Bayangkan kalau anda menjawab tepon, tetiba je mendengar suara yang membingit telinga. Suami bukan pekak la nak jerit..cakaplah elok2..macam nak nak jaga hati suami kalau  bercakap pun terpekik2,teriak2 & jerit2..


Ada juga suami yang menjadi hamba kalau si isteri membeli belah. Wah..bertimbun2 barang dibawa oleh suami. Kalau isteri adalah suri rumahtangga sepenuh masa, maka si suami yang mengeluarkan duit untuk perbelanjaan isteri membeli belah. Fuh..mekap..wanita memang tidak dapat dipisahlan dengan mekap.. mekap cantik2 pun suami tak juga setia kalau perangai Queen Control . Walau betapa cantiknya kamu tetap suami akan jemu dan bosan dengan anda, hanya kerana kamu tu Queen Control!! Sorry la..dah la kamu tu tak bekerja, perbelanjaan semua suami. Kalau macam tu la, baik cari yang lain..haha..baru padan muka kau kena tinggal suami jadi janda..(O.o) Walau 10 kali kamu berkahwin kalau perangai kamu masih Queen Contol..maka 10 kali la anda menjanda..kalau tak pun cerai, suami pasang lain kat luar...Emm..kesian lah suami, janganlah mengawal mereka sangat..makin kita kawal, makin dia menjadi...lelaki tak suka dikawal dan dikongkong..betul tak wahai lelaki?? 


 Emm...pernah juga Lat'z jumpa isteri yang suka mengarah suami untuk melakukan kerja rumah. Laa..dh terbalik ke dunia ni?? Kalau kerja rumah semua suami yang buat, kamu tu jadi isteri buat ape?? Kalau suami bekerja,pulang rumah buat kerja2 rumah...isteri pula goyang kaki..janganlah perlakukan suami kamu seperti itu..nanti suami stress..!!


Suami mana tak stress kalau isteri Queen control?? keluar berjalan pun isteri tanya itu tanya ini..jadi penyiasat pula...bila suami kat luar...isteri sms dan tepon suami tengah buat ape...Fedup la kalau tak sudah2 bertanya dan asyik membebel je...hujung2 suami tak pandang kamu lagi baru padan muka..wakakah...


Di sini Lat'z nak nasihat sikit kepada para wanita...janganlah menjadi Queen Control...kawal suami boleh tapi jangan over sangat...nanti tak pasal2 kamu juga yang akan terima padah...bila dah terkena baru nak menyesal..apa guna lagi?? 

Tuesday, 26 July 2011

perkara2 yang anda TIDAK boleh katakan kepada lelaki

halo..halo..halo...
Lat'z nak share ttg perkara yang anda tidak boleh bincang dengan lelaki...



Bukan senang nak membina hubungan yang bahagia serta berkekalan. Banyak yang kita mesti buat dan lakukan termasuk apa yang tersenarai di bawah ni la...Pastikan anda jangan sesekali mengatakan hal2 seperti di bawah kepada teman lelaki anda..

Antaranya ialah :
1. Jangan sesekali menceritakan tentang lelaki yang diam2 korang cinta atau menceritakan tentang kekasih lama anda dengan si dia

2. Jangan benci dengan ibu si dia. Dia tak suka tau.

3. menceritakan tentang kecurangan yang anda lakukan di belakangnya.

4. Jangan menceritakan tentang keburukan kawan baik si dia. kawan itu penting bagi dia. 


5. Jangan membanding2kan dia yang dulu dengan sekarang..lebih2 lagi tentang kegagahannya dan ketampanan si dia.

6. Jangan membiarkan dia patah semangat terhadap pekerjaan yang dia lakukan sebaliknya cuba membantu dia dan memberikan kata2 semangat agar dia terus maju.

7. Jangan sebut perkataan 'BERCERAI" .." PUTUS"...perkataan yang lelaki tidak boleh dengar...elakkan dari menyebut perkataan tersebut.

8. Sekiranya anda memperolehi pendapatan melebihinya...jangan la nak diperbesarkan...perkara itu akan menyinggung perasaan dia..

9. Bila tetiba je terserempak dengan kekasih lama...tak payah la terlalu ghairah dan diceritakan perasaan itu dengan si dia..dia tu kan kekasih lama....nanti tak pasal dia merajuk, susah pula...






love is complicated..!!  (O.o)

10 perkara yang isteri benci tentang suami


Halo..halo..halo...(^.^)
Lat'z nak kongsi perkara yang dibenci oleh para isteri..sama2 kita baca dan renung2kanlah...sendirilah membuat penilaian..
KEBANYAKKAN suami tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, suami tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh si isteri. Justeru itu, apa kata wahai suami sekalian meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Suami yang panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher isteri bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. 
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!!
Semua benda dia je yang betul...isteri disepak diterajang macam bola..ingat kami perempuan ni boloa ker??  ...(o.O)
2. Suka mengongkong
Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar berjumpa dengan teman-teman pun tidak boleh, dikatanya pula si isteri buat perangai sampai memarahi isteri dengan berkata " awak lupa ke yang awak tu dah jadi bini orang??". Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh isteri mereka.  Mulalah dituduh psiko, penyibuk dan queen control.
Ish...agaknye suami ni lupa ke yang dia tu laki orang?? Biasalah lelaki kalau dah keluar dari rumah...status akan jadi bujang..lupa dah bini anak kat rumah..
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri agar si isteri memujuk mereka. 
Lelaki memang ego...(o.o)
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan seorang isteri yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun masih sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Isteri mana yang suka kalau suami macam tu??
Lelaki mata nanas..(O.o)
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri. Zaman sekarang, selalu kita dengar suami scandal dengan perempuan dan ada juga yang mempunyai 'isteri simpan'. 
Tak cukup ker sorang je bini?? Ramai2 ni mampu ke nak tanggung..?? Tu ler lelaki zaman sekarang, dah jadi bapa budak pun masih main kayu 3..pooraa....(O.o)
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada isterinya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri sentiasa perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang. 
Suami tak pernah nak kisah dengan perasaan isteri tapi hendak isteri ambil berat dengan perasaan mereka..give and take la...sama2 memberi..sama2 merasa...barulah bahagia..
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan janji keluar dengan isteri semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan isteri. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
Penting dengan kawan..kawinlah dengan kawan kamu tu..huh..(O.o)...kita penat2 masak dia tak pulang rumah..makan kat luar..tengah malam hingga dini hari baru pulang rumah...
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu suami yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, suami mahu si isteri terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai isteri terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Suami harus belajar menghargai isteri...sekiranya isteri rasa dihargai..maka isteri akan lebih menyayangi anda dan melayan anda dengan  lebih baik lagi...
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Teriak2..bukannya isteri pekak...kalau isteri meninggikan suara sikit,mulalah kata isteri dah pandai melawan..mana tak nye...kalau selalu sangat suami meninggikan suara..mana tak isteri fedup lalu berani meninggikan suara..
10. Lelaki penipu
Masalah yang ketara apabila suami suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan isteri membenci anda. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu 3. 
Susah hidup dengan suami penipu..tapi sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juag..sepandai2 kamu menipu akhirnya ketahuan juga.

Inilah sikap suami yang dibenci oleh isteri. Lat'z pun tak suka la dengan suami macam tu..fedup.....(O.o)

Penaja Blog