Tahukah anda apa itu Queen Control??
Queen Control biasa digunakan oleh rakyat Malaysia bilamana mereka memperkatakan akan lelaki (suami) yang dikawal aktiviti, pergerakan dan segalanya oleh isteri-isteri mereka. Ianya juga digunakan sebagai satu kata ganti untuk menunjukkan bahawa orang perempuan menguasai kuasa dalam satu organisasi, syarikat atau keluarga.
Ni Lat'z nak katakan, kalau isteri adalah queen control si suami pasti tertekan dengan sikap isteri yang begitu mengawal mereka. Isteri arah itu,isteri arah ini. Emm..suami memang akan mengikut arahan isteri tetapi jangan hairan la kalau si suami cari yang lain. Mana tak nye, siapa yang dapat bersabar dan bertahan dengan isteri yang QUEEN CONTROL..!!! Tak percaya tanyalah beberapa suami yang telah berkahwin, adakah isteri mereka queen control?? Ada isteri yang bila tepon suami,bukannya nak cakap baik2 dengan lemah lembut, bahkan meninggikan suara. Bayangkan kalau anda menjawab tepon, tetiba je mendengar suara yang membingit telinga. Suami bukan pekak la nak jerit..cakaplah elok2..macam nak nak jaga hati suami kalau bercakap pun terpekik2,teriak2 & jerit2..
Ada juga suami yang menjadi hamba kalau si isteri membeli belah. Wah..bertimbun2 barang dibawa oleh suami. Kalau isteri adalah suri rumahtangga sepenuh masa, maka si suami yang mengeluarkan duit untuk perbelanjaan isteri membeli belah. Fuh..mekap..wanita memang tidak dapat dipisahlan dengan mekap.. mekap cantik2 pun suami tak juga setia kalau perangai Queen Control . Walau betapa cantiknya kamu tetap suami akan jemu dan bosan dengan anda, hanya kerana kamu tu Queen Control!! Sorry la..dah la kamu tu tak bekerja, perbelanjaan semua suami. Kalau macam tu la, baik cari yang lain..haha..baru padan muka kau kena tinggal suami jadi janda..(O.o) Walau 10 kali kamu berkahwin kalau perangai kamu masih Queen Contol..maka 10 kali la anda menjanda..kalau tak pun cerai, suami pasang lain kat luar...Emm..kesian lah suami, janganlah mengawal mereka sangat..makin kita kawal, makin dia menjadi...lelaki tak suka dikawal dan dikongkong..betul tak wahai lelaki??
Emm...pernah juga Lat'z jumpa isteri yang suka mengarah suami untuk melakukan kerja rumah. Laa..dh terbalik ke dunia ni?? Kalau kerja rumah semua suami yang buat, kamu tu jadi isteri buat ape?? Kalau suami bekerja,pulang rumah buat kerja2 rumah...isteri pula goyang kaki..janganlah perlakukan suami kamu seperti itu..nanti suami stress..!!
Suami mana tak stress kalau isteri Queen control?? keluar berjalan pun isteri tanya itu tanya ini..jadi penyiasat pula...bila suami kat luar...isteri sms dan tepon suami tengah buat ape...Fedup la kalau tak sudah2 bertanya dan asyik membebel je...hujung2 suami tak pandang kamu lagi baru padan muka..wakakah...
Di sini Lat'z nak nasihat sikit kepada para wanita...janganlah menjadi Queen Control...kawal suami boleh tapi jangan over sangat...nanti tak pasal2 kamu juga yang akan terima padah...bila dah terkena baru nak menyesal..apa guna lagi??
No comments:
Post a Comment