Thursday, 28 July 2011

(Tutorial) Membuat video muzik sendiri

Halo..halo..halo..Anda ingin membuat video clip dari gambar2 @ video anda sendiri??
Dan video tersebut mempunyai latar lagu sepanjang video berjalan?? 
Senang je..meh sini Lat'z ajar apa yang patut dibuat..
Lat'z tak le expert sangat, sikit2 tu boleh le..ok..anda ikut step2 di bawah ni ye..

Pertama kali, download software video editing di http://www.nchsoftware.com/  anda akan nampak screen seperti di bawah


scroll ke bawah hingga anda nampak VideoPad Video Editor di sebelah kanan..
klik Get in now .. lepas tu save kerana proses download software bermula.


Semasa proses muat turun selesai, anda akan disuruh untuk memilih product dari NCH software yang anda inginkan. 

Selepas itu, buka VideoPad Video Editor pada dekstop anda dan anda akan lihat sceen seperti di bawah..
Apabila anda klik icon VideoPad Video Editor di dekstop, anda akan dipaparkan screen editor seperti di bawah  


Selepas itu, pergi Add Media di sebelah penjuru kiri atas editor itu untuk mamasukkan gambar2, lagu dan klip video yang telah anda rakam. Lihat pic bawah untuk sample memasukkan lagu dalam project anda..lagu dan gambar boleh diambil dari komputer @ laktop atau dari pendrive..


Pic di bawah adalah ketika editor adding files ke dalam projek anda..


Selepas anda memasuki beberapa lagu dan gambar yang diingini...anda pergi ke Media List di sebelah kiri di mana fail2 yang telah anda masukkan akan tersenarai dalam Media List..double click pada fail yang anda inginkan dan ia akan terpapar di sebelah kanan media list..kemudian klik arrow @ anak panah berwarna hijau untuk masukkan dalam projek anda..


Screen di bawah akan keluar untuk anda pilih di mana posisi gambar di letak..akan keluar 3 plilhan ..anda pilih ikut suka..


Apabila selesai pilih lagu dan gambar..anda boleh tekan butang Play yang bersegi 3 di sebelah atas kanan editor untuk melihat hasil projek anda...contoh adalah seperti screen di bawah..


Ataupun anda pergi ke option di atas yang ada Preview untuk melihat hasil projek anda..akan terpapar sequence preview (full screen) seperti di bawah..


Selain itu, anda juga dapat meletakkan subtitle pada projek anda dengan double click icon subtitles pada options kat atas editor..akan keluar screen seperti di bawah..


Macam mana nak masukkan subtitle?? Semasa sequence berjalan..anda tekan butang pause untuk hentikan sequnce dan taipkan apa yang anda nak di kotak bawah, maka ia akan keluar di screen atas sequence anda..anda boleh setting saiz,warna dan font untuk text video anda..main pause & play untuk masukkan subtitle anda dan anda boleh set brapa lama subtitle tersebut terpapar..contohnya seperti di bwah..

Apabila dah selesai projek save projek anda dengan double click icon save movie di option kat atas editor dan akan keluar screen seperti di bawah..

 pilih di mana anda ingin save projek anda..dan pilih bentuk fail anda samada mp3, mp4, avi etc..seperti di bawah..

Editor akan convert fail anda mengikut pilihan anda dan fail anda akan tersimpan di dalam laktop @ komputer anda...



Haa..Lat'z harap anda sekalian boleh mencuba untuk membuat video ni..Lat'z dah cuba dah buat..hehe..best tau..tapi belum expert sangat..bukan ape..hari tu masa Lat'z ikut kursus induksi umum bulan 6 lepas..mereka ada buat video clip aktiviti semasa kamirang kursus..siap dengan lagu lagi tu..!! Tu yang Lat'z cuba nak buat..tapi orang tu..fuhh..nang lihai..kreatif betul..terharu Lat'z tengok tau...

kalau ada ape2 yang tak faham..boleh tanya Lat'z ttg video editing ni...ok..Gudluck to u all..(^.^)



No comments:

Penaja Blog