Friday 29 July 2011

Degree Vs SPM


Apa perbezaan orang yang ada Degree dengan orang yang hanya ada SPM??
Banyak perbezannnya..

Dari segi ilmu pengetahuan orang yang mepunyai Degree memang tinggi kelayakan akedemiknya berbanding SPM..

Dari gaji, orang yang mempunyai kelayakan akedemik Degree sudah semestinya memakan gaji pokok  yang cukup besar iaitu dalam RM1800++   sedangkan orang yang berkelayakan akedemik SPM hanya makan gaji pokok dalam  RM800..

Dari segi membuat kerja semasa bertugas, kebanyakan senior akan mengatakan.." Ada diploma @ Degree tapi tak pandai buat kerja.." Perkara ni Lat'z pernah dengar..Ada juga orang kata " Walaupun dia hanya SPM, tapi dia pandai buat kerja"..kenapa pula begitu?? Sebab orang yang ada SPM ni dh lama bekerja maka mahirlah dia buat kerja dan pengalaman bekerjanya banyak..sedangkan orang yang ada Degree tu baru saja bekerja sebaik saja tamat pelajaran dari Degreenya...pengalaman bekerja dia tiada, sebab tu dia belum pandai buat kerja..

Sekarang ni walaupun orang itu hanya setakat SPM tapi bila dia sudah bekerja, dia pasti akan menyambung pelajarannya dengan mengambil PJJ- Pelajaran Jarak Jauh. Maka bila dia tamat PJJ nya..dia akan menjawat pangkat yang sama seperti bosnya dulu..perbezaannya, dia sudah ada pengalaman bekerja..

Oleh itu, Lat'z ingin menyeru semua yang berkelayakan sPM majukan diri..tak dapat diploma @ Degree pun, sijil kemahiran pun ok...kita mesti sentiasa maju ke hadapan demi masa depan dan kesenangan di kemudian hari..Renung2kanlah..(^.^)

No comments:

Penaja Blog