Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 12 June 2012

Fenomena Awan Luar Biasa Di Kota Kinabalu Sabah


12 Jun 2012 : Awan yang luar biasa di Kawasan Sabah. 8.00am- 9.15am Cuaca pagi TANPA ANGIN dan HUJAN , Bagai dunia terhenti seketika.  Bagaimana pun Hujan dan angin kencang pada waktu tengah hari Seluruh kawasan pantai BARAT SABAH. 




p/s : Apakah yang bermain di fikiran anda apabila melihat kejadian aneh ini? 

Friday, 8 June 2012

Pemakanan Penyu Patut Diharamkan


Over the last 30 years turtle nestings have dwindled by as much as 60%. Together, we can get 100,000 PLEDGES to help turtles - Let us push to fully ban the sale and consumption of all turtle eggs and give turtles the protection they deserve!

Eating turtle eggs should be BANNED. Agree?

Pledge here!



Selama 30 tahun yang lepas, pendaratan atau sarang telur penyu telah jatuh mendadak sebanyak 60%. Bagaimana kita boleh menghentikan hal ini?

Pemakanan telur penyu patut DIHARAMKAN. Setuju ?



Thursday, 7 June 2012

Harga RON97 Turun 10sen Menjadi RM2.80 Seliter




KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi harga petrol RON97 turun 10 sen, menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa dunia.

“Eloklah harganya turun, ia boleh mengurangkan beban pengguna petrol RON97, walaupun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya ia ada penurunan,” katanya malam tadi.

Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter.

Sumber - Bernama






Wednesday, 6 June 2012

10 Things To Remeber

(Click to the banner) 

Air tickets & passport... What else do I need before my trip?

This handy list would be extremely useful to those who will go on a trip somewhere. Share it out to those who need it!

Before you go for a trip, you have to know 10 things to remember, click HERE to find out. ^.^

Most Creative Caption Will Become The Winner


The Reds have spoken. It's time to elect a winner...

Did you submit your caption for M&M's Fun You Can't Resist Contest as Red? If no, fret not coz we're in Phase 2 now where you can also win prizes just by casting votes on your favourite caption!

Grand prize x3
M&M Gift Set
(5 pieces 12" plush toy + 4 pieces candy canisters

Special prize x9
A pair of M&M 's 7" plush toy (Red & Yellow)

Click Here >> M&M << to get started

Trian Live in Kuala Lumpur..!!


TuneTalk wants to bring your entire campus to watch Train live in KL!! Tune Talk subscribers who top-up RM30  and registers themselves via mail (contest@tunetalk.com) in the winning campus will be invited for the concert! Hurry and share this with all of your classmates and college friends.


For more information, please click >> Tune Talk 

Friday, 1 June 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuatkuasa 1 Jun 2012



Apakah Akta Keterangan (Pindaan) 2012?
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 pada definisi aku adalah sebagai satu garis panduan kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan penggunaan internet secara umum yang mana secara khasnya penyebaran maklumat menggunakan medium internet. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini dipinda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang berbau fitnah atau tuduhan yang bertujuan untuk memburukkan atau menjatuhkan seseorang menggunakan medium internet.
Akta Keterangan Pindaan 2012 ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.

Isi kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Dibawah adalah antara isi kandungan yang termaktub didalam Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Dengan media baru yang semakin popular seperti Facebook, Twitter termasuk blog, serta usaha dalam menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkain atau pun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman facebook page anda, Tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan 'menumpang' taian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang  perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan  dengan undang-undang serta menfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadap masalah sekiranya :
* Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
* Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorangmenggunakan Tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorang menggunakan komoputer atau laptop anda untuk menerbitkan sesuaut pada internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan  dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Didalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong mereka. Sekadar perbandingan, akaun facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekalligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutunya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda dikemudian hari.

---------------------------------------------------------------



Download Akta Keterangan Pindaan 2012 :
 Bahasa Melayu >> DI SINI
 Bahasa Inggeris >> DI SINI
Klik >> SINI  << juga


p/s: Jangan sebarang buat entry dan jangan sebarang komen..O.o

Sunday, 27 May 2012

Tutorial : Unfollow Blog If Using New Blogger Interface



Sekiranya anda mengunakan New Blogger Interface, 
Cara nak unfollow atau delete blog tersebut dalam reading list anda..
Sila ikut langkah di bawah.

1.  Pergi DASHBOARD.

2.  Klik " View In Google Reader".
3. klik pada "SETTING" dan klik pada "SUBCRIPTIONS"


4. Nak delete blog @ unfollow blog, klik pada icon tong sampah di hujung url blog tersebut. Anda takkan follow blog itu lagi.

p/s: Jangan unfollow Lat'z pula..hu3.. O.o

Wednesday, 16 May 2012

Metro Mohon Maaf


Ini adalah entry susulan berkaitan dengan post Lat'z sebelum ini mengenai artikel Harian Metro.





p/s : Hati2 dengan setiap apa yang diperkatakan kerana ia boleh mejejaskan imej dan maruah orang lain tanpa kita sedari.

Sunday, 13 May 2012

Harian Metro mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak


Hari ini akhbar Harian Metro menjadikan  orang Penan di Sarawak sebagai tajuk utama akhbar tabloid berkenaan, Hal ini telah mencetuskan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat Sarawak kerana apa yang ditulis oleh Harian Metro adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej dan maruah suku kaum tersebut. Untuk pengetahuan, suku kaum Penan telah pun maju sehingga mendapat kelulusan tinggi dari institusi pengajian tinggi. Anda boleh melihat artikel di laman Borneo Post mengenai graduan kaum Penan. 

Isu yang dibangkitkan oleh Harian Metro cukup membuatkan kaum Sarawak yang bukan datang dari kaum Penan, kerana Sarawak terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum seperti, Iban, Bidayuh, Lumbawang, Penan, Melanau, Berawam, Bisaya, Kayan, Kenyah dan banyak lagi. Walaupun berlainan kaum, rakyat Sarawak tidak suka kauum lain dihina kerana rakyat Sarawak telah hidup bersama dari turun temurun lagi. Antara komen2 di FB oleh rakyat Sarawak mengenai isu ini:




p/s :Media hanya memanipulasikan rakyat dan hanya mengaut keuntungan, jangan percaya bulat2 apa yang media sampaikan...!!


Sunday, 6 May 2012

Happy Birthday Altantuya


Hari ini hari jadi Altantuya..ada yang sambut ke untuk memperingati dia?? 


Untuk lebih lanjut, sila lawat :
 >> Malaysia Kini <<

Sumber : Malaysia Kini

p/s : Jangan lupa, KLIK SINI juga..TQ..^.^


Wednesday, 11 April 2012

11 April 2012 Hari Pelepasan Am




Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV  yang akan berlangsung pada :

Tarkh : 
11 April 2012 

Tempat :
Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta


Masa : 
10.30 a.m - 12.oo pm


Adalah dimaklumkan ia merupakan hari Pelepasan Am bagi seluruh negara.Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sumber : Istana Negara

p/s :..yahoo..cuti....sukanya..^.^

Saturday, 24 March 2012

RM 23,400 untuk dimenangi untuk hasil karya anda



Minggu ni kazen Lat'z membawa pulang 1 risalah dari JPM mengenai peraduan mengarang esei seperti poster di atas (ambik kat Goggle). 

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak menganjurkan Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012 & ianya terbuka kepada warganegara Malaysia menetap di Sarawak.Terdapat 2 kategori penyertaan iaitu kategori pelajar sekolah menengah & kategori orang awam. 

Peraduan ini terbahagi kepada 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Iban.

 Tarikh tutup peraduan pada 29 JUN 2012. Untuk mendapatkan borang & syarat penyertaan serta maklumat lanjut seperti berikut;

Sila klik salah satu untuk dapatkan dalam bentuk pdf : ^.^


 1BORANG PENYERTAAN 2. TAJUK-TAJUK PERADUAN 3. SYARAT PENYERTAAN (KATEGORI PELAJAR) 4. SYARAT PENYERTAAN (KATEGORI ORANG AWAM) 


Sila lawat laman web JPM >> http://www.penerangan.gov.my/ << untuk maklumat lanjut.

p/s : Lat'z nak juga cuba tapi ada ke masa nak mengarang sebab busy dengan kerja.. O.o..kepada yang akan join..Goodluck..^.^

Wednesday, 21 March 2012

Dapat Straight A tapi mampukah menjadi seorang yang berkualiti?


Seperti yang kita semua tahu..hari ini keputusan SPM diumumkan dan sudah pasti pelajar2 mendapat berita yang gembira sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang..bagi yang dapat keputusan SPM yang tiak seberapa..anda masih boleh melanjutkan pelajaran dengan mengambil sijil kemahiran dari institut kemahiran..atau anda masih boleh menduduki semula SPM dengan menduduki Paper Julai atau menjadi calon pesendirian..sekiranya anda berminat untuk menduduki semula SPM, sila pergi ke Jabatan Pelajaran untuk mendaftar. ^.^

Persoalan yang Lat'z nak ungkitkan ialah, adakah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang straight A mampu menjadi seorang pekerja yang berkualiti?

Lat'z sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 7 tahun..dalam 7 tahun tersebut, sudah 2 tahun Lat'z bekerja dalam sektor kerajaan.. Pada pendapat Lat'z, walaupun seseorang itu mempunyai kelayakan akademik peringkat Diploma dan Ijazah pun  masih tidak mampu dan ada yang tidak setanding dengan mereka yang berkelayakan akademik rendah seperti SPM...
Lat'z pernah membuat entry yang bertajuk Degree VS SPM <<sila2 la baca entry lama>>

Bukan apa ramai pelajar sekarang mampu mendapat result yang di luar jangka.. baru tadi sepupu Lat'z bagitau bahawa ada pelajar dari kelas yang tidak berapa (bukan kelas pandai, kelas corot) dalam sekolah, di mana salah seorang pelajar dalam kelas tersbut mendapat Straight A.. Sepupu Lat'z pembantu tadbir di sekolah tersebut..Guru2 dan semua yang ada di sekolah tersebut semuanya terkejut apabila melihat keputusan pelajar tersebut..bagaimana seorang pelajar kelas yang tidak berapa pandai mampu untuk mendapatkan result yang cemerlang? Sedangkan masa peperiksaan percubaan result dia biasa saja.. Kakak  Lat'z merupakan seorang guru dan dia pernah memberitahu bahwa kementerian pelajaran menurunkan gred kelulusan bagi mengatasi masalah peratusan kegagalan di kalangan pelajar. Pada pandapat Lat'z, tiada gunanya mendapat peratus kelulusan yang membanggakan sedangkan pelajar itu tidak berkualiti.. kerana kita seharusnya mementingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI...

Bahkan ada juga sesetengah dari kita sedar di mana Sijil mampu diperolehi dengan wang ringgit.. Rasuah bagi mendapatkan sijil..   Jadi, anda fikirlah sendiri adakah mereka yang senang2 mendapatkan sijil tersebut mampu menjadi seorang pekerja yang berkualiti sekiranya diambil sebagai pekerja? Kalau Lat'z adalah majikan, Lat'z akan mencari pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bekerja.. memanglah tidak adil bagi mereka yang fresh graduate untuk mendapatan kerja..tapi biarkah mereka bekerja sementara bagi menimba pengalaman barulah diambil menjadi pekerja tetap...

Kadang2 walaupun anda mempunyai segulung Diploma ataupun Ijazah,,janganlah memandang rendah mereka yang hanya memiliki PMR, SPM & STPM kerana sijil akademik bukan menjadi ukuran tetapi pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki... Renungkanlah.. .o.O


p/s: Tingkatkan PRESTASI dan KUALITI bukan meningkatkan KUANTITI dengan KONTROVERSI ... O.o

Wednesday, 14 March 2012

Persiapan Menjelang PRU-13



Seperti yang kita semua tahu, Pilihan Raya Umum yang ke 13 akan menjelang tidak lama lagi,
bahkan di kaca TV sering mewar-war kan supaya semua penduduk Malaysia yang belum mendaftar menjadi pengundi untuk mendaftarkan diri mereka bagi melayakkan mereka mengundi pada hari pengundian PRU ke 3.

Lat'z pula akan bertugas sebagai Kerani Pengundian pada PRU ke 13 ini untuk Parlimen Kuching pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lepas iaitu pada 2011, Lat'z juga bertugas sebagai Kerani Pengundian. Dapat juga pendapatan lebih masa tu, elaun menjadi Kerani Pengundian..Pilihan Raya DUN Sarawak merupakan kali pertama Lat'z bertugas menjadi Kerani Pengundian..Satu pengalaman yang cukup menarik.

Kepada mereka yang dipilih menjadi Kerani Pengundian & Ketua Tempat Mengundi dan lain2 jawatan yang disandang,
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Mengundi adalah hak kita, sama ada kita nak mengundi atau tidak,terserah, sama ada hendak mendaftar atau tidak, terserah. 
Tapi bak kata SPR.."Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia"..

Setakat ini tiada tindakan undang2 dikenakan kepada mereka yang tidak turun mengundi, bahkan belum ada sejarah lagi di mana tindakan dikenakan kepada mereka yang tidak menngundi. Sebab Lat'z pernah jumpa orang yang sudah berusia 40-an di mana dia jangan katakan mengundi, mendaftar menjadi pengundi pun belum..tiada tindakan pun katanya. 

p/s : Undian anda menentukan masa depan negara. ^.^


Tuesday, 31 January 2012

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 4hb Feb oleh MBKS


Lama tak update blog...busy dengan kerja..O.o

Ok..bagi yang tinggal di kawasan Kuching.jangan lupa untuk hadir beramai2 ke
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MBKS  
 yang akan diadakan di 
 MBKS, Jln Padungan 
pada 
  Sabtu, 4hb Febuari 

Majlis tersebut akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 1 tengahari sahaja..
Makanan dan minuman akan diberikan secara PERCUMA pada hari tersebut..

Terdapat 70 lebih stall yang akan memberikan makanan dan minuman secara percuma..

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak..
Makanan dan minuman HANYA akan diagihakan selepas perasmian dilakukan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak..
Tagline MBKS :
"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"

p/s : Lat'z akan berada di stall mengagihkan ais krim pada hari tersebut...^.^..Gong Xi Fa Cai..

Thursday, 19 January 2012

Sudahkah Anda Menyemak Status Pemohonan BR1M Anda?


Tadi Lat'z berkesempatan untuk membuat panggilan ke talian bebas tol untuk menyemak status pemohonan BR1M.

Kepada mereka yang ingin membuat panggilan, sila hubungi :
1300 - 88 - 3010
1-800-222-500

Talian ini hanya dibuka dari 9.00 pagi hingga 5 petang.

Anda dikendaki memberikan no kad pengenalan pemohon BR1M dan anda boleh menyemak status untuk 2 pemohonan dalam 1 panngilan yang anda buat.

Monday, 16 January 2012

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M



CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

Lat'z pasti semua orang sibuk nak tahu samada mereka berjaya atau tidak mendapat bantuan RM500.
Lat'z sendiri pun nak tahu tapi tak membuat panggilan telefon.
Orang yang ada telefon mengatakan talian adalah sedang sibuk.
Diharapkan semua orang bersabar..^.^

Friday, 13 January 2012

Lat'z Guna Shoutbox Busuk.Org


Lat'z beralih menggunakan shoutbox dari busuk.org...

kepada yang nak tukar guna shoutbox dari busuk.org...boleh daftar di link di bawah..


Nak tahu macam mana nak daftar ikut >>  Tutorial Ini << credit to Cik Lyssa

bukan apa beralih..sebelum ini guna shoutmix tapi kan shoutmix mengenakan caj bayaran, jadi Lat'z guna Fibox tapi ada yang tak kena dengan Fibox sebab ada keluar iklan adfly...O.o...

Shoutbox Lat'z ada kat sebelah kanan blog ini..yang ada icon penguin..


Rajin2 lah menjerit kat shoutbox Lat'z...^.^

Profile FB Anda Kena Virus? Hapuskan Dengan Application Ini


Kepada rakan2 yang profilenya terkena virus di mana virus tersebut menggunakan profile anda untuk menyebarkan gambar2 & video lucah..
Hapuskan dan bersihkan profile anda dengan aplikasi di bawah ini...klik link tersebut..^.^ 
Ikut langkah2 yang ada dalam laman tersebut..


Kalau anda terlihat wall profile anda sebagai penyebar virus tersebut,
Sila bagitahu mereka mengenai aplikasi ini untuk pembersihan profile mereka..

Penaja Blog