Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, 1 June 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuatkuasa 1 Jun 2012



Apakah Akta Keterangan (Pindaan) 2012?
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 pada definisi aku adalah sebagai satu garis panduan kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan penggunaan internet secara umum yang mana secara khasnya penyebaran maklumat menggunakan medium internet. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini dipinda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang berbau fitnah atau tuduhan yang bertujuan untuk memburukkan atau menjatuhkan seseorang menggunakan medium internet.
Akta Keterangan Pindaan 2012 ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.

Isi kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Dibawah adalah antara isi kandungan yang termaktub didalam Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Dengan media baru yang semakin popular seperti Facebook, Twitter termasuk blog, serta usaha dalam menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkain atau pun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman facebook page anda, Tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan 'menumpang' taian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang  perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan  dengan undang-undang serta menfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadap masalah sekiranya :
* Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
* Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorangmenggunakan Tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorang menggunakan komoputer atau laptop anda untuk menerbitkan sesuaut pada internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan  dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Didalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong mereka. Sekadar perbandingan, akaun facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekalligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutunya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda dikemudian hari.

---------------------------------------------------------------



Download Akta Keterangan Pindaan 2012 :
 Bahasa Melayu >> DI SINI
 Bahasa Inggeris >> DI SINI
Klik >> SINI  << juga


p/s: Jangan sebarang buat entry dan jangan sebarang komen..O.o

Wednesday, 16 May 2012

Metro Mohon Maaf


Ini adalah entry susulan berkaitan dengan post Lat'z sebelum ini mengenai artikel Harian Metro.





p/s : Hati2 dengan setiap apa yang diperkatakan kerana ia boleh mejejaskan imej dan maruah orang lain tanpa kita sedari.

Sunday, 13 May 2012

Harian Metro mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak


Hari ini akhbar Harian Metro menjadikan  orang Penan di Sarawak sebagai tajuk utama akhbar tabloid berkenaan, Hal ini telah mencetuskan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat Sarawak kerana apa yang ditulis oleh Harian Metro adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej dan maruah suku kaum tersebut. Untuk pengetahuan, suku kaum Penan telah pun maju sehingga mendapat kelulusan tinggi dari institusi pengajian tinggi. Anda boleh melihat artikel di laman Borneo Post mengenai graduan kaum Penan. 

Isu yang dibangkitkan oleh Harian Metro cukup membuatkan kaum Sarawak yang bukan datang dari kaum Penan, kerana Sarawak terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum seperti, Iban, Bidayuh, Lumbawang, Penan, Melanau, Berawam, Bisaya, Kayan, Kenyah dan banyak lagi. Walaupun berlainan kaum, rakyat Sarawak tidak suka kauum lain dihina kerana rakyat Sarawak telah hidup bersama dari turun temurun lagi. Antara komen2 di FB oleh rakyat Sarawak mengenai isu ini:




p/s :Media hanya memanipulasikan rakyat dan hanya mengaut keuntungan, jangan percaya bulat2 apa yang media sampaikan...!!


Sunday, 6 May 2012

Happy Birthday Altantuya


Hari ini hari jadi Altantuya..ada yang sambut ke untuk memperingati dia?? 


Untuk lebih lanjut, sila lawat :
 >> Malaysia Kini <<

Sumber : Malaysia Kini

p/s : Jangan lupa, KLIK SINI juga..TQ..^.^


Wednesday, 11 April 2012

11 April 2012 Hari Pelepasan Am




Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV  yang akan berlangsung pada :

Tarkh : 
11 April 2012 

Tempat :
Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta


Masa : 
10.30 a.m - 12.oo pm


Adalah dimaklumkan ia merupakan hari Pelepasan Am bagi seluruh negara.Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sumber : Istana Negara

p/s :..yahoo..cuti....sukanya..^.^

Monday, 5 December 2011

Produk Pepsi Tercemar Dengan Virus AIDS/HIV?




Lat'z nak kongsi satu cerita dan berita ini..
Malam tadi Lat'z terima SMS yang berbunyi :


Dear friends, for the next few days, do not drink any product from Pepsi company like Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7 Up, Coca Cola etc, as a worker from the company has added his blood contaminated with HIV. Watch NTV7, please forward this to everyone you care about.


Kalau boleh buat tak tahu je dengan kandungan SMS tu sebab semua nya rumor saje..O.o
Lat'z ada jumpa satu laman web berkaitan dengan cerita produk pepsi yang mengandungi HIV ini..
Sila klik >> DI SINI << 
Sama2lah kita baca apa yang terkandung dalam laman di atas. Dalam laman web tersebut ada beberapa contoh penyebaran berita mengenai pepsi...

Kadang2 kita perlu fikir, ada unsur sabotaj di kalangan syarikat2...menjatuhkan syarikat lain...kita tidak boleh mempercayai sesuatu berita tanpa pengesahan yang benar, macam kes SMS yang disebarkan ini..pagi tadi ada rakan kerja Lat'z bertanyakan tentang kebenaran berita yang diterimanya..sama juga menerimanya melalui SMS..kemudian ada sorang lagi rakan menjawab jangan percaya...tambahan pula pagi tadi Lat'z baca news The Star pun ada mengatakan tentang penyebaran berita melalui SMS ini..semua ini cuma berita palsu..jangan percaya..

Dulu Lat'z pun pernah dengar di mana ada satu kes jangan minum Coca Cola kerana ada pekerjanya mati lemas di dalam mesin pembuatan air minuman Cola..kes ni sama dengan kes SMS pepsi ni..

P/s : Kita dianugerahkan otak untuk berfikir, kita sendiri menilai kebenaran sesuatu perkara dengan fikiran yang logik dan waras..^.^

Monday, 10 October 2011

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam



Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa semua kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji di antara 7% hingga 13% iaitu kenaikan dalam RM80 hingga RM320 berdasarkan gred.  Berikut adalah jadual kenaikan gaji yang diperolehi.


Sejauh mana kebenaran anggaran kenaikan gaji ini belum diketahui. Oleh itu, sekiranya anda ada sebarang maklumat berkaitan kenaikan gaji, bolehlah dikongsikan bersama. 


Friday, 7 October 2011

Bajet 2012 Secara Langsung 3pm Ini Di TV3


Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak dan rakyat Malaysia. Pasti semua orang sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kita terutamanya penjawat awam. Ini adalah kerana QUEPAC sebelum ini telah membuat gesaan kepada kerajaan agar memberikan kenaikan gaji, bonus dan kenaikan elaun .


Ada desas-desus mengatakan kenaikan gaji maksima sehingga 40%. Peratusan kenaikan gaji juga dikatakan dalam 8% hingga 40% mengikut jawatan dan gred tertentu. Kali terakhir kerajaan memberi kenaikan gaji adalah pada tahun 2007. Sudah pasti dengan gaji penjawat awam kini tidak mampu untuk menampung perbelanjaan terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga kerana ekoran kenaikan harga barang yang naik di pasaran.


Selain itu, setiap penjawat awam mengharapkan pemberian bonus dalam Bajet 2012 ini. Bajet 2011 yang lepas, kerajaan telah memberi bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM500 juga sebagai Bonus Raya pada Hari Raya 2011 yang lepas. 


Di samping itu, QUEPAC juga ada menggesa kerajaan untuk menaikkan elaun seperti elaun rumah di mana elaun itu merupakan elaun tetap RM180 sebulan bagi penjawat yang tidak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan seperti kuarters kerajaan. Pada zaman ini amatlah sukar untuk kita mencari rumah sewa yang RM180 sebulan, oleh itu QUEPAC telah mencadangkan supaya kerajaan menaikkan elaun rumah tersebut kepada RM350 sebulan agar dapat meringankan beban penjawat awam. 


Oleh itu, bersama-samalah kita menanti Pembentangan Bajet 2012 petang nanti secara langsung di TV3 pada pukul 3 petang. 




p/s : Lat'z mengharapkan ada kenaikan gaji, pemberian bonus dan kenaikan elaun. hehe...(^.^)

Saturday, 24 September 2011

Sarawak TYT Birthday Celebration - 24.09.2011 - Part 3



This is the part 3 for the Sarawak TYT birthday..
The video is about the performance on the field by the dancers amount 1500 which are most of them are students from the schools at Kuching town.
Enjoy the show..!!


Dances that impress the Sarawak Gabenor.
4 type of dance performance


Performance by the Kawalan Kehormat

Want to see more about this TYT birthday celebration??
For part 1 - Click Here
For part 2 - Click Here
Want to see movies ??

Want to get extra income by online and just using Facebook & Twitter ??

Sarawak TYT Birthday Celebration - 24th September 2011 - ( part 2 )


This is the part 2 for the Sarawak TYT Birthday celebration.


Firecracker and when the 90 balloons was released to the sky


Parade by the contingents that take part on the TYT Birthday  parade- (part 1)


Parade by the contingents that take part on the TYT Birthday  parade- (part 2)

Want to see more about this TYT birthday celebration??
For part 1 - Click Here
For part 3 - Click Here
Want to see movies ??

Want to get extra income by online and just using Facebook & Twitter ??


Sarawak TYT Birthday Celebration - 24 September 2011 (Part 1)


On 24th September 2011, State Government of Sarawak do a birthday celebration at the Padang Merdeka.
The ceremony was start at 8am and finish on 10.30am.

Here are some videos that was taken during the celebration.


Song - Janjiku Padamu


Song - Jalur Gemilang


Mix songs = All ethnic at Sarawak


Sarawak Ethic Songs


May enjoy watch the videos..(^.^)

Want to see more about this TYT birthday celebration??

For part 2 - Click Here
For part 3 - Click Here
 
Want to see movies ??

Want to get extra income by online and just using Facebook & Twitter ??

Monday, 12 September 2011

Cukai 6% ditangguhkan


Semua syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju untuk menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar.

Keputusan penangguhan kenaikan kutipan cukai perkhidmatan itu diambil setelah TELCO bermesyuarat dengan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.


Bagaimanapun, penangguhan itu hanya terpakai sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Khamis lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini. Pengumuman itu mendapat bantahan pengguna perkhidmatan tersebut yang turut merangkumi rakyat berpendapatan rendah dan juga golongan pelajar. 

Sumber : TVS

Ditangguhkan?? Kenapa tak suruh syarikat telekomunikasi membatalkan cadangan tersebut?? Marilah kita bersuara lagi bagi membantah pengenaan cukai ini. Ditangguhkan tak semestinya dibatalkan. Apa yang rakyat hendak dengar ialah pembatalan cadangan cukai 6% tersebut.

Sekurang2nya penangguhan tersebut dapat melegakan hati segelintir pihak namum masih ada pihak yang belum berpuas hati dengan penangguhan cukai tersebut. Sudah tentu ramai du luar sana yang ingin cadangan cukai 6% dibatalkan terus dan bukannya ditangguhkan.

p/s: Hari ini 12 September 2011..ditangguhkan sampai bila?? (O.o)

Kerajaan jamin tiada cukai 6% tanpa kelulusan kabinet



Pasti semua di antara kita mengharapkan bahawa cukai 6% tidak dikenakan kepada pengguna perkhidmatan mudah alih. Pengenaan cukai ini tidak akan dilaksanakan selagi belum ada keputusan dari kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.


Sumber : Bernama

Mudahan kerajaan tidak melaksanakan..marilah kita ramai2 membantah pengenaan cukai tersebut, sekiranya kita bersuara kepada kerajaan, nescaya suara kita akan didengari..bukankah Perdana Menteri kita mengatakan

 " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Kalau kita melihat slogan seperti di atas, bermaksud kerajaan seharusnya peka dan mendengar suara rakyat kerana dari slogan tersebut mengatakan RAKYAT DIDAHULUKAN , maka kerajaan haruslah mengambil berat dan prihatin terhadap isu2 yang dibangkitkan oleh  rakyat.

Sekiranya kerajaan tidak mengendahkan suara rakyat atau pendapat rakyat, maka jangan hairanlah berlaku ketidakpuasan hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Sekiranya ramai rakyat yang bersuara dan membantah cukai 6% ini, pasti pengenaan cukai ini tidak akan dilaksanakan..Sedangkan kerajaan sudah cukup banyak mengenakan cukai kepada beberapa produk dan perkhidmatan. Bahkan setahu Lat'z, kerajaan banyak memperolehi pendapatan dengan mengenakan cukai terhadap rokok, syarikat perjudian nombor dll lain2.. dari cukai perjudian nombor ekor,  kerajaan mendapat purata RM1 juta lebih hasil dari cukai yang dikenakan kepada pembeli nombor ekor. 

Jangan katakan pekerja sektor swasta bahkan pekerja sektor kerajaan juga merasakan beban dengan isu kenaikan harga barangan di pasaran dan isu cukai dikenakan. Sebab itulah, banyak penjawat awam yang membuat kerja separuh masa bagi menampung perbelanjaan. 

Pelbagai bisnes separuh masa yang dibuat bagi menambah pendapatan kerana sekiranya mengharapkan gaji setiap bulan adalah tidak mencukupi. Selain itu, sekiranya kita sedar kita kekurangan perbelanjaan, beringat-ingatlah untuk berjimat cermat ketika membeli barang dan jangan terlalu mengikutkan nafsu.


Tidak lama lagi pilihanraya umum..(tapi tak tahu bila).pelbagai taktik akan digunakan bagi memenangi hati rakyat..kerajaan haruslah bijak dalam menanganani hal ini dan jangan sampai pihak pembangkang pula yang akan memenangi hati rakyat..

p/s : Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kerana hari ini baru 12 september 2011, belum lagi tarikh perlaksanaan  cukai (15 September 2011)..


Saturday, 10 September 2011

Message Dari Celcom


RM0. Plggn dihargai, mulai 15/9/2011. semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan. Info : www.celcom.com.my

Itulah bunyi message yang dihantar oleh celcome kepada Lat'z petang tadi..
No komen..malas nak kata apa2 lagi..terima je hakikat tentang cukai 6% ni..(O.o)

Friday, 9 September 2011

Beli Top Up RM10 Tapi Bayar Rm10.60


Seperti yang kita semua sedia maklum..pengguna Top Up dikenakan cukai sebanyak 6%..

Sebut pasal Top Up ni, walaupun sebelum kenyataan cukai tersebut dihebahkan sebanyak 6%..
Lat'z pernah (bukan pernah mmg selalu pun) dikenakan cukai sebanyak 2% dan 5% oleh beberapa buah kedai yang menjual reload. Itu cukai apa??? Cukai yang dikenakan oleh peruncit @ pemilik kedai.

Adeh..sebelum dikenakan cukai ni pun Lat'z beli reload terpaksa bayar RM10.20 @ RM10.50 untuk reload Top Up RM10..sekarang ni dah dikenakan cukai lagi, terpaksalah Lat'z bayar RM11.10 @ RM10.80 untuk reload RM10...(O.o)

Apa dah jadi dengan zaman sekarang ni??

Barang2 semua naik harga, sampai Top Up pun dikenakan cukai, esok lusa apa lagi barang yang harganya naik dan apa lagi barang @ perkhidmatan yang akan dikenakan cukai. 

Cukai dikenakan, harga barang semua naik, gaji pula bila nak naik??

Lepas ni SMS je..tak yah buat panggilan..tak cukup kredit, jimat kredit..walaupun 6% cukai dikenakan tapi dengan 6% itu,,kita dapat SMS lebih banyak dan membuat panggilan lebih lama..

Nasib baik Facebook free, bagi yang nak berjimat kredit, inbox je dalam FB..free katakan..
Nasib juga Blogspot free...

"Oleh itu, pandai2lah kita berjimat kredit..takut nanti susah kalau ada kecemasan"...(O.o)

Nasib baik Lat'z guna Celcom UOX..ada murah sikit dan kredit tak tamat tempoh sehingga usia Lat'z 26..hehe..(^.^)..tinggal 3 tahun lagi..huhu..(O.o)




Sunday, 28 August 2011

Kuching South recipient of Tourist City 2011 Award

KUCHING: Sarawak’s capital has a new accolade in its trophy collection, having just won a United Nations backed “Tourist City Award”.
Kuching City South Council (MBKS) was the joint winner in the category — alongside Xining, in Qinghai, China — at the second World Cities Scientific Development Forum earlier this month in Chengdu, China.
The two cities are the first in Asia to win the highly regarded award. Two other prizes, the “Ecological City Award” and the “Cultural City Award” went to Cape Town in South Africa and Cincinnati in Ohio, United States, respectively.
The global competition was organised by the United Nations, World Cities Scientific Development Alliance and the Sister Cities International. More than 200 city officials from 30 countries took part.


Proud moment: Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud admiring the Tourist City Award with (from second left) Public Health and Environment Minister Datuk Seri Wong Soon Koh, Chan and MBKS Deputy Mayor Abang Affandi Abang Annuar in Taib’s office at Wisma Bapa Malaysia in Kuching yesterday. — ZULAZHAR SHEBLEE / The Star

The new award aside, Kuching is also the only Malaysian city accredited the United Nations’s Healthy City status.
Expressing delight, MBKS Mayor Chan told The Star the award came as a surprise as the council had not actively pursued it.
“I first came to know about this when the Malaysian ambassador to China contacted us, asking the council to submit a proposal on the city’s heritage background and our community events,” Chan said.
“I didn’t expect to win. It was a complete surprise. I’m told one of the reasons we won was because the judges were impressed with MBKS’s website, which heavily features community news.”
Chan also believed MBKS entry that highlighted public parks — including the Friendship Park at Jalan Song, which was co-funded by the Malaysian and Chinese Governments — was another factor for the win.
Asked how he would be celebrating, Chan joke that he would double up on his Tai-Chi exercises around town.
“I used to do my Tai-Chi at Tabuan Jaya Community Park quite often, although lately I’ve been a bit busy.”
On a more serious note, Chan said the win could net Kuching another sister city, bringing the total to five.
He said the council was in discussion with a city authority in the Changjiang District. “MBKS is working on this through the tourism sector.” Chan said, but declined to name the specific city.
The Changjiang District, where Asia’s longest river, the YangTze, runs through, is located in China’s south east.
“I met some of their officials there recently during the forum and their people expressed very strong interests to partner with us,” Chan added.
Presently, Kuching is sister cities with Johor Baru, Pontianak (Indonesia), Jeddah (Saudi Arabia), and Seattle (US).
Chan said MBKS would work towards better landscaping and more green lungs as Kuching develops.

Sumber: Thestar.com

Ulasan Lat'z : 
Bagi yang belum pernah pergi kuching..datanglah bertandang ke Kuching...(^.^)




Penaja Blog