Friday 7 October 2011

Bajet 2012 Secara Langsung 3pm Ini Di TV3


Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak dan rakyat Malaysia. Pasti semua orang sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kita terutamanya penjawat awam. Ini adalah kerana QUEPAC sebelum ini telah membuat gesaan kepada kerajaan agar memberikan kenaikan gaji, bonus dan kenaikan elaun .


Ada desas-desus mengatakan kenaikan gaji maksima sehingga 40%. Peratusan kenaikan gaji juga dikatakan dalam 8% hingga 40% mengikut jawatan dan gred tertentu. Kali terakhir kerajaan memberi kenaikan gaji adalah pada tahun 2007. Sudah pasti dengan gaji penjawat awam kini tidak mampu untuk menampung perbelanjaan terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga kerana ekoran kenaikan harga barang yang naik di pasaran.


Selain itu, setiap penjawat awam mengharapkan pemberian bonus dalam Bajet 2012 ini. Bajet 2011 yang lepas, kerajaan telah memberi bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM500 juga sebagai Bonus Raya pada Hari Raya 2011 yang lepas. 


Di samping itu, QUEPAC juga ada menggesa kerajaan untuk menaikkan elaun seperti elaun rumah di mana elaun itu merupakan elaun tetap RM180 sebulan bagi penjawat yang tidak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan seperti kuarters kerajaan. Pada zaman ini amatlah sukar untuk kita mencari rumah sewa yang RM180 sebulan, oleh itu QUEPAC telah mencadangkan supaya kerajaan menaikkan elaun rumah tersebut kepada RM350 sebulan agar dapat meringankan beban penjawat awam. 


Oleh itu, bersama-samalah kita menanti Pembentangan Bajet 2012 petang nanti secara langsung di TV3 pada pukul 3 petang. 




p/s : Lat'z mengharapkan ada kenaikan gaji, pemberian bonus dan kenaikan elaun. hehe...(^.^)

No comments:

Penaja Blog