Monday 12 September 2011

Cukai 6% ditangguhkan


Semua syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju untuk menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar.

Keputusan penangguhan kenaikan kutipan cukai perkhidmatan itu diambil setelah TELCO bermesyuarat dengan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.


Bagaimanapun, penangguhan itu hanya terpakai sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Khamis lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini. Pengumuman itu mendapat bantahan pengguna perkhidmatan tersebut yang turut merangkumi rakyat berpendapatan rendah dan juga golongan pelajar. 

Sumber : TVS

Ditangguhkan?? Kenapa tak suruh syarikat telekomunikasi membatalkan cadangan tersebut?? Marilah kita bersuara lagi bagi membantah pengenaan cukai ini. Ditangguhkan tak semestinya dibatalkan. Apa yang rakyat hendak dengar ialah pembatalan cadangan cukai 6% tersebut.

Sekurang2nya penangguhan tersebut dapat melegakan hati segelintir pihak namum masih ada pihak yang belum berpuas hati dengan penangguhan cukai tersebut. Sudah tentu ramai du luar sana yang ingin cadangan cukai 6% dibatalkan terus dan bukannya ditangguhkan.

p/s: Hari ini 12 September 2011..ditangguhkan sampai bila?? (O.o)

3 comments:

Cikgu Badar said...

betul tu..kan baik mansuhkan terus..klu betul nak membantu rakyat berpendapatan rendah..tu semua lakonan je tu..sapa yg luluskan bajet yg lepas

Lat'z said...

@Cikgu Badayela..patut dimasuhkan terus...

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Penaja Blog