Wednesday 14 March 2012

Persiapan Menjelang PRU-13



Seperti yang kita semua tahu, Pilihan Raya Umum yang ke 13 akan menjelang tidak lama lagi,
bahkan di kaca TV sering mewar-war kan supaya semua penduduk Malaysia yang belum mendaftar menjadi pengundi untuk mendaftarkan diri mereka bagi melayakkan mereka mengundi pada hari pengundian PRU ke 3.

Lat'z pula akan bertugas sebagai Kerani Pengundian pada PRU ke 13 ini untuk Parlimen Kuching pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lepas iaitu pada 2011, Lat'z juga bertugas sebagai Kerani Pengundian. Dapat juga pendapatan lebih masa tu, elaun menjadi Kerani Pengundian..Pilihan Raya DUN Sarawak merupakan kali pertama Lat'z bertugas menjadi Kerani Pengundian..Satu pengalaman yang cukup menarik.

Kepada mereka yang dipilih menjadi Kerani Pengundian & Ketua Tempat Mengundi dan lain2 jawatan yang disandang,
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Mengundi adalah hak kita, sama ada kita nak mengundi atau tidak,terserah, sama ada hendak mendaftar atau tidak, terserah. 
Tapi bak kata SPR.."Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia"..

Setakat ini tiada tindakan undang2 dikenakan kepada mereka yang tidak turun mengundi, bahkan belum ada sejarah lagi di mana tindakan dikenakan kepada mereka yang tidak menngundi. Sebab Lat'z pernah jumpa orang yang sudah berusia 40-an di mana dia jangan katakan mengundi, mendaftar menjadi pengundi pun belum..tiada tindakan pun katanya. 

p/s : Undian anda menentukan masa depan negara. ^.^


2 comments:

Fadzmie said...

Selamat menunaikan tanggungjawab! ;)

Lat'z said...

@Fadzmie Mohamad Thanks.. ^.^

Penaja Blog