Seperti yang kita semua tahu..hari ini keputusan SPM diumumkan dan sudah pasti pelajar2 mendapat berita yang gembira sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang..bagi yang dapat keputusan SPM yang tiak seberapa..anda masih boleh melanjutkan pelajaran dengan mengambil sijil kemahiran dari institut kemahiran..atau anda masih boleh menduduki semula SPM dengan menduduki Paper Julai atau menjadi calon pesendirian..sekiranya anda berminat untuk menduduki semula SPM, sila pergi ke Jabatan Pelajaran untuk mendaftar. ^.^
Persoalan yang Lat'z nak ungkitkan ialah, adakah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang straight A mampu menjadi seorang pekerja yang berkualiti?
Lat'z sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 7 tahun..dalam 7 tahun tersebut, sudah 2 tahun Lat'z bekerja dalam sektor kerajaan.. Pada pendapat Lat'z, walaupun seseorang itu mempunyai kelayakan akademik peringkat Diploma dan Ijazah pun masih tidak mampu dan ada yang tidak setanding dengan mereka yang berkelayakan akademik rendah seperti SPM...
Lat'z pernah membuat entry yang bertajuk Degree VS SPM <<sila2 la baca entry lama>>
Bukan apa ramai pelajar sekarang mampu mendapat result yang di luar jangka.. baru tadi sepupu Lat'z bagitau bahawa ada pelajar dari kelas yang tidak berapa (bukan kelas pandai, kelas corot) dalam sekolah, di mana salah seorang pelajar dalam kelas tersbut mendapat Straight A.. Sepupu Lat'z pembantu tadbir di sekolah tersebut..Guru2 dan semua yang ada di sekolah tersebut semuanya terkejut apabila melihat keputusan pelajar tersebut..bagaimana seorang pelajar kelas yang tidak berapa pandai mampu untuk mendapatkan result yang cemerlang? Sedangkan masa peperiksaan percubaan result dia biasa saja.. Kakak Lat'z merupakan seorang guru dan dia pernah memberitahu bahwa kementerian pelajaran menurunkan gred kelulusan bagi mengatasi masalah peratusan kegagalan di kalangan pelajar. Pada pandapat Lat'z, tiada gunanya mendapat peratus kelulusan yang membanggakan sedangkan pelajar itu tidak berkualiti.. kerana kita seharusnya mementingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI...
Bahkan ada juga sesetengah dari kita sedar di mana Sijil mampu diperolehi dengan wang ringgit.. Rasuah bagi mendapatkan sijil.. Jadi, anda fikirlah sendiri adakah mereka yang senang2 mendapatkan sijil tersebut mampu menjadi seorang pekerja yang berkualiti sekiranya diambil sebagai pekerja? Kalau Lat'z adalah majikan, Lat'z akan mencari pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bekerja.. memanglah tidak adil bagi mereka yang fresh graduate untuk mendapatan kerja..tapi biarkah mereka bekerja sementara bagi menimba pengalaman barulah diambil menjadi pekerja tetap...
Kadang2 walaupun anda mempunyai segulung Diploma ataupun Ijazah,,janganlah memandang rendah mereka yang hanya memiliki PMR, SPM & STPM kerana sijil akademik bukan menjadi ukuran tetapi pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki... Renungkanlah.. .o.O
p/s: Tingkatkan PRESTASI dan KUALITI bukan meningkatkan KUANTITI dengan KONTROVERSI ... O.o
2 comments:
Straight A's pun kekadang tak menjamin .
@Shima Yahya ya betul...^.^ tidak menjamin untuk mendapatkan kerja..
Post a Comment