Showing posts with label Software. Show all posts
Showing posts with label Software. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Tutorial : Join Together Files In 1 pdf file



A-PDF Merger

A-PDF Merger is a simple, lightning-fast desktop utility program that lets you combine two or more image files or Acrobat PDF files into a single PDF documentOffice files can be merged if A-PDF Office to PDF installed. A-PDF Merger provides special merge methods that allow you to combine documents and document parts in a number of different ways to make your work more effective.



With the intuitive interface, the merging is as easy as 1-2-3:
  1. Add files by clicking the "Add" button
  2. Adjust the file order
  3. Click "Merge" button.



p/s : don't forget to click "Donate" button.. TQ..^.^


Saturday, 7 July 2012

[Tutorial] : Photo Editor Online


Selain menggunakan Photoshop yang di'download dari Tutorial Lat'z, anda juga boleh menggunakan
 Photo Editor Online untuk membuat header, menu bar dan sebagai nya.
Sila klik di bawah untuk pergi ke editor online tersebut. Bookmark lama web tersebut bagi memudahkan anda untuk meng'edit.


 >> http://pixlr.com/editor/ <<


p/s : Klik SINI untuk menambah pendapatan anda. ^.^

Saturday, 9 June 2012

[Tutorial] : Pendekkan URL




URL terlalu panjang?
Nak sembunyikan URL asal?
Jangan risau kerana terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk memendekkan URL anda kepada URL yang lebih ringkas dan mudah diingati.
Fungsi ini tentu sekali memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna komputer,dan untuk menggunakan kemudahan ini adalah sangat mudah sekali.
Walaupun terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti ini,dalam contoh ini, Lat'z akan menggunakan Google Url Shortener. Google Url Shortener adalah sangat mudah digunakan.
Jika anda ingin mencuba menggunakan kemudahan ini,sila layari http://goo.gl 

>> http://goo.gl/ <<


Tutorial Di Dini:
1. Copy link URL yang hendak dipendekkan pada petak "Paste your URL here" sebaik saja anda klik link  http://goo.gl/


2. Klik "Shorten URL" dan URL yang telah dipendekkan akan mucul di sebelah kanan. Copy dan pastekan link URL yang dah dipendekkan itu dimana-mana saja anda mahu.

Selamat Mencuba..^.^

p/s : Klik SINIuntuk yang lebih menarik.!!


Thursday, 12 January 2012

[Tutorial] : Download Photoshop CS4


Nak download Adode Photoshop ? 
Ini adalah link untuk download Photoshop CS4..

Klik Sini dulu kemudian KLIK SINI untuk download..^.^

Cara2 nak download dan langkah2 boleh ikut >> TUTORIAL INI << Credit to Hafizzi Aziz

Selain itu, anda pun boleh download menggunakan LINK INI dari Mediafire..

Dengan adanya software Photoshop anda boleh buat macam gambar mengikut kreativiti anda sendiri..
Tutorial bagaimana menggunakan Photoshop anda boleh ikut Tutorial dari
>> Hafizzi Aziz <<

SELAMAT MEN'DOWNLOAD DAN SELAMAT MENCUBA BERMAIN DENGAN PHOTOSHOP..^.^

p/s : Lat'z pun guna Tuto dari Hafizzi..tutorialnya mudah difahami...

Wednesday, 10 August 2011

(Tutorial) : Cara nak buat file GIF







Lat'z nak share macam mana nak buat GIF..apa GIF?? Gambar yang boleh bergerak2 macam kat atas tu..(^.^)


1. Mula2..anda klik satu 1 plilhan di bawah..Ketiga2 link tersebut adalah digunakan untuk buat GIF...pilih yang mana suka..(^.^) 


Creat a GIF 
  Gifmake 
gick


2. Sebagai contoh Lat'z plilh gick dan anda akan nanpak screen seperti bawah ini..

3. Langkah seterusnya..Anda klik pada  'choose file' dan upload gambar yang anda ingin dari laktop @ komputer anda..Terpulang kepada anda berapa jumlah gambar yang anda nak buat untuk GIF file anda..


4. Bila dah selesai pilih..anda pilih apa saiz yang anda mahu dan  kelajuan GIF anda berubah..

5. Bila dah selesai pilih..anda klik "continue" dan anda akan melihat hasil GIF anda....(^.^)

6. Selepas anda pilih samada 'download' @ ambil kod 'image link"..anda pun boleh uoloadkan gif anda tadi ke photobucket. 

7. Kalau nak buat banner..sila klik Buat Banner GIF




Saturday, 30 July 2011

[Tutorial] Convert WAV to MP3

Bagaimana nak convert WAV file ke mp3.??
klik link di bawah untuk download software converter..

 >> DOWNLOAD SINI <<

 Macam biasa, klik Download now

Dan kilk Run untuk proses muat turun software,,

Pilih typical installation dan klik accept and install 


Selepas itu screen seperti di bawah akan terpapar..klik ok je..


Lepas tu anda akan nampak Free Mp3 Wma converter pun editor seperti di bawah..ada kat dekstop tu..klik butang tambah seperti di bawah untuk convert file wav yang ingin anda convert ke mp3.


Bila dah add file wav yang ingin d'convert..ia akan tersenarai d editor seperti d bawah dan langkah seterusnya ialah klik je butang convert kat bawah kanan editor tu..tengok pic kat bawah ni..


Sebelum anda convert,pastikan anda pilih di mana file tersebut d'save'kan..tengok output path kat mana, maka di situ la ia d'save'kan.. selepas anda tekan butang convert maka..siaplah file anda td menjadi bentuk mp3...(^.^)


Friday, 29 July 2011

[Tutorial] 'Cut' lagu jadi ringtone

Ha...mesti ramai yang nak tau macam mana nak cut lagu yang panjang untuk dijadikan ringtone..
mula2..pergi klik  link di bawah untuk terus pergi download software..

>>  DOWNLOAD SINI <<

bila dah masuk laman tersebut, anda scroll ke bawah dan anda klikdownload di Power Sound Editor maka anda akan dipaparkan screen seperti di bawah..


Selepas anda klik download tapi klik lagi download yang keluar di screen seterusnya seperti di bawah 


Screen seterusnya akan keluar seperti di bawah dan save file download anda..


Selepas itu pilih Run untuk proses muat turun


Kemudian akan keluar screen seperti di bawah untuk  proses download and installation 

Accept Agreement yang keluar dan klik next untuk screen seterusnya..


Kemudian akan keluar screen seperti di bawah untuk prosesmuat turun..ia akan mengambil masa beberapa minit...tunggu je sampai complete download..


Kemudian akan keluar screen seperti di bawah welcome screen 


Anda akan melihat screen Power sound editor seperti di bawah dan pergi klik kat icon OPEN seperti di bawah untuk masukkan lagu yang ingin anda cut..


Pilih lagu n klik open seperti di bawah..


Apabila sudah masukkan lagu tekan butang play d penjuru bawah  kiri screen editor untuk mendengar lagu..


 kemudian gunakan 2 bar seperti di bawah untuk pilh part lagu yang ingin d'cut..


Pastikan anda tekan butang play untuk mendengar part lagu yang ingin anda cut..Bila sudah pilih part yang ingin d'cut..pergi icon crop di atas option editor seperti di bawah..


Bila sudah crop, anda tekan butang play untuk dengar hasil cut song anda.. jika tidak berpuas hati anda boleh crop semula dan  ulang langkah insert lagu dan ulang semula step untuk cut..sebab tu pastikan anda tekan play dan main 2 bar yang ada untuk mendengar part untuk d'cut sebelum anda crop..jika berpuas hati..pergi icon save di atas option editor seperti screen di bawah..


pilih save file as  dan secara automatik lagu anda akan di'save dalam bentuk WAV..Kemudian editor akan proses file anda..anda pilih dimana hasil cut song anda untuk d'save...

Selesai sudah ringtone yang anda cut sendiri..walaupun ia dalam bentuk WAV..anda boleh convert file ke mp3..ikuti tutorial convert wav to mp3...see u again..(^.^)

Selamat mencuba..(^.^)










Thursday, 28 July 2011

(Tutorial) Membuat video muzik sendiri

Halo..halo..halo..Anda ingin membuat video clip dari gambar2 @ video anda sendiri??
Dan video tersebut mempunyai latar lagu sepanjang video berjalan?? 
Senang je..meh sini Lat'z ajar apa yang patut dibuat..
Lat'z tak le expert sangat, sikit2 tu boleh le..ok..anda ikut step2 di bawah ni ye..

Pertama kali, download software video editing di http://www.nchsoftware.com/  anda akan nampak screen seperti di bawah


scroll ke bawah hingga anda nampak VideoPad Video Editor di sebelah kanan..
klik Get in now .. lepas tu save kerana proses download software bermula.


Semasa proses muat turun selesai, anda akan disuruh untuk memilih product dari NCH software yang anda inginkan. 

Selepas itu, buka VideoPad Video Editor pada dekstop anda dan anda akan lihat sceen seperti di bawah..
Apabila anda klik icon VideoPad Video Editor di dekstop, anda akan dipaparkan screen editor seperti di bawah  


Selepas itu, pergi Add Media di sebelah penjuru kiri atas editor itu untuk mamasukkan gambar2, lagu dan klip video yang telah anda rakam. Lihat pic bawah untuk sample memasukkan lagu dalam project anda..lagu dan gambar boleh diambil dari komputer @ laktop atau dari pendrive..


Pic di bawah adalah ketika editor adding files ke dalam projek anda..


Selepas anda memasuki beberapa lagu dan gambar yang diingini...anda pergi ke Media List di sebelah kiri di mana fail2 yang telah anda masukkan akan tersenarai dalam Media List..double click pada fail yang anda inginkan dan ia akan terpapar di sebelah kanan media list..kemudian klik arrow @ anak panah berwarna hijau untuk masukkan dalam projek anda..


Screen di bawah akan keluar untuk anda pilih di mana posisi gambar di letak..akan keluar 3 plilhan ..anda pilih ikut suka..


Apabila selesai pilih lagu dan gambar..anda boleh tekan butang Play yang bersegi 3 di sebelah atas kanan editor untuk melihat hasil projek anda...contoh adalah seperti screen di bawah..


Ataupun anda pergi ke option di atas yang ada Preview untuk melihat hasil projek anda..akan terpapar sequence preview (full screen) seperti di bawah..


Selain itu, anda juga dapat meletakkan subtitle pada projek anda dengan double click icon subtitles pada options kat atas editor..akan keluar screen seperti di bawah..


Macam mana nak masukkan subtitle?? Semasa sequence berjalan..anda tekan butang pause untuk hentikan sequnce dan taipkan apa yang anda nak di kotak bawah, maka ia akan keluar di screen atas sequence anda..anda boleh setting saiz,warna dan font untuk text video anda..main pause & play untuk masukkan subtitle anda dan anda boleh set brapa lama subtitle tersebut terpapar..contohnya seperti di bwah..

Apabila dah selesai projek save projek anda dengan double click icon save movie di option kat atas editor dan akan keluar screen seperti di bawah..

 pilih di mana anda ingin save projek anda..dan pilih bentuk fail anda samada mp3, mp4, avi etc..seperti di bawah..

Editor akan convert fail anda mengikut pilihan anda dan fail anda akan tersimpan di dalam laktop @ komputer anda...



Haa..Lat'z harap anda sekalian boleh mencuba untuk membuat video ni..Lat'z dah cuba dah buat..hehe..best tau..tapi belum expert sangat..bukan ape..hari tu masa Lat'z ikut kursus induksi umum bulan 6 lepas..mereka ada buat video clip aktiviti semasa kamirang kursus..siap dengan lagu lagi tu..!! Tu yang Lat'z cuba nak buat..tapi orang tu..fuhh..nang lihai..kreatif betul..terharu Lat'z tengok tau...

kalau ada ape2 yang tak faham..boleh tanya Lat'z ttg video editing ni...ok..Gudluck to u all..(^.^)



Monday, 25 July 2011

[Tutorial] Format Laktop Dengan OS Window XP

1.   Back-up semua fail dan apa-apa yang penting dalam laktop anda dalam CD @ pendrive. Kalau anda tak back up semua fail,semua data dalam laktop anda akan hilang sebaik saja anda format laktop anda.

2.  Masukkan disk OS @ disk window anda dan RESTART laktop anda.. Pastikan disk window anda BETUL kerana ada beberapa jenis OS seperti Window XP, Window Vista, Window 7 dan lain2. 

3.   Apabila laktop start,akan keluar screen berbunyi  "Press any key to boot from CD." Sekiranya ia keluar pergi langkah seterusnya. Tekan apa2 butang di laktop anda.

4.   Kemudian anda akan dipaparkan screen perjanjian @ agreement dari Window. Tekan F8 untuk terima agreement.  


5.  Pada screen seterusnya akan keluar "previous XP detedtion"..tekan 'ESC'. Ini akan memulakan proses reformat laktop anda. 

6.  Create @ delete partition. Pilih partition yang anda ingin delete..tekan 'C' dan  tekan ENTER.

7.  Pilih "format using the NTFS file system option (quick)  kerana kebanyakan orang hari ini menggunakan NTFS file system . Kemudian tekan  "Enter." Tekan 'F' untuk sahkan partition yang betul untuk diformat. Window akan install operatingsystem dari disk OS tadi. Jangan sentuh apa2 butang semasa window downloading. Tunggu hingga selesai. Laktop akan restart dan keluarkan disk semasa restart.

8.  Apabila computer restart akan keluar XP Setup di screen. Masukkan disk OS dan masukkan product key 16 digit  sekiranya keluar screen minta product key, kemudian tekan  "Next." Anda akan dikendaki menjawab beberapa soalan seperti religion, language options, name, computer name, admin password, date & time setting dan  network setup. Tekan ENTER sekiranya sudah selesai.


9.  Proses setup akan bermula. Ini akan mengambil masa dalam 30 minit.. Pilih  "Typical" sekiranya keluar  Network Settings options.Keluarkan disk sekiranya sudah selesai. 


10.   Laktop akan reboot. Screen " Welcome XP" akan keluar. Ia akan meminta anda untuk mendaftar Operating System anda. 


11.  Masukkan disk Microsoft Office apabila laktop restart dan install. Masukkan product key dan install.


Nota :
1. Kalau anda format menggunakan OS dan microsoft Office yang pirate..selepas 30 hari..jangan heran dengan OS anda..masih dapat dipakai tapi beberapakali banyak pun anda set wallpaper tetap hilang selepas anda restart laktop anda..ni berdasarkan pengalaman saya..hehe..saya pakai yg pirate pun OS dan Microsoft Office...(^.^)


2. Pastikan anda check audio device anda ada ke tidak...kalau audio device tiada..pasti icon speaker yang kat sebelah bawah kanan tiada..jadi apa yang anda perlu buat ialah..install audio driver mengikut jenis laktop anda...contoh kalau anda guna laktop ACER..install  la Acer pun driver...install n run..


3. Untuk maklumat lebih lanjut tentang format laktop..pergi laman e-how.. http://www.ehow.com/ taip how to format laktop kat search box...pergi link ini untuk tengok video d e-how  http://www.ehow.com/video_4992400_format-hard-drive-windows-xp.html

Penaja Blog