Tuesday, 26 July 2011

10 perkara yang isteri benci tentang suami


Halo..halo..halo...(^.^)
Lat'z nak kongsi perkara yang dibenci oleh para isteri..sama2 kita baca dan renung2kanlah...sendirilah membuat penilaian..
KEBANYAKKAN suami tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, suami tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh si isteri. Justeru itu, apa kata wahai suami sekalian meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Suami yang panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher isteri bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. 
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!!
Semua benda dia je yang betul...isteri disepak diterajang macam bola..ingat kami perempuan ni boloa ker??  ...(o.O)
2. Suka mengongkong
Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar berjumpa dengan teman-teman pun tidak boleh, dikatanya pula si isteri buat perangai sampai memarahi isteri dengan berkata " awak lupa ke yang awak tu dah jadi bini orang??". Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh isteri mereka.  Mulalah dituduh psiko, penyibuk dan queen control.
Ish...agaknye suami ni lupa ke yang dia tu laki orang?? Biasalah lelaki kalau dah keluar dari rumah...status akan jadi bujang..lupa dah bini anak kat rumah..
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri agar si isteri memujuk mereka. 
Lelaki memang ego...(o.o)
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan seorang isteri yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun masih sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Isteri mana yang suka kalau suami macam tu??
Lelaki mata nanas..(O.o)
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri. Zaman sekarang, selalu kita dengar suami scandal dengan perempuan dan ada juga yang mempunyai 'isteri simpan'. 
Tak cukup ker sorang je bini?? Ramai2 ni mampu ke nak tanggung..?? Tu ler lelaki zaman sekarang, dah jadi bapa budak pun masih main kayu 3..pooraa....(O.o)
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada isterinya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri sentiasa perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang. 
Suami tak pernah nak kisah dengan perasaan isteri tapi hendak isteri ambil berat dengan perasaan mereka..give and take la...sama2 memberi..sama2 merasa...barulah bahagia..
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan janji keluar dengan isteri semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan isteri. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
Penting dengan kawan..kawinlah dengan kawan kamu tu..huh..(O.o)...kita penat2 masak dia tak pulang rumah..makan kat luar..tengah malam hingga dini hari baru pulang rumah...
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu suami yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, suami mahu si isteri terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai isteri terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Suami harus belajar menghargai isteri...sekiranya isteri rasa dihargai..maka isteri akan lebih menyayangi anda dan melayan anda dengan  lebih baik lagi...
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Teriak2..bukannya isteri pekak...kalau isteri meninggikan suara sikit,mulalah kata isteri dah pandai melawan..mana tak nye...kalau selalu sangat suami meninggikan suara..mana tak isteri fedup lalu berani meninggikan suara..
10. Lelaki penipu
Masalah yang ketara apabila suami suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan isteri membenci anda. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu 3. 
Susah hidup dengan suami penipu..tapi sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juag..sepandai2 kamu menipu akhirnya ketahuan juga.

Inilah sikap suami yang dibenci oleh isteri. Lat'z pun tak suka la dengan suami macam tu..fedup.....(O.o)

No comments:

Penaja Blog