Bukan semua perkara kita dapat kongsikan bersama...ada sesetengah perkara perlu kita rahsiakan dan disimpan di dalam hati...bukan semua perasaan kita dapat luahkan kepada orang lain..kadang2 amat berat untuk kita meluahakn sesuatu kerana kita takut semua akan berlaku pada diri kita..
Setiap orang pasti akan ada pernah melalui detik2 dan saat2 yang sukar namun kita tidak boleh meluahkan dan memberitahu orang mengenai apa yang anda rasa...setiap orang yang mempunyai masalah tersimpan di dalam hati pasti akan jelas nampak dari wajahnya..
wajahnya yang sering berkerut, wajah yang nampak kerisauan, wajah yang nampak kesedihannya...
Sesetengah orang dapat menyimpan masalah yang dihadapi dan tidak memberitahu sesiapa namun wajah manusia tidak dapat menyimpan kerana pasti orang akan dapat tahu bahawa seseorang itu menghadapi masalah..tatkala semua orang sedang bergembira, ketawa riang, dia hanya berdiam diri,kalau senyum pun..senyum terpaksa...ini adalah kerana amat payah bagi seseorang yang bersusah hati menggembirakan dirinya...Seseorang itu hanya dapat kelihatan gembira sekejap sahaja,tapi selepas itu, dia akan nampak bersedih..
Sesetengah orang tidak mahu berkongsi masalah yang dihadapi kerana takut orang lain tidak memahami keadaan dan situasi yang sedang dihidapi..Janganlah kita berkongsi masalah yang akan memalukan diri kita sendiri kerana sudah pasti orang lain akan mentertawakan anda dari belakang..
Senang untuk kita mencari kawan semasa gembira..
Tetapi payah untuk kita mencari kawan semasa kita sedih...
Orang tidak akan faham dan memahami dengan masalah dan situasi yang kita hadapi..
Adalah baik untuk kita tidak berkongsikan masalah kita dengan orang kerana sudah pasti kita akan menyesal sekiranya kita dapat tahu kita dijadikan bahan ketawa di belakang kita..kerana manusia terdiri daripada orang yang baik di depan kita tetapi sebaliknya menikam dari belakang...
Hati yang sakit memang menyakitkan tetapi ingatlah..janganlah anda meluahkannya kerana anda juga yang akan memalukan diri sendiri...
Hati yang sakit tiada siapa yang tahu..doktor pun tidak dapat mengubati sakit hati...O.o
No comments:
Post a Comment