Jangan kerana cinta, hidup merana..
Wangi sungguh bunga ros merah,
Sakitnya tangan tercucuk durinya;
Jagalah diri jagalah maruah,
Jangan kerana cinta hidup merana.
Bersempena dengan Valentine's Day hari ini..Lat'z ingin mengucapkan selamat menyambut hari kekasih..^.^.
Kepada mereka yang mempunyai kekasih pasti akan meraikan hari yang istimewa ini..apa yang anda berikan kepada pasangan anda? Sejambak bunga ros? Hadiah teddy bear? Candle light dinner? Atau maruah anda?
Jangan sampai anda mengadaikan maruah anda hanya kerana ingin menunjukkan kasih sayang kepada pasangan anda. Terdapat segenlintir pasangan pasti akan bergelumang dengan maksiat sehingga pergi check-in di hotel bagi memadu asmara di hari kekasih ini..ish..perlukah melakukan maksiat bagi membuktikan kasih sayang? Operasi mencegah maksiat pasti akan dilakukan, tak hairanlah kalau ada pasangan yang tertangkap di bilik hotel semasa hari kekasih ini.. tak masa hari kekasih pun kalau tengok TV, banyak pasangan yang kena tangkap..
Cuba anda fahami pantun di atas pada pembukaan entry Lat'z...Bukan apa, banyak orang yang hidupnya hancur hanya kerana berpunca dari CINTA.. Remaja yang masih bersekolah sekiranya asyik bercinta akan terjebak dengan gejala sosial dan perkara yang tidak elok. Bercinta semasa belajar sudah pasti akan menghalang anda untuk berjaya hingga ke menara gading..ada sesetengah orang yang mengandung semasa belajar pasti akan menjadi penyumbang kepada kes pembuangan bayi di Malaysia. Kalau tidak buang lalu kahwin serta mendirikan rumahtangga, Lat'z yakin rumahtangga pasti tidak akan kekal..ini kerana jiwa masih muda dan masih ada rasa tidak puas enjoy dengan kehidupan..muda2 lagi dah jadi seorang ibu..jadi bertambahlah penyumbang kes status janda & duda.. bagi yang tidak mengandung, dari bercintalah mereka akan menjadi seorang yang kaki enjoy ..pergi clubbing dan enjoy..
Kekadang para perempuan yang kaki enjoy ini tidak sedar bahawa bagaimana pandangan dan tanggapan lelaki melihat mereka..Lat'z sendiri pernah mendengar dari mulut lelaki di mana mereka melihat perempuan yang sosial dan sesuka hati berkepit dengan lelaki adalah seperti ANJING..!! Bagaimana anda melihat anjing, begitulah anda akan dipandang oleh masyarakat sekiranya anda tidak pandai menjaga diri dan maruah anda..Mahukah anda dilihat sehina seperti anjing? O.o.. bak kata Nabil..Lu pikir la sendiri..
Kepada perempuan : Jagalah mahkota anda sebaiknya dan jangan sampai anda dipandang seperti anjing.
Kepada lelaki : Janganlah menghancurkan hidup anda dan orang lain.
p/s: DON'T let the LOVE ruin your LIFE & destroy your AMBITION.. One day in future, your surely REGRET if you can't achieved SUCCESS IN LIFE.
1 comment:
tapi ade jugak umat islam yg sambut kan .
Post a Comment