Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Friday, 5 August 2011

Kawan makan kawan..(O.o)

Backstabber bermaksud orang yang suka menikam dari belakang kawannya sendiri, berpura2 baik dengan seseorang itu tetapi 'menikam' dari belakang. Kawan baik sendirilah akan menjadi musuh anda dan bila2 masa saja akan menikam anda dari belakang. Dalam erti kata lain 'musuh dalam selimut'..iaitu bermaksud " musuh yang tidak diketahui, yang sangat dekat atau ada dalam lingkungan sendiri "


Kita semua sepatutnya berhati2 dengan orang yang berada di sekeliling anda kerana anda tidak tahu siapa dan di mana serta bila seseorang akan menikam anda dari belakang. Kita seharusnya berhati2 dengan orang yang rapat dengan kita kerana kita tidak tahu apa niat mereka terhadap kita. Walaupun pada permulaannya hubungan persahabatan anda sangat baik dan rapat tetapi tidak mustahil kawan baik anda itulah yang akan mengkhianati anda tanpa anda sedari. 


Hati manusia boleh berubah tanpa kita sedari. Perangai, sikap dan layanan seseorang boleh berubah mengikut peredaran masa dan keadaan sekeliling. kita tidak menyangka apa yang akan terjadi dan kita tidak juga menyangka apa yang orang lain akan lakukan kepada anda. 


Oleh itu, senantiasalah berhati2 dengan rakan2 sekeliling..takut ada yang bawa pisau..!!! Mati kena tikam..huhu..(O.o)...Tengok kartun kat atas tu...bukan tikam pakai pisau lagi tu..tikam pakai lembing...!! Haha..

Akhir kata dari Lat'z :

Jangan percayakan sesiapapun..percayakan dengan diri anda sendiri..(^.^)

Wednesday, 3 August 2011

Fire Stone People..(O.o)

Haa..anda tau tak apa tu FIRE STONE??
FIRE STONE kalau di'translate ke Bahasa Melayu ialah BATU API..
Apa maksud batu api??
Batu api adalah merujuk kepada orang yang suka mengasut orang lain supaya orang tu bergaduh sesama diri..kenape eh orang ni suka sangat jadi batu api??? Ape yang mereka dapat hasil dari perbuatan mereka yang menjadi batu api ni??
Setahu Lat'z tak dapat apa2pun...cuma kena sumpah seranah orang ada ler..kalau jadi batu api tu boleh jadikan seseorang tu kaya, sikda hal..Kalau jadi batu api ni boleh naikkan gaji orang tu, sikda hal.. dah tu ..pahal nak jadi batu api??? Suka sangat menghasut..apa kejedah macam ya???..(O.o)


Orang yang jadi batu api ni boleh dilabelkan sebagai orang yang bermulut jahat...kata2 yang penuh hasutan..!!! Eeee...tak suke ler...pompuan yang lebih banyak dari batu api..orang yang jadi batu api ni sebenarnya nak menjatuhkan orang lain..contoh..kalau di tempat kerja menghasut rakan kerja...biar orang yang mendengar hasutan tu tak nak berkawan dengan seseorang tu..sampai tak bertegur sapa walaupun berselisih..!!! Tengok la betapa tingginya ilmu orang yang jadi batu api ni boleh memecah-belahkan hubungan persahabatan orang..,satu lagi contoh ialah mengasut bos dengan menceritakan keburukan rakan kerja yang..cerita itu la..cerita ini la...biar bos tak suka dengan orang tu...tapi sedarkah kamu wahai si batu api??? Kamu yang suka hasut dan memburukkan orang lain..adakah kamu ada ambik cermin tengok muka sendiri??? Cantik sangat ke muka kamu tu?? Kau tek kacak??? Mun kacak pun perangai kedakya..boh ja la..(O.o)..Hmm..Janganlah kita nak jadi batu api...pikirlah sebab tiada faedah kita menghaut orang sehingga mencetuskan persengketaan dan hubungan orang lain...cemburu dengan kegembiraan & kemesraan orang lain ke?? Sian tengok orang batu api tok dibenci orang...


Tuhan akan membalas segala perbuatan orang yang merosakkan hubungan orang lain..Tunggu dan lihat..wahai si batu api..kamu akan menerima pembalasannya...

Penaja Blog