Friday, 5 August 2011

Kawan makan kawan..(O.o)

Backstabber bermaksud orang yang suka menikam dari belakang kawannya sendiri, berpura2 baik dengan seseorang itu tetapi 'menikam' dari belakang. Kawan baik sendirilah akan menjadi musuh anda dan bila2 masa saja akan menikam anda dari belakang. Dalam erti kata lain 'musuh dalam selimut'..iaitu bermaksud " musuh yang tidak diketahui, yang sangat dekat atau ada dalam lingkungan sendiri "


Kita semua sepatutnya berhati2 dengan orang yang berada di sekeliling anda kerana anda tidak tahu siapa dan di mana serta bila seseorang akan menikam anda dari belakang. Kita seharusnya berhati2 dengan orang yang rapat dengan kita kerana kita tidak tahu apa niat mereka terhadap kita. Walaupun pada permulaannya hubungan persahabatan anda sangat baik dan rapat tetapi tidak mustahil kawan baik anda itulah yang akan mengkhianati anda tanpa anda sedari. 


Hati manusia boleh berubah tanpa kita sedari. Perangai, sikap dan layanan seseorang boleh berubah mengikut peredaran masa dan keadaan sekeliling. kita tidak menyangka apa yang akan terjadi dan kita tidak juga menyangka apa yang orang lain akan lakukan kepada anda. 


Oleh itu, senantiasalah berhati2 dengan rakan2 sekeliling..takut ada yang bawa pisau..!!! Mati kena tikam..huhu..(O.o)...Tengok kartun kat atas tu...bukan tikam pakai pisau lagi tu..tikam pakai lembing...!! Haha..

Akhir kata dari Lat'z :

Jangan percayakan sesiapapun..percayakan dengan diri anda sendiri..(^.^)

2 comments:

Emilly Amisa said...

dh penah pun jmpa org mcm ni... mmg xlayan dh kwn yg mcm ni lg.... menyampah je

Lat'z said...

emi: ye la...susah betul nak jumpa kawan yg tidak mengkhianati kita..

Penaja Blog