Tuesday 11 October 2011

Pencen umur 60....Apa kata mereka??


Pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita mengenai umur pesaraan bagi kakitangan awam dilanjutkan dari 58 tahun ke 60 tahun mendapat pelbagai pandangan yang berbeza.

Bagi kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan, ada yang bersetuju dengan pelanjutan umur pesaraan kepada 60 tahun. Ini adalah kerana bagi mereka, kalau pencen pun tiada apa yang hendak dibuat di rumah, lebih baik berkerja dapat gaji setiap bulan. Bagi mereka kalau masih mampu untuk berkerja, teruskan perkhidmatan daripada duduk di rumah. Sekurang-kurangnya, kalau masih bekerja, dapat juga gaji setiap bulan. Mereka berpendapat bahawa, pencen awal mereka cuma mendapat separuh daripada gaji yang mereka perolehi jika dibandingakan gaji mereka sekiranya mereka masih bekerja. Pelanjutan umur pesaraan memang mendapat pelbagai pandangan dari mereka yang sedang bekhidmat sebagai kakitangan awam.

Selain itu, jika kita lihat lebih jauh lagi kesan pelanjutan umur pesaraan ini, ia akan makin meningkatkan peratusan pengangguran di Malaysia. Sekarang ini pun Malaysia sudah mempunyai peratusan pengangguran yang agak tinggi. Pelanjutan umur pesaraan akan mengurangkan jawatan kosong untuk diisi kerana terpaksa menunggu kakitangan untuk pencen. Bagi yang sedang berkhidmat isu pelanjutan umur pesaraan ini mendapat maklum balas yang agak baik, tetapi bagi yang sedang mencari pekerjaan, sudah semestinya mereka akan merasakan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan adalah makin berkurangan.

Di samping itu, pelbagai kementerian dan jabatan di Malaysia kini dibanjiri oleh CBG (Capacity Building for Graduate) di mana ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran yang masih sukar diatasi. Kerajaan pun sukar untuk menawarkan mereka pekerjaan ekoran dengan kelayakan akademik yang mereka miliki di mana tiada jawatan kosong untuk mereka sandang. Bagi mereka yang memilki kelayakan akademik yang tinggi (Diploma, Degree, Master dll) sekurang-kurangnya mereka mempunyai peluang untuk bekerja walaupun hanya sebagai CBG, akan tetapi bagaimana pula dengan keadaan mereka yang memilki kelayakan akademik yang rendah iaitu SPM sahaja? Kini kebanyakan jawatan di sektor kerajaan memerlukan kelayakan minima SPM dan  majoriti adalah Gred 17 adalah jawatan yang paling banyak di sektor kerajaan. Dengan pelanjutan umur pesaraan ini, amatlah sukar bagi mereka yang berkelayakan SPM untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk makluman program CBG ini hanya dilaksanakan di Sarawak di mana mereka hanya bekerja secara kontrak selama 2 tahun iaitu sehingga June 2013.  Jika dari sudut positif, program ini dapat memberi peluang dan pengalaman bekerja kepada para CBG. Manakala dari segi sudut negatif, adakah peluang pekerjaan itu ada untuk mereka yang sudah menyertai CBG ini sekiranya kontrak perkhidmatan mereka tamat pada 2013?  


Tambahan pula, pelanjutan umur pesaraan ini juga, kita akan melihat prestasi kerja dan mutu perkhidmatan kakitangan awam tersebut. Adakah mereka mampu untuk memberikan perkidmatan yang terbaik? Pada zaman ini, banyak rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan apabila sudah mencapai umur 30 tahun. Bayangkan keadaan kakitangan yang sudah mencecah 50 tahun ke atas? Tak pasal-pasal setiap minggu memohon cuti sakit (Sick Leave) kerana masalah kesihatan yang dialami, secara tidak langsung akan menjejaskan  mutu dan kualiti perkhidmatan.  Sebagai contoh bagi yang memberikan perkhidmatan pembayaran dan pertanyaan di kaunter, sekiranya staf itu sudah berusia, sememangnya pelanggan akan rasa kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima. Usia akan mempengaruhi tahap kecekapan pekerja dalam melakukan tugas. 

Apakah pendapat anda tentang pelanjutan umur pesaraan ini?? 



7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xleh nak kata apa coz dbdg swasta.heheh..

Nasz said...

rasanya tak relevan. bagi saya, umur persaraan ni sepatutnya tak dinaikkan utk beri peluang kepada org muda yang masih mencari kerja di luar sana.

MOHD NASER.com

Unknown said...

teringin nak keje kerajaan...

Lat'z said...

@NasZya..betul itu, beri peluang kpada golongan muda yg mncari pkerjaan di luar sana..

Lat'z said...

@Ahmad Haziq Azlan Bagi Lat'z, keje dgn kerajaan ni ada yg seronok & ada yg tak seronok...

Anonymous said...

i nak pencen 40..tu je yg i pk skang...hahaha

nice blog...nak followlah..hehe

to my blog - Acapsuur (>,<)

Lat'z said...

@asyrafNAKjadiLEBIHbaikem..kalo nak pencen 40 tu mesti ada income lain...

Penaja Blog