Mengikut pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita mengenai umur pesaraan kakitangan awam dilanjutkan ke umur 60 tahun. Kenaikan gaji sebanyak 7% hingga 13% (dalam lingkungan kenaikan RM80 hingga RM320) ada berkaitan dengan pemilihan umur pesaraan.
Adakah benar persoalan di kalangan kakitangan awam yang beranggapan sekiranya mereka memilih untuk bersara pada umur 60 tahun maka mereka akan mendapatkan kenaikan gaji di bawah SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhimatan Awam) dan sebaliknya sekiranya mereka memilih untuk bersara pada umur 58 tahun, mereka tidak akan mendapat kenaikan gaji.
Segenlintir kakitangan awam tidak mahu untuk melanjutkan umur pesaraan kepada 60 tahun kerana mereka lebih berminat untuk bersara pada 58 tahun dan adalah menjadi tidak adil kepada mereka sekiranya benar tanggapan mereka itu yang mana kenaikan gaji hanya akan diberikan sekiranya mereka memilih untuk bersara 60 tahun. Sepatutnya kenaikan gaji ini dilaksanakan kepada semua kakitangan awam tidak kira bersara pada umur 58 tahun mahupun 60 tahun. Mengikut pembentangan Bajet 2012, umur persaraan wajib adalah pada 60 tahun, belum tahu lagi samasa kakitangan awam masih mempunyai pilihan atau tidak untuk bersara pada 58 tahun ataupun semua kakitangan diwajibkan bersara pada umur 60 tahun.
Ada sumber mengatakan kenaikan gaji dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh kenaikan gaji tahunan iaitu pada Januari , April , Julai, Oktober. Sememangnya semua kakitangan awam mempunyai tarikh kenaikan gaji yang berbeza mengikut tarikh mereka mula berkhidmat.
Segelintir kakitangan awam yang sudah berusia mengatakan mereka seperti dipaksa untuk berkhidmat sehingga umur 60 tahun sekiranya kerajaan mengatakan umur pesaraan adalah wajib pada 60 tahun dan tiada pilihan untuk memilih umur pesaraan.
Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Bajet 2012 di laman web treasury.gov.my.
Apa pendapat anda mengenai isu ini?? Boleh dikongsikan bersama. (^.^)
p/s: Lat'z pilih pencen 60 tahun je la, asalkan ada kenaikan gaji..tapi belum tahu lagi ajal dan adakah Lat'z masih mampu untuk memberikan perkhidmatan yang baik sekiranya umut sudah mencapai 50 tahun ke atas..masih ada 30 lbh tahun lagi untuk bersara....(O.o)
No comments:
Post a Comment