Tuesday, 11 October 2011

CBG (Capacity Building for Graduate)


Tahukah anda apa itu CBG ?? CBG adalah singkatan bagi Capacity Building for GraduateUntuk makluman program CBG ini hanya dilaksanakan di Sarawak di mana mereka hanya bekerja secara kontrak selama 2 tahun iaitu sehingga June 2013.  Jika dari sudut positif, program ini dapat memberi peluang dan pengalaman bekerja kepada para CBG. Manakala dari segi sudut negatif, adakah peluang pekerjaan itu ada untuk mereka yang sudah menyertai CBG ini sekiranya kontrak perkhidmatan mereka tamat pada 2013?  

Persoalannya? Adakah CBG di Sarawak ini umpama tikus makmal? Dijadikan sebagai bahan kajian kerajaan? Para CBG yang kononnya ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan adalah bertujuan untuk menimba pengalaman bekerja, hakikatnya mereka dijadikan sebagai "PEmbantu Rumah" di kebanyakan organisasi. Bagi CBG yang benar-benar memerlukan pekerjaan demi menyara keluarga, adakah ini cukup dan berbaloi bagi mereka? Penghujungnya? Adakah kerajaan mampu menampung para CBG dengan menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka? Bagi Urusetia CBG, mereka perlu menyediakan "roadmap" untuk CBG? Kepada kawan-kawan Blogger sekalian, apakah KPI (Key Performance Index) bagi Program CBG ini?

1 CBG berusia 25 tahun(Kelayakan Degree) = RM818 x 24 bulan
                                                                              = RM19,632.

1 CBG berusia 25 tahun (KelayakanDiploma) = RM667 x 24 bulan
                                                                                = RM16,008.

1 Staf berusia 25 tahun, Gred17 (kelayakan SPM, bertaraf tetap) 
       = RM820.38 (Starting, dan akan naik dari tahun ke tahun)
       = RM350 (pelbagai elaun)
       = RM1170.38 x 35 tahun (umur 25 tahun sehingga bersara 60 tahun)
       = RM491,559.60

Melalui pengiraan kalkulator ekonomi, berapakah keuntungan yang dapat dijimatkan oleh kerajaan? 



No comments:

Penaja Blog