Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

Dapat Straight A tapi mampukah menjadi seorang yang berkualiti?


Seperti yang kita semua tahu..hari ini keputusan SPM diumumkan dan sudah pasti pelajar2 mendapat berita yang gembira sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang..bagi yang dapat keputusan SPM yang tiak seberapa..anda masih boleh melanjutkan pelajaran dengan mengambil sijil kemahiran dari institut kemahiran..atau anda masih boleh menduduki semula SPM dengan menduduki Paper Julai atau menjadi calon pesendirian..sekiranya anda berminat untuk menduduki semula SPM, sila pergi ke Jabatan Pelajaran untuk mendaftar. ^.^

Persoalan yang Lat'z nak ungkitkan ialah, adakah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang straight A mampu menjadi seorang pekerja yang berkualiti?

Lat'z sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 7 tahun..dalam 7 tahun tersebut, sudah 2 tahun Lat'z bekerja dalam sektor kerajaan.. Pada pendapat Lat'z, walaupun seseorang itu mempunyai kelayakan akademik peringkat Diploma dan Ijazah pun  masih tidak mampu dan ada yang tidak setanding dengan mereka yang berkelayakan akademik rendah seperti SPM...
Lat'z pernah membuat entry yang bertajuk Degree VS SPM <<sila2 la baca entry lama>>

Bukan apa ramai pelajar sekarang mampu mendapat result yang di luar jangka.. baru tadi sepupu Lat'z bagitau bahawa ada pelajar dari kelas yang tidak berapa (bukan kelas pandai, kelas corot) dalam sekolah, di mana salah seorang pelajar dalam kelas tersbut mendapat Straight A.. Sepupu Lat'z pembantu tadbir di sekolah tersebut..Guru2 dan semua yang ada di sekolah tersebut semuanya terkejut apabila melihat keputusan pelajar tersebut..bagaimana seorang pelajar kelas yang tidak berapa pandai mampu untuk mendapatkan result yang cemerlang? Sedangkan masa peperiksaan percubaan result dia biasa saja.. Kakak  Lat'z merupakan seorang guru dan dia pernah memberitahu bahwa kementerian pelajaran menurunkan gred kelulusan bagi mengatasi masalah peratusan kegagalan di kalangan pelajar. Pada pandapat Lat'z, tiada gunanya mendapat peratus kelulusan yang membanggakan sedangkan pelajar itu tidak berkualiti.. kerana kita seharusnya mementingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI...

Bahkan ada juga sesetengah dari kita sedar di mana Sijil mampu diperolehi dengan wang ringgit.. Rasuah bagi mendapatkan sijil..   Jadi, anda fikirlah sendiri adakah mereka yang senang2 mendapatkan sijil tersebut mampu menjadi seorang pekerja yang berkualiti sekiranya diambil sebagai pekerja? Kalau Lat'z adalah majikan, Lat'z akan mencari pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bekerja.. memanglah tidak adil bagi mereka yang fresh graduate untuk mendapatan kerja..tapi biarkah mereka bekerja sementara bagi menimba pengalaman barulah diambil menjadi pekerja tetap...

Kadang2 walaupun anda mempunyai segulung Diploma ataupun Ijazah,,janganlah memandang rendah mereka yang hanya memiliki PMR, SPM & STPM kerana sijil akademik bukan menjadi ukuran tetapi pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki... Renungkanlah.. .o.O


p/s: Tingkatkan PRESTASI dan KUALITI bukan meningkatkan KUANTITI dengan KONTROVERSI ... O.o

Thursday, 2 February 2012

Kenapalah Orang Suka Marah Dengan Orang Sabah & Sarawak??


Kenapalah Orang Suka Marah Dengan Orang Sabah & Sarawak??

Kepada yang belum pernah pergi ke Sabah & Sarawak..baik anda search & baca betul2 mengenai kemajuan di Sabah & Sarawak..search kat Google...

Lat'z merupakan orang Sarawak...kesal sangat bila ada sesetengah orang yang memarahi kami sebegitu...Kalau betullah kami di Sarawak ini tinggal di atas pokok..mak oii...modennya kami..masih juga kami maju sebab walaupun stay di atas pokok namun line internet kami laju...kami guna lift untuk naik pokok..ada juga orang guna escalator untuk naik pokok...mana ada lagi kami di Sarawak ini tinggal atas pokok..kami dah tinggal di rumah tau...takkan tak peka dengan kemajuan dan perubahan zaman..masih lagi anggap kami di Sabah & Sarawak tinggal atas pokok..

Kalau tidak disebabkan HASIL BUMI yang dikeluarkan oleh Sabah & Sarawak...maka Semenanjung Malaysia tidak mendapat kemajuan seperti sekarang... Sekiranya dahulu Sabah & Sarawak tidak menyertai Malaysia, Lat'z yakin pulau Borneo menjadi sebuah negara yang kaya..sama seperti Brunei..

Satu page di Facebook telah dibuat agar orang tersebut meminta maaf dengan rakyat Sabah & Sarawak.. kepada rakyat Sabah & Sarawak..janganlah kita marah lalu mengeluarkan kata2 yang kesat sampai tidak elok didengar...Tuhan pasti akan membalas setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia...Bagi yang pergi melihat page tersebut..sila >> KLIK SINI <<

Sabtu ini, 4hb Febuari, kami yang bekerja di MBKS-Majlis Bandaraya Kuching Selatan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di atas pokok..O.o.. Sila baca entry ini mengenai Open House dari MBKS >> MBKS Open House bagi yang tinggal berdekatan dengan Kuching..jangan lepaskan peluang untuk datang beramai2 ke Chinese New Year Open House MBKS..^.^ 


Baca entry ini juga..^.^ >>  MBKS Open House 

p/s : Bagus Sabah & Sarawak minta keluar dari Malaysia saja... O.o...mana perginya 1Malaysia..Bagus jadi 1Borneo...

Monday, 16 January 2012

Relationship Status Di Facebook


Sudah pasti hampir semua dari kita mempunyai akaun Facebook kan?
Emm...apa status hubungan anda dalam Facebook?

Seperti yang anda sedia maklum anda boleh pilih dan tukar status hubungan anda di Facebook.


Ada sesetengah orang akan jujur menyatakan status hubungannya, sebagai contoh bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga adalah " Married ". Namun ada juga yang meletakkan statusnya "Single" walaupun dia sudah mempunyai isteri/suami. 

Ada juga kes yang sememangnya masih bujang dan belum kahwin lagi dah letak status hubungan Married " dan juga " Engaged " . Remaja zaman sekarang cepat sangat rasa nak kawin. Nanti bila dah kawin baru merasa macam mana pahit manis kehidupan berumahtangga. O.o

Bawah ini Lat'z tunjukkan contoh status hubungan.

 Married " to " In a relationship " ?


Macam mana pasangan yang sudah berkahwin boleh dalam hubungan? 
Sememangnya ada hubungan pun..ha3...tidak kisah la berkahwin ke bertunang..

 " Married " to ............ ?


Yang ini pula masih di usia remaja, masih bersekolah dah kahwin..O.o

 " In a relationship " with ......and it's complicated ? 

 

Yang ini mempunyai hubungan tetapi rumit..ini selalu terjadi dengan pasangan bercinta yang bergaduh kemudian si perempuan tu ubah status jadi  " it's complicated " 

" in a relationship " to " Single" ?


Yang ini orang bujang putus cinta...yang like tu orang lelaki yang menjadi rakannya di Facebook...Lelaki mestilah suka kalau perempuan dah single..ada peluang mereka..O.o

" Single " to " It's complicated " ?


Emm..bagaimana pula seorang yang bujang tapi memiliki hubungan yang rumit?
Mungkin kerumitan yang dihadapi semasa single...ataupun rumit kerana terpaksa menjadi kekasih gelap orang? Bercinta dengan kekasih orang?


" In a domestic partnership " to " Single " ?


Haish...ade ke hubungan " In a domestic partnership " ni??
 Baru pernah tengok..O.o

 Inil antara contoh status hubungan yang ada di Facebook...
Kalau nak tengok lagi, cuba tengok status hubungan rakan FB anda..^.^
Seboleh-bolehnya janganlah mendedahkan status hubungan anda sekiranya ia berubah.
Orang yang tengok pun ketawa tau..(Lat'z sendiri tersenyum melihat..O.o)



p/s  : Ada tak relationship status " Secret " ..O.o haha3.. Ada la..yang tak buat selection tu yang tak tau apa status hubungan dia..^.^

Friday, 13 January 2012

Lat'z Guna Shoutbox Busuk.Org


Lat'z beralih menggunakan shoutbox dari busuk.org...

kepada yang nak tukar guna shoutbox dari busuk.org...boleh daftar di link di bawah..


Nak tahu macam mana nak daftar ikut >>  Tutorial Ini << credit to Cik Lyssa

bukan apa beralih..sebelum ini guna shoutmix tapi kan shoutmix mengenakan caj bayaran, jadi Lat'z guna Fibox tapi ada yang tak kena dengan Fibox sebab ada keluar iklan adfly...O.o...

Shoutbox Lat'z ada kat sebelah kanan blog ini..yang ada icon penguin..


Rajin2 lah menjerit kat shoutbox Lat'z...^.^

Friday, 25 November 2011

Segmen : Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa




Lat'z join segmen ini di mana penganjurnya Cik Zareliqa ingin sesiapa yang join segmen ini menyatakan antara FOLLOWERS dan READERS mana lebih penting.

Pada pandangan Lat'z followers dan readers adalah sama penting kerana jika tiada followers maka tiadalah readers. Jika kita kaji dan teliti, dari mana datangnya readers kalau bukan dari mereka yang menjadi followers kita? Hasil penulisan blog yang menarik akan menarik minat followers untuk menjadi readers yang setia membaca entry anda.

Lat'z sendiri juga menjadi reader kepada blog2 yang Lat'z follow. Lat'z sebagai seorang blogger walaupun menulis blog sekadar mengisi masa lapang, Lat'z akan pergi dashboard dan membaca entry2 blog yang Lat'z follow. 

Bagi Lat'z, seseorang blogger tu kalau mempunyai banyak followers pun tak guna kalau tiada seorang pun followers'nya datang untuk membaca entry yang dipublish.  
Bagi Lat'z adalah satu kepuasan bila entry kita dibaca oleh seseorang. ^.^

p/s : Sudah daftar says ??
Baca Entry ini untuk ketahui apa itu Says. 

Thursday, 13 October 2011

Pilih Pencen 60 Baru Gaji Naik Mengikut SBPA, Kalau Pilih Pencen 58 Gaji Masih Ikut SSM


Mengikut pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita mengenai umur pesaraan kakitangan awam dilanjutkan ke umur 60 tahun. Kenaikan gaji sebanyak 7% hingga 13% (dalam lingkungan kenaikan RM80 hingga RM320) ada berkaitan dengan pemilihan umur pesaraan.

Adakah benar persoalan di kalangan kakitangan awam yang beranggapan sekiranya mereka memilih untuk bersara pada umur 60 tahun maka mereka akan mendapatkan kenaikan gaji di bawah SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhimatan Awam) dan sebaliknya sekiranya mereka memilih untuk bersara pada umur 58 tahun, mereka tidak akan mendapat kenaikan gaji.

Segenlintir kakitangan awam tidak mahu untuk melanjutkan umur pesaraan kepada 60 tahun kerana mereka lebih berminat untuk bersara pada 58 tahun dan adalah menjadi tidak adil kepada mereka sekiranya benar tanggapan mereka itu yang mana kenaikan gaji hanya akan diberikan sekiranya mereka memilih untuk bersara 60 tahun. Sepatutnya kenaikan gaji ini dilaksanakan kepada semua kakitangan awam tidak kira bersara pada umur 58 tahun mahupun 60 tahun. Mengikut pembentangan Bajet 2012, umur persaraan wajib adalah pada 60 tahun, belum tahu lagi samasa kakitangan awam masih mempunyai pilihan atau tidak untuk bersara pada 58 tahun ataupun semua kakitangan diwajibkan bersara pada umur 60 tahun. 

Ada sumber mengatakan kenaikan gaji dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh kenaikan gaji tahunan iaitu pada Januari , April , JulaiOktober. Sememangnya semua kakitangan awam mempunyai tarikh kenaikan gaji yang berbeza mengikut tarikh mereka mula berkhidmat. 

Segelintir kakitangan awam yang sudah berusia mengatakan mereka seperti dipaksa untuk berkhidmat sehingga umur 60 tahun sekiranya kerajaan mengatakan umur pesaraan adalah wajib pada 60 tahun dan tiada pilihan untuk memilih umur pesaraan. 


Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Bajet 2012 di laman web treasury.gov.my.


Apa pendapat anda mengenai isu ini?? Boleh dikongsikan bersama. (^.^)

p/s: Lat'z pilih pencen 60 tahun je la, asalkan ada kenaikan gaji..tapi belum tahu lagi ajal dan adakah Lat'z masih mampu untuk memberikan perkhidmatan yang baik sekiranya umut sudah mencapai 50 tahun ke atas..masih ada 30 lbh tahun lagi untuk bersara....(O.o)

Tuesday, 11 October 2011

Pencen umur 60....Apa kata mereka??


Pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita mengenai umur pesaraan bagi kakitangan awam dilanjutkan dari 58 tahun ke 60 tahun mendapat pelbagai pandangan yang berbeza.

Bagi kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan, ada yang bersetuju dengan pelanjutan umur pesaraan kepada 60 tahun. Ini adalah kerana bagi mereka, kalau pencen pun tiada apa yang hendak dibuat di rumah, lebih baik berkerja dapat gaji setiap bulan. Bagi mereka kalau masih mampu untuk berkerja, teruskan perkhidmatan daripada duduk di rumah. Sekurang-kurangnya, kalau masih bekerja, dapat juga gaji setiap bulan. Mereka berpendapat bahawa, pencen awal mereka cuma mendapat separuh daripada gaji yang mereka perolehi jika dibandingakan gaji mereka sekiranya mereka masih bekerja. Pelanjutan umur pesaraan memang mendapat pelbagai pandangan dari mereka yang sedang bekhidmat sebagai kakitangan awam.

Selain itu, jika kita lihat lebih jauh lagi kesan pelanjutan umur pesaraan ini, ia akan makin meningkatkan peratusan pengangguran di Malaysia. Sekarang ini pun Malaysia sudah mempunyai peratusan pengangguran yang agak tinggi. Pelanjutan umur pesaraan akan mengurangkan jawatan kosong untuk diisi kerana terpaksa menunggu kakitangan untuk pencen. Bagi yang sedang berkhidmat isu pelanjutan umur pesaraan ini mendapat maklum balas yang agak baik, tetapi bagi yang sedang mencari pekerjaan, sudah semestinya mereka akan merasakan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan adalah makin berkurangan.

Di samping itu, pelbagai kementerian dan jabatan di Malaysia kini dibanjiri oleh CBG (Capacity Building for Graduate) di mana ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran yang masih sukar diatasi. Kerajaan pun sukar untuk menawarkan mereka pekerjaan ekoran dengan kelayakan akademik yang mereka miliki di mana tiada jawatan kosong untuk mereka sandang. Bagi mereka yang memilki kelayakan akademik yang tinggi (Diploma, Degree, Master dll) sekurang-kurangnya mereka mempunyai peluang untuk bekerja walaupun hanya sebagai CBG, akan tetapi bagaimana pula dengan keadaan mereka yang memilki kelayakan akademik yang rendah iaitu SPM sahaja? Kini kebanyakan jawatan di sektor kerajaan memerlukan kelayakan minima SPM dan  majoriti adalah Gred 17 adalah jawatan yang paling banyak di sektor kerajaan. Dengan pelanjutan umur pesaraan ini, amatlah sukar bagi mereka yang berkelayakan SPM untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk makluman program CBG ini hanya dilaksanakan di Sarawak di mana mereka hanya bekerja secara kontrak selama 2 tahun iaitu sehingga June 2013.  Jika dari sudut positif, program ini dapat memberi peluang dan pengalaman bekerja kepada para CBG. Manakala dari segi sudut negatif, adakah peluang pekerjaan itu ada untuk mereka yang sudah menyertai CBG ini sekiranya kontrak perkhidmatan mereka tamat pada 2013?  


Tambahan pula, pelanjutan umur pesaraan ini juga, kita akan melihat prestasi kerja dan mutu perkhidmatan kakitangan awam tersebut. Adakah mereka mampu untuk memberikan perkidmatan yang terbaik? Pada zaman ini, banyak rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan apabila sudah mencapai umur 30 tahun. Bayangkan keadaan kakitangan yang sudah mencecah 50 tahun ke atas? Tak pasal-pasal setiap minggu memohon cuti sakit (Sick Leave) kerana masalah kesihatan yang dialami, secara tidak langsung akan menjejaskan  mutu dan kualiti perkhidmatan.  Sebagai contoh bagi yang memberikan perkhidmatan pembayaran dan pertanyaan di kaunter, sekiranya staf itu sudah berusia, sememangnya pelanggan akan rasa kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima. Usia akan mempengaruhi tahap kecekapan pekerja dalam melakukan tugas. 

Apakah pendapat anda tentang pelanjutan umur pesaraan ini?? 



CBG (Capacity Building for Graduate)


Tahukah anda apa itu CBG ?? CBG adalah singkatan bagi Capacity Building for GraduateUntuk makluman program CBG ini hanya dilaksanakan di Sarawak di mana mereka hanya bekerja secara kontrak selama 2 tahun iaitu sehingga June 2013.  Jika dari sudut positif, program ini dapat memberi peluang dan pengalaman bekerja kepada para CBG. Manakala dari segi sudut negatif, adakah peluang pekerjaan itu ada untuk mereka yang sudah menyertai CBG ini sekiranya kontrak perkhidmatan mereka tamat pada 2013?  

Persoalannya? Adakah CBG di Sarawak ini umpama tikus makmal? Dijadikan sebagai bahan kajian kerajaan? Para CBG yang kononnya ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan adalah bertujuan untuk menimba pengalaman bekerja, hakikatnya mereka dijadikan sebagai "PEmbantu Rumah" di kebanyakan organisasi. Bagi CBG yang benar-benar memerlukan pekerjaan demi menyara keluarga, adakah ini cukup dan berbaloi bagi mereka? Penghujungnya? Adakah kerajaan mampu menampung para CBG dengan menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka? Bagi Urusetia CBG, mereka perlu menyediakan "roadmap" untuk CBG? Kepada kawan-kawan Blogger sekalian, apakah KPI (Key Performance Index) bagi Program CBG ini?

1 CBG berusia 25 tahun(Kelayakan Degree) = RM818 x 24 bulan
                                                                              = RM19,632.

1 CBG berusia 25 tahun (KelayakanDiploma) = RM667 x 24 bulan
                                                                                = RM16,008.

1 Staf berusia 25 tahun, Gred17 (kelayakan SPM, bertaraf tetap) 
       = RM820.38 (Starting, dan akan naik dari tahun ke tahun)
       = RM350 (pelbagai elaun)
       = RM1170.38 x 35 tahun (umur 25 tahun sehingga bersara 60 tahun)
       = RM491,559.60

Melalui pengiraan kalkulator ekonomi, berapakah keuntungan yang dapat dijimatkan oleh kerajaan? 



Friday, 29 July 2011

Degree Vs SPM


Apa perbezaan orang yang ada Degree dengan orang yang hanya ada SPM??
Banyak perbezannnya..

Dari segi ilmu pengetahuan orang yang mepunyai Degree memang tinggi kelayakan akedemiknya berbanding SPM..

Dari gaji, orang yang mempunyai kelayakan akedemik Degree sudah semestinya memakan gaji pokok  yang cukup besar iaitu dalam RM1800++   sedangkan orang yang berkelayakan akedemik SPM hanya makan gaji pokok dalam  RM800..

Dari segi membuat kerja semasa bertugas, kebanyakan senior akan mengatakan.." Ada diploma @ Degree tapi tak pandai buat kerja.." Perkara ni Lat'z pernah dengar..Ada juga orang kata " Walaupun dia hanya SPM, tapi dia pandai buat kerja"..kenapa pula begitu?? Sebab orang yang ada SPM ni dh lama bekerja maka mahirlah dia buat kerja dan pengalaman bekerjanya banyak..sedangkan orang yang ada Degree tu baru saja bekerja sebaik saja tamat pelajaran dari Degreenya...pengalaman bekerja dia tiada, sebab tu dia belum pandai buat kerja..

Sekarang ni walaupun orang itu hanya setakat SPM tapi bila dia sudah bekerja, dia pasti akan menyambung pelajarannya dengan mengambil PJJ- Pelajaran Jarak Jauh. Maka bila dia tamat PJJ nya..dia akan menjawat pangkat yang sama seperti bosnya dulu..perbezaannya, dia sudah ada pengalaman bekerja..

Oleh itu, Lat'z ingin menyeru semua yang berkelayakan sPM majukan diri..tak dapat diploma @ Degree pun, sijil kemahiran pun ok...kita mesti sentiasa maju ke hadapan demi masa depan dan kesenangan di kemudian hari..Renung2kanlah..(^.^)

Penaja Blog