Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

Lady Diana Collections by Ernie Diana Latz : Accessories Designer


Hai,hampir setahun Latz menghilang dan tak update blog ini. Actually Latz busy dengan kerja, aktiviti luar rumah dan juga sibuk dengan bisnes. Bisnes ? Nak tahu bisnes apa yang Latz sedang jalankan sekarang? 

Lady Diana Collections 

Latz telah membuat bisnes online yang dinamakan Lady Diana Collections yang membuat dan menjual headband @ cekak rambut, klip rambut, sanggul dll. Latz buat dengan tangan Latz sendiri. 

Latz telah memulakan bisnes ini pada November 2012 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga Latz bertungkus lumus untuk menyiapkan semua tempahan. Latz menerima tempahan dari serata Sarawak (negeri kelahiran Latz ) dan ke Sabah juga, dan beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Latz menjalankan bisnes ini secara online menggunakan Facebook. 



Bagaimana boleh terlibat dalam perniagaan aksesori ini ? 

Latz mengenali headband yang menjadi kegilaan ramai iaitu Sereni & Shentel daripada kawan Latz yang telah membuat tempahan daripada rakannya yang juga membuat serta menjual headband. Ketika berjalan di kedai2 Latz terlihat bahan2 yang digunkan untuk membuat hendband seperti cekak kosong, reben, batu dll. Latz terlintas nak buat 1 untuk kegunaan sendiri. Kemudian Latz menggunakan headband tersebut ke tempat kerja. Kemudian rakan sekerja Latz yang juga merupakan kawan Latz telah memberi cadangan supaya post di Facebook dan tengok mana tahu ada orang yang mahu membuat tempahan. Pada mulanya Latz tak yakin tetapi setelah rakan2 Latz memberi dorongan serta menaikkan semangat Latz, maka Latz pun melakukan seperti yang mereka cadangkan. Latz amat menghargai dan berterima kasih keapda rakan Latz yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan bisnes Latz. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mr. R dan Mr. J kerana membuka hati Latz untuk menjalankan bisnes yang dinamakan Lady Diana Collections.

















 Rose Rubber Band : Rm5


Ingin melihat lebih banyak lagi design & rekaan daripada LadyDiana Collections serta nak membuat tempahan ??

Hubungi Latz melalui :

Facebook : Ernie Diana Latz 




Facebook Page : Lady Diana



Whatsapp  : 011-26802830



Instagram : erniediana_latz  

Instagram

Cara pembayaran adalah secara bank-in dimana akan diberitahu apabila termpahan comfirmed. 

Cara penghantaran pula adalah by-hand bagi kawasan Kuching - Samarahan & secara pos sekiranya luar dari kawasan. Caj penghantaran menggunakan Poslaju di mana Latz menghantar melalui Poslaju di Jalan Song, Kuching :

Kuching - Rm5 (1st 500gm)
Kota Samarahan  - Rm6 (1st 500gm)
Dalam Sarawak - RM6 (1st 500gm)
To Sabah - RM8 (1st 500gm)
To Semenanjung - RM10 (1st 500gm)





Friday, 1 June 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuatkuasa 1 Jun 2012



Apakah Akta Keterangan (Pindaan) 2012?
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 pada definisi aku adalah sebagai satu garis panduan kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan penggunaan internet secara umum yang mana secara khasnya penyebaran maklumat menggunakan medium internet. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini dipinda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang berbau fitnah atau tuduhan yang bertujuan untuk memburukkan atau menjatuhkan seseorang menggunakan medium internet.
Akta Keterangan Pindaan 2012 ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.

Isi kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Dibawah adalah antara isi kandungan yang termaktub didalam Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Dengan media baru yang semakin popular seperti Facebook, Twitter termasuk blog, serta usaha dalam menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkain atau pun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman facebook page anda, Tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan 'menumpang' taian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang  perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan  dengan undang-undang serta menfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadap masalah sekiranya :
* Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
* Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorangmenggunakan Tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorang menggunakan komoputer atau laptop anda untuk menerbitkan sesuaut pada internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan  dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Didalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong mereka. Sekadar perbandingan, akaun facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekalligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutunya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda dikemudian hari.

---------------------------------------------------------------



Download Akta Keterangan Pindaan 2012 :
 Bahasa Melayu >> DI SINI
 Bahasa Inggeris >> DI SINI
Klik >> SINI  << juga


p/s: Jangan sebarang buat entry dan jangan sebarang komen..O.o

Sunday, 13 May 2012

Harian Metro mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak


Hari ini akhbar Harian Metro menjadikan  orang Penan di Sarawak sebagai tajuk utama akhbar tabloid berkenaan, Hal ini telah mencetuskan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat Sarawak kerana apa yang ditulis oleh Harian Metro adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej dan maruah suku kaum tersebut. Untuk pengetahuan, suku kaum Penan telah pun maju sehingga mendapat kelulusan tinggi dari institusi pengajian tinggi. Anda boleh melihat artikel di laman Borneo Post mengenai graduan kaum Penan. 

Isu yang dibangkitkan oleh Harian Metro cukup membuatkan kaum Sarawak yang bukan datang dari kaum Penan, kerana Sarawak terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum seperti, Iban, Bidayuh, Lumbawang, Penan, Melanau, Berawam, Bisaya, Kayan, Kenyah dan banyak lagi. Walaupun berlainan kaum, rakyat Sarawak tidak suka kauum lain dihina kerana rakyat Sarawak telah hidup bersama dari turun temurun lagi. Antara komen2 di FB oleh rakyat Sarawak mengenai isu ini:




p/s :Media hanya memanipulasikan rakyat dan hanya mengaut keuntungan, jangan percaya bulat2 apa yang media sampaikan...!!


Thursday, 2 February 2012

Kenapalah Orang Suka Marah Dengan Orang Sabah & Sarawak??


Kenapalah Orang Suka Marah Dengan Orang Sabah & Sarawak??

Kepada yang belum pernah pergi ke Sabah & Sarawak..baik anda search & baca betul2 mengenai kemajuan di Sabah & Sarawak..search kat Google...

Lat'z merupakan orang Sarawak...kesal sangat bila ada sesetengah orang yang memarahi kami sebegitu...Kalau betullah kami di Sarawak ini tinggal di atas pokok..mak oii...modennya kami..masih juga kami maju sebab walaupun stay di atas pokok namun line internet kami laju...kami guna lift untuk naik pokok..ada juga orang guna escalator untuk naik pokok...mana ada lagi kami di Sarawak ini tinggal atas pokok..kami dah tinggal di rumah tau...takkan tak peka dengan kemajuan dan perubahan zaman..masih lagi anggap kami di Sabah & Sarawak tinggal atas pokok..

Kalau tidak disebabkan HASIL BUMI yang dikeluarkan oleh Sabah & Sarawak...maka Semenanjung Malaysia tidak mendapat kemajuan seperti sekarang... Sekiranya dahulu Sabah & Sarawak tidak menyertai Malaysia, Lat'z yakin pulau Borneo menjadi sebuah negara yang kaya..sama seperti Brunei..

Satu page di Facebook telah dibuat agar orang tersebut meminta maaf dengan rakyat Sabah & Sarawak.. kepada rakyat Sabah & Sarawak..janganlah kita marah lalu mengeluarkan kata2 yang kesat sampai tidak elok didengar...Tuhan pasti akan membalas setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia...Bagi yang pergi melihat page tersebut..sila >> KLIK SINI <<

Sabtu ini, 4hb Febuari, kami yang bekerja di MBKS-Majlis Bandaraya Kuching Selatan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di atas pokok..O.o.. Sila baca entry ini mengenai Open House dari MBKS >> MBKS Open House bagi yang tinggal berdekatan dengan Kuching..jangan lepaskan peluang untuk datang beramai2 ke Chinese New Year Open House MBKS..^.^ 


Baca entry ini juga..^.^ >>  MBKS Open House 

p/s : Bagus Sabah & Sarawak minta keluar dari Malaysia saja... O.o...mana perginya 1Malaysia..Bagus jadi 1Borneo...

Monday, 16 January 2012

Relationship Status Di Facebook


Sudah pasti hampir semua dari kita mempunyai akaun Facebook kan?
Emm...apa status hubungan anda dalam Facebook?

Seperti yang anda sedia maklum anda boleh pilih dan tukar status hubungan anda di Facebook.


Ada sesetengah orang akan jujur menyatakan status hubungannya, sebagai contoh bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga adalah " Married ". Namun ada juga yang meletakkan statusnya "Single" walaupun dia sudah mempunyai isteri/suami. 

Ada juga kes yang sememangnya masih bujang dan belum kahwin lagi dah letak status hubungan Married " dan juga " Engaged " . Remaja zaman sekarang cepat sangat rasa nak kawin. Nanti bila dah kawin baru merasa macam mana pahit manis kehidupan berumahtangga. O.o

Bawah ini Lat'z tunjukkan contoh status hubungan.

 Married " to " In a relationship " ?


Macam mana pasangan yang sudah berkahwin boleh dalam hubungan? 
Sememangnya ada hubungan pun..ha3...tidak kisah la berkahwin ke bertunang..

 " Married " to ............ ?


Yang ini pula masih di usia remaja, masih bersekolah dah kahwin..O.o

 " In a relationship " with ......and it's complicated ? 

 

Yang ini mempunyai hubungan tetapi rumit..ini selalu terjadi dengan pasangan bercinta yang bergaduh kemudian si perempuan tu ubah status jadi  " it's complicated " 

" in a relationship " to " Single" ?


Yang ini orang bujang putus cinta...yang like tu orang lelaki yang menjadi rakannya di Facebook...Lelaki mestilah suka kalau perempuan dah single..ada peluang mereka..O.o

" Single " to " It's complicated " ?


Emm..bagaimana pula seorang yang bujang tapi memiliki hubungan yang rumit?
Mungkin kerumitan yang dihadapi semasa single...ataupun rumit kerana terpaksa menjadi kekasih gelap orang? Bercinta dengan kekasih orang?


" In a domestic partnership " to " Single " ?


Haish...ade ke hubungan " In a domestic partnership " ni??
 Baru pernah tengok..O.o

 Inil antara contoh status hubungan yang ada di Facebook...
Kalau nak tengok lagi, cuba tengok status hubungan rakan FB anda..^.^
Seboleh-bolehnya janganlah mendedahkan status hubungan anda sekiranya ia berubah.
Orang yang tengok pun ketawa tau..(Lat'z sendiri tersenyum melihat..O.o)



p/s  : Ada tak relationship status " Secret " ..O.o haha3.. Ada la..yang tak buat selection tu yang tak tau apa status hubungan dia..^.^

Friday, 13 January 2012

Profile FB Anda Kena Virus? Hapuskan Dengan Application Ini


Kepada rakan2 yang profilenya terkena virus di mana virus tersebut menggunakan profile anda untuk menyebarkan gambar2 & video lucah..
Hapuskan dan bersihkan profile anda dengan aplikasi di bawah ini...klik link tersebut..^.^ 
Ikut langkah2 yang ada dalam laman tersebut..


Kalau anda terlihat wall profile anda sebagai penyebar virus tersebut,
Sila bagitahu mereka mengenai aplikasi ini untuk pembersihan profile mereka..

Thursday, 12 January 2012

Facebookis?? New Social Networking Community



Lat'z terjumpa satu laman sosial yang baru bernama Facebookis
Bawah ini adalah rupa profile Facebookis Lat'z..


Lat'z dapat tahu pun dari >> Adik Yuyue << klik link ini..^.^

Cuba lah buka akaun Facebokis dan lepas tu add Lat'z k..
Bagi yang nak add Lat'z di Facebookis...klik link di bawah ini...


Cara nak sign up dengan Facebookis senang jer..macam Facebook juga...^.^

Wednesday, 11 January 2012

Hati2 Dengan Virus Di Facebook


please jika anda ada melihat fb saya menyebarkan gambar lucah....tolong jangan like atau buka... kerana jika anda buka, fb anda akan di hack oleh orang tertentu dan mengunakan fb anda pula dan memasukkan gambar lucah yang sama... itu bukan saya tetapi pengondam ..... dan itu juga virus... tanda2 fb anda di gondam..
1. page fb anda tertukar ke page lain dengan sendiri...
2. fb anda memakan masa yang lama untuk loading
3.dengan tiba2 fb anda terpadam dan meminta masukkan kod kembali...
tolong sebarkan.... anda sedang di hackers.... itu bukan saya... saya telah digondam .... hackers ini mengawal satu hari fb anda dan mampu menyebarkan apa2 saja....
sekali lagi tolong maklum dan untuk peringatan~

p/s : Lagi2 hackers dan virus disebarkan melalui FB...hati2 je..

Sunday, 1 January 2012

[Tutorial] : Cara Buang Facebook Timeline



Seperti yang sedia maklum bagi pengguna Facebook..
Sudah pasti ada yang sudah beralih ke Facebook Timeline.
Bagi mereka yang ingin beralih semula kepada rupa yang lama..
sila ikuti langkah di bawah..^.^

1.

Sila buka link  Developer Facebook kemudian klik "EDIT APP".



2.

Selepas itu, di SIDEBAR KIRI , klik  "DELETE APP".



 3.
Dan seterusnya, klik "CONFIRM" and "OKAY". 


Tonton video di bawah untuk langkah lebih terperinci..^.^




(Off'kan muzik dalam blog ini..atau klik pada video di atas..^.^)

Tengok video di bawah ini sebagai rujukan..
Yang ini guna cara DEACTIVE FACEBOOK..



(Off'kan muzik dalam blog ini..atau klik pada video di atas..^.^)

Anda akan memiliki semula wajah facebook yang lama..^.^

p/s  : Search kat youtube video nak buang Facebook Timeline..

Shoutmix Mengenakan Bayaran?? Guna Fibox..




Seperti yang sedia maklum..
Shoutmix telah menamatkan perkhidmatannya yang secara percuma dan mengenakan bayaran kepada pengguna yang masih ingin menggunakan perkhidmatan Shoutmix..

Lat'z nak perkenalkan sejenis chat box yang FREE..iaitu Fibox
Klik >> SINI << untuk daftar dengan Fibox..

Bagaimana mana rupa Fibox?


Beginilah rupanya..

Macam mana nak daftar dan letakkan di dalam blog..ikutilah Tutorial di bawah ini...^.^

Anda pergi klik laman >>Fibox<<..nampak tak SIGN UP buuton yang warna oren tu? Klik je..

Pastu akan keluar laman seperti ini.


Anda pilihlah samada nak daftar guna Facebook atau guna email..kalau nak guna email..anda isilah email dan password anda..dan kalau nak guna Facebook..klik je LOGIN WITH FACEBOOK tu...^.^.

Pastu akan keluar page seperti ini..
Anda diminta untuk create nama shoubox anda..



Selepas creata akan keluar page seperti ini..


Klik Settings dan customize la bagaimana rupa Fibox anda..^.^
Adjust berapa ketinggian Fibox anda..
Kod HTML untuk diletakkan dalam Blog boleh didapati di bawah apabila anda klik Overview..
Ada tertulis nota di bawah berbunyi :
"Copy and paste the embed codes below to your website."
Langkah yang sama seperti anda ingin letak di blog anda..

Pergi 
Dashboard - Design - Add Gadget - HTML

dan copy pastekan kod HTML Fibox anda..^.^

Friday, 30 December 2011

Facebook Timeline Cover Yang Kreatif Dan Menarik...


Sekarang ni Facebook dah banyak perubahan dan salah satu perubahannya adalah
Gambar di bawah ini adalah antara Facebook Cover yang kreatif..sama2lah kita lihat..^.^




p/s : Bagaimana pula dengan Facebook cover anda? Atau anda masih guna Facebook yang lama?? Lat'z masih guna yang lama, belum ada rasa nak guna Timeline..O.o

Sumber : 9gag.com

Wednesday, 28 December 2011

PERTANDINGAN KARAOKE FACEBOOK



PERTANDINGAN KARAOKE FACEBOOK "BESERARA ENGGAU AI MATA"!

Syarat-Syarat & Cara-Cara:
1. Terbuka ngagai semua peminat Melissa Francis.
2. Uplod video ktk blagu ngemai lagu ari album baru Melissa Francis.
3. Pilih 1 lagu ari album "Beserara Enggau Ai Mata".
4. Video ktk nyak tau d uplod ba page Melissa Francis tok.
5. Tarikh mula uplod video ktk nyak 20hb Dis 2011 sampai 20hb Januari 2012.
6. Keputusan hakim adalah muktamad:
- 50% ari hakim: Melissa Francis & Embat Lala.
- 50% ari bala kaban Facebook ktk, asuh sidak LIKE video t d uplod ktk nyak.
7. Hadiah pertandingan tok benung dirunding.
8. Tarikh tutup 20 Januari 2012.
Thanks semua laban meruan support Mel, Mel meruan sayau ngagai bala ktk semua. May God bless you all =]

Nyema ktk bisi utai tanya tau inbox:


Saturday, 24 September 2011

Thinking of throwing a happy surprise for someone special?


Join Cadbury Malaysia Facebook now to find out how!

Like the saying goes, Action speaks louder than words. So why not skip those lengthy messages and show how much a person means to you by dedicating a day of happiness to them? 

All you need to do is submit your dedication idea to Cadbury Malaysia Facebook Page. The 3 most creative dedication wins an execution of their idea!

For more details..click on the banner or HERE .

Sunday, 11 September 2011

Kami bantah cukai 6% untuk produk reload & simpack


Kepada sesiapa yang ingin membantah sila like page 


di Facebook.

Hacked Other Facebook Account


Attention to all Facebook user..sekarang ni wujud beberapa orang yang hacked FB orang tau..kawan lat'z dah terkena di mana tiba2 je dia post something kat wall FB dia sedangkan bila ditanya sendiri dengan dia, dia jawab dia langsung tiada post apa2pun ayat yg pelik..

Bertambah pelik lagi tetiba je dia letak 'in a relatioship'..so bila ada kawan dia tanya dia melalui SMS telefon, dia kata dia langsung tak kenal dgn org yang "in a relatioship" dengan dia..bila baca wall post org tu kan..mmg nampak sangat FB dia kena hacked..

Tadi kazen Lat'z search youtube mengenai hacked FB account ni..dia terjumpa video yang membuat tutorial how to hacked FB account..kalau anda nak tahu lebih lanjut..pergi youtube dan taip
" how to hacked facebook account"
anda akan jumpa beberapa video mengenai hecked FB org..

Sini Lat'z nak bagi nasihat,,kenapalah nak hacked FB orang..apa yang anda dapat sekiranya hacked FB orang?? pastikan anda check FB anda dan tengok ada tak something happen..kot2 FB anda kena hacked oleh orang2 yang tidak mempunyai kerja lain sebab suka hacked FB orang..

Bagi Lat'z..orang suka ada buat kerja hacking2 ni memang dah tak ade kerja lain atau memang tiada kerja..apa yang kamu dapat?? Ada dapat duit soh ko kaya ka hacked FB orang???








Sunday, 28 August 2011

Couple Yang Over2 Di FB

fNi Lat'z nak cerita sikit tentang perangai dan tingkah laku remaja2 yang tak senonoh di FB..apalah dah jadi dengan remaja zaman sekarang??? Pasti ramai yang ada terjumpa pasangan kekasih dalam Fb yang meggunakan wall FB untuk meluahkan kata2 cinta sesama diri..tidak malu ke??? (O.o) ..mentang2lah FB tu free tak perlu reload macam handphone dan FB memang sentiasa free punya..tak abis kredit FB..(^.^)

Sekarang ni...pasangan cuma pasangan kekasih tetapi ada yang letak "engage" .."married"...emm...gatal sangat nak kawin ke?? Korang ingat senang ke hidup berumahtangga ni?? (O.o) ..Bila dah kawin nanti baru U rasa...bahagia tak bahagia..u ja merasa..masa tu menyesal...

Cuba tengok print screen yang Lat'z ambik..pasangan kekasih yang tak tau malu..meluat Lat'z tengok..
Bawah ni si perempuan punya...cuma anda lihat..nama di Fb pun kat hujung ditambah dalam kurungan **** punya...


bawah ni FB kekasih perempuan kat atas tu..(0.o)


Kenapa perlu nak menyatakan "punya" tu?? Takut kena rampas ke???
bukan saja Lat'z..orang lain tengok pun tentu rasa meluat dan geli-geliman tengok wall mereka berdua...

Tak kisah la nak bersayang2 dalam FB tapi andai kata suatu hari nanti...mereka berdua ni putus hubungan @ break...pasti orang akan ketawa dan ingat kembali dengan aksi cinta-cintun mereka suatu ketika dulu...

Masa bercouple memanglah bersayang2..esok lusa bila dah kawin..silap2 tangan yang melayang...(O.o)
Bukannya Lat'z cemburu dengan kebahagiaan orang...Lat'z nak beri pengajaran dan peringatan kepada remaja2 di luar sana...jangan terlalu asyik bercinta...fokus dengan pelajaran...kalau belum bekerjaya..fokus dengan kerjaya..

Jangan mengejar cinta..biarlah cinta yang mengejar kita
..kerana biarlah kita mengejar kejayaan dalam hidup..bukan apa zaman sekarang banyak yang kawin muda...gatal nak kawin..tapi bila sudah merasa alam perkahwinan itu...mereka akan timbul rasa menyesal di hati..sebab tu la banyak kes penceraian berlaku...

Hidup tidak seindah seperti yang diimpikan
bagi mereka yang sudah berumahtangga saja yang lebih mengetahui...si isteri banyak mengeluh dengan sikap dan perangai suami..masa bercouple memanglah semuanya manis..bila dah kahwin..semua rasa ada..(O.o)

Sahabat boleh menjadi pasangan kekasih tetapi adakah pasangan kekasih yang putus akan menjadi sahabat??
Kebanyakan couple yang putus hubungan jarang menjadi sahabat semula..kebanyakan mereka menjadi musuh...masa menjadi kekasih sering mengucapakan kata2 manis..tetapi bila sudah putus..kata2 benci yang akan diucapkan..

sama2lah kita melihat dan menilai kes remaja yang over di FB ni...(O.o)


Saturday, 6 August 2011

Facebook Virus Chat..

Kebanyakan kita pasti ada akaun facebook. Akhir2 ini..ada sejenis virus yang dikenali sebagai Facebook virus chat...


Cuba tengok gambar yang Lat'z ambil kat atas tu...anak panah sebelah kanan tu merupakan kawan anda yang memang online pada masa tu...senang je kalau nak tau dia online ke tidak...kalau ada lampu hijau di sebelah kanan tandanya memang la betul mereka online..selamat kalau mereka chatting dengan anda...tapi yang anak panah sebelah kiri pula merupakan senarai kawan dalam chat yang tak online pun...kalau tetiba je mereka ni chat dengan anda..maka, ayat yang akan keluar ialah
  "hi.how are you"
kalau anda reply chat tersebut maka ayat yang akan keluar ialah
" wanna laugh?"
kalau anda reply juga lagi..di hujungnya akan diberikan 1 link untuk anda klik & sekiranya anda pergi link tersebut anda akan diminta untuk install "flash player"
dan bila anda klik install..virus mula menyerang laktop anda & laktop anda akan terpadam....

oleh itu,kalau tetiba je kawan anda chat dengan mengatakan ayat seperti di atas.
jangan reply chat tersebut..!!!

Pastikan anda sentiasa peka samada rakan fb anda online @ offline dengan melihat lampu hijau di sebelah kanan chat box.



Penaja Blog