Saturday, 27 August 2011

Beef Egg Cheese Mee Sedap plus Egg Bread

Lat'z nak kongsikan satu resepi...Resepi sendiri...(^.^)


Bahan-bahan :

2 biji telur ( dipukul bersama sedikit garam dan lada)
1 keping roti bantal
1 bungkus mee sedap 
1 keping beef ( beef burger, boleh guna fresh beef meat jika mahu)
1 keping cheese (mana2 brand)
Mentega untuk menggoreng

Cara membuat 'Egg Bread" :
  1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega. Celupkan roti ke dalam adunan telur yang telah dipukul.kemudian goreng di kuali tadi. 
  2. Angkat dan hiris setelah masak. Ketepikan.  
Cara membuat "Beef Egg Cheese Mee Sedap"



  1. Rebuskan Mee Sedap kemudian toskan dan campurkan dengan bahan perencah , kemudian ketepikan. 
  2. Goreng beef dengan mentega, hancurkan beef sekiranya menggunakan beef burger. Masukkan Mee Sedap yang sudah berperencah tadi dan gaulkan di dalam kuali bersama beef tadi.  
  3. Kemudian tuangkan adunan telur selebihnya dari "Egg Bread" tadi ke dalam kuali. Pastikan telur menyaluti mee tadi. Biar adunan tadi melekat antara 1 sama lain .Lihat gambar di atas ketika masakan berada di kuali.
  4. Angkat apabila sudah masak. Letakkan kepingan cheese di atas " Beef Egg Mee Sedap" tadi dan masukkan ke dalam oven. Panaskan seketika.
  5. Hidangkan di atas dan letakkan "Egg Bread" di atas "Beef Egg Cheese Mee Sedap" dan anda boleh menjamu selera...

Selamat mencuba..(^.^)


1 comment:

Artie said...

balas singgah :) Nyum nyum.. sedap :)

Penaja Blog