Lat'z nak kongsikan satu resepi...Resepi sendiri...(^.^)
Bahan-bahan :
2 biji telur ( dipukul bersama sedikit garam dan lada)
1 keping roti bantal
1 bungkus mee sedap
1 keping beef ( beef burger, boleh guna fresh beef meat jika mahu)
1 keping cheese (mana2 brand)
Mentega untuk menggoreng
Cara membuat 'Egg Bread" :
- Panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega. Celupkan roti ke dalam adunan telur yang telah dipukul.kemudian goreng di kuali tadi.
- Angkat dan hiris setelah masak. Ketepikan.
Cara membuat "Beef Egg Cheese Mee Sedap"
- Rebuskan Mee Sedap kemudian toskan dan campurkan dengan bahan perencah , kemudian ketepikan.
- Goreng beef dengan mentega, hancurkan beef sekiranya menggunakan beef burger. Masukkan Mee Sedap yang sudah berperencah tadi dan gaulkan di dalam kuali bersama beef tadi.
- Kemudian tuangkan adunan telur selebihnya dari "Egg Bread" tadi ke dalam kuali. Pastikan telur menyaluti mee tadi. Biar adunan tadi melekat antara 1 sama lain .Lihat gambar di atas ketika masakan berada di kuali.
- Angkat apabila sudah masak. Letakkan kepingan cheese di atas " Beef Egg Mee Sedap" tadi dan masukkan ke dalam oven. Panaskan seketika.
- Hidangkan di atas dan letakkan "Egg Bread" di atas "Beef Egg Cheese Mee Sedap" dan anda boleh menjamu selera...
Selamat mencuba..(^.^)
1 comment:
balas singgah :) Nyum nyum.. sedap :)
Post a Comment