Saturday, 27 August 2011

Sweet & Spicy Chicken Feet


Bahan- bahan:

1 buku Bawang putih (jangan buang kulit bawang)
3cm halia (dihiris @ ditumbuk dengan lesung batu)
Kicap secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit gula
Sedikit tepung kentucky

500g Kaki Ayam ( dipotong 2)
Seikat daun sup (dihiris)
Air secukupnya untuk kuah
2 tangkai cili kering
serbuk lada

Cara memasak :
  1. Potong kaki ayam kepada 2 bahagian, gaulkan kaki ayam dengan sedikit garam dan tepung kentucky. Goreng hingga garing dengan minyak yang sederhana banyak. (Pastikan kaki ayam digoreng dengan cukup kering bagi mendapatkan kaki ayam yang cukup kembang). Ketepikan bila sudah masak.
  2. Masukkan kaki ayam yang digoreng tadi ke dalam pressure cooker berisikan air tadi. Kemudian masukkan bawang putih, cili kering, sebuk lada , halia, kicap secukupnya, garam, gula dan perasa lain.
  3. Masukkan air secukupnya ke dalam pressure cooker sehingga melitupi bahan yang terkandung di dalam pressure cooker itu.
  4. Biarkan kaki ayam dimasak di dalam pressure cooker selama 30 - 45 minit. 
  5. Apabila sudah masak, rasakan masakan tadi adakah rasanya sudah ok..kalau tidak ok..anda tambah bahan perasa yang patut, masak sekejap.
  6. Sweet & Spicy Chicken Feet siap dihidang apabila masak. Taburkan dengan daun sup ketika dihidangkan.
Selamat mencuba...(^.^)

No comments:

Penaja Blog