Friday 27 April 2012

Resepi Buah Melaka





BAHAN-BAHAN : (10 biji)

2 Sudu Tepung Gandum
10 Sudu Tepung Pulut
Sedikit Esen Pandan
Sedikit air

INTI :
100g Kelapa Parut
100g Gula Apong

*kemanisan inti ikut citarasa, letak banyak gula apong untuk lbh manis..

UNTUK LUARAN :
Kelapa Parut Kering (dalam pek)

Cara-cara :

1. Campurkan tepung gandum dan tepung pulut, masukkan sedikit esen pandan untuk mendapatkan warna hijau dan bau yang menyelerakan.

2. Tuangkan air sedikit demi ssedikit ke dalam campuran tepung, pastikan tepung tidak terlalu licak. Pastikan adunan dapat dibentuk dan tidak melekat pada jari. Ketepikan apabila selesai.

lihat gambar di bawah untuk rujukan adunan tepung


3. Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut, goreng sehingga angkat bau atau sehingga keluar minyak dari kelapa parut tersebut atau hingga kelapa parut tersebut bertukar warna ke warna kekuningan..Masukkan gula apong dan gaul rata bersama kelapa parut. Ketepikan apabila sudah masak.

4. Ambil sedikit adunan tepung tadi dan buatkan bentuk bulat, selepas itu buatkan lubang untuk mengisi inti di tengahnya. Masukkan inti dan tutup. Bulatkan kuih, pastikan inti tidak terlalu banyak kerana ia akan membuatkan bebola tersebut pecah ketika dimasak. Buat sehingga semua adunan tepung habis.

5. Panaskan air di dalam periuk untuk merebus buah melaka. (Boleh panaskan air semasa membulatkan kuih ).

6. Masukkan buah melaka ke dalam air yang tengah mendidih, biarkan buah melaka masak. Untuk mengetahui buah melaka sudah masak, ia akan timbul ke permukaan air.

7. Angkat dan toskan buah melaka dan salutkan luarnya dengan kelapa parut yang kering. Boleh menggunakan kelapa parut yang fresh tapi akan cepat basi.




Lat'z buat 2 warna, hijau dan merah..sesuai untuk minum pagi dan petang. 

p/s : Penat menaip dan kongsi resepi, boleh tolong klik iklan dalam blog ini? Lebih2 lagi yang kat bawah menu bar..TQ..^.^

5 comments:

Anonymous said...

Today is good weather, isn't it?

Unknown said...

yess! memang sedap dan mudah disediakan ...

Cik Asma BLuppy said...

kat terengganu kuih ni panggil kuih onde-onde.. hehe

Lat'z said...

@Ini Kisah Tia yup..mmg mudah dsediakan..^.^

Lat'z said...

@Cik Asma BLuppy Ow..ye ke..kuih onde2..^.^ comel jua nama dia

Penaja Blog