Saturday, 28 April 2012

Resepi : Rojak


BAHAN UNTUK BUAT PITIS :

4 sudu Serbuk pati belacan Maggie (boleh letak banyak kalau suka)
Gula Apong, secukup rasa (Letak banyak kalau nak kemanisan)
Sedikit Kicap
1 Sudu tepung gandum
4 Sudu tepung jagung
2 cawan air atau lebih

BAHAN UNTUK ROJAK :

Tauhu kering, dihiris
Nanas, dipotong
Timun, dihiris
Sengkuang, dihiris
Kacang tanah, dikisar, untuk ditabur di atas rojak semasa menghidang

CARA-CARA BUAT PITIS:

1. Untuk membuat pitis, campurkan tepung gandum bersama tepung jagung dengan  1 cawan air.Ketepikan.

2. Panaskan kuali, tuangkan 1 cawan air ke dalam kuali diikuti dengan serbuk pati belacan Maggie, biarkan air mendidih dan masukkan gula apong.

3. Tuangkan sedikit kicap ke dalam kuali, perasakan pitis anda untuk pastikan cukup rasa manis dan belacannya.

4. Kemudian masukkan  campuran tepung gandum dan tepung jagung tadi. Pastikan anda sentiasa mengaul @ kacau pitis supaya tidak melekat dengan kuali mahupun ia akan hangus jika tidak dikacau. Biarkan pitis memekat. Padamkan api sekiranya adunan sudah pekat. Anda boleh tambah air sekiranya pitis kelihatan pekat. Ketepikan sekiranya sudah masak.

CARA UNTUK MEMBUAT ROJAK :

1. Potong dan hiris tauhu kering, nanas, timun dan sengkuang dan letakkan di dalam satu bekas untuk dicampur dan digaul bersama.

2. Masukkan beberapa sudu pitis yang sudah siap tadi dan gaul rata bersama bahan rojak tadi.
apabila selesai digaul, rojak siap dihidang dan jangan lupa taburkan kacang di atasnya.


Selamat mncuba..^.^

Sesuai dihidang di waktu petang untuk minum petang atau pada bila2 masa sahaja..

p/s : Penat menaip dan sudah share resepi, jangan lupa klik iklan kt blog ini, lebih2 lagi yang kat bawah menu bar..TQ..

No comments:

Penaja Blog