Saturday, 21 April 2012

Resepi : Itik Palo




Bahan-bahan:


1 ekor itik
1 paket Serbuk palo
Sedikit kicap
Sedikit lengkuas, dititik
Serai, dititik
Bawang putih, dititik
Garam secukup rasa
Gula halus, secukup rasa
Air untuk merebus


1. Campurkan serbuk palo, gula,lengkuas, serai,bawang dan garam di dalam satu mangkuk.


2. Lumurkan bahan campuran tadi pada seluruh badan itik. Perapkan bahan tersebut bersama itik 30 minit - 1 jam.


3. Rebus air di dalam periuk, (periuk yg dapat muatkan 1 ekor badan itik).


4. Apabila air mendidih, rebus itik yang sudah diperap tadi. Pastikan kuah mempunyai rasa secukupnya agar perasa dapat masuk ke badan itik. Biarkan itik direbus selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak. 


5. Apabila sudah masak,potong itik dan tuangkan kuah rebusan tadi sebelum itik sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba..^.^

3 comments:

zulhilmi tempoyak said...

pergh... xpenah mkn lg... xbrani.. heee

jeff said...

Perghhhh meleleh...lama x pekena style mcm ne. Dgn bau rempah dia fuhhhh.

Tactic Wing said...

Adakah cara yg sama utk masak palo janik..

Penaja Blog