Friday, 16 September 2011

segmen simple ; ucapan hari MALAYSIA2


Bersempena dengan Hari Malaysia hari ini 16 September 2011.
Lat'z join segmen yang dianjurkan oleh Ayuinsyirah .
Kepada sesiapa yang nak join klik sini

Ucapan dan harapan Lat'z sempena Hari Malaysia2 : (^.^)

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 walaupaun sudah lepas (31 Ogos) dan Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 48 iaitu hari ini 16 September 2011.

Harapan Lat'z adalah semoga kita jauhkan dan singkirkan sifat perkauman di dalam diri masing2 kerana Lat'z melihat banyak yang saling mengutuk dan menghina kaum dan agama lain. Isu agama ini sering kali muncul di laman sosial dan blog serta laman web di mana segelintir manusia yang suka menghina dan mengutuk agama lain. Lat'z amat kesal dengan perkara seperti ini. Bukankah kita 1 Malaysia dan tinggal bersama di sebuah negara yang bernama Malaysia. Perbuatan menghina dan mengutuk kaum dan agama lain adalah sama seperti menghina dan mengutuk agama sendiri. Sekiranya perkara ini berterusan, maka tidak mustahil rakyat Malaysia akan saling membenci kaum dan agama lain sehingga beperang sesama diri. 

Dahulu kita pernah digemparkan dengan tragedi 13 Mei yang berlaku pada 1969 di mana ia merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan " Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.  Sudah semestinya janganlah kita membiarkan sejarah hitam berulang lagi.

Pesanan Lat'z, janganlah kita melakukan perkara yang dapat mengundang bencana dan malapetaka hanya kerana sepatah kata yang menghina orang lain, kaum, agama dan lain2. Bencana dan malapetaka yang berlaku pada hari ini iaitu bencana alam adalah kerana Tuhan marah dengan sikap dan perbuatan manusia.  

Sebaik2nya kita maafkan orang2 yang bersalah dengan kita dan meminta maaf dengan orang lain atas kesilapan kita. Berterima kasih kepada orang kerana orang yang sering berterima kasih merupakan orang yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA. (^.^)

Marilah kita transform..!! 


1 comment:

AyuInsYiraH said...

tq ye kerna menyertai segmen sy

Penaja Blog