Monday, 12 September 2011

Kerajaan jamin tiada cukai 6% tanpa kelulusan kabinet



Pasti semua di antara kita mengharapkan bahawa cukai 6% tidak dikenakan kepada pengguna perkhidmatan mudah alih. Pengenaan cukai ini tidak akan dilaksanakan selagi belum ada keputusan dari kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.


Sumber : Bernama

Mudahan kerajaan tidak melaksanakan..marilah kita ramai2 membantah pengenaan cukai tersebut, sekiranya kita bersuara kepada kerajaan, nescaya suara kita akan didengari..bukankah Perdana Menteri kita mengatakan

 " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Kalau kita melihat slogan seperti di atas, bermaksud kerajaan seharusnya peka dan mendengar suara rakyat kerana dari slogan tersebut mengatakan RAKYAT DIDAHULUKAN , maka kerajaan haruslah mengambil berat dan prihatin terhadap isu2 yang dibangkitkan oleh  rakyat.

Sekiranya kerajaan tidak mengendahkan suara rakyat atau pendapat rakyat, maka jangan hairanlah berlaku ketidakpuasan hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Sekiranya ramai rakyat yang bersuara dan membantah cukai 6% ini, pasti pengenaan cukai ini tidak akan dilaksanakan..Sedangkan kerajaan sudah cukup banyak mengenakan cukai kepada beberapa produk dan perkhidmatan. Bahkan setahu Lat'z, kerajaan banyak memperolehi pendapatan dengan mengenakan cukai terhadap rokok, syarikat perjudian nombor dll lain2.. dari cukai perjudian nombor ekor,  kerajaan mendapat purata RM1 juta lebih hasil dari cukai yang dikenakan kepada pembeli nombor ekor. 

Jangan katakan pekerja sektor swasta bahkan pekerja sektor kerajaan juga merasakan beban dengan isu kenaikan harga barangan di pasaran dan isu cukai dikenakan. Sebab itulah, banyak penjawat awam yang membuat kerja separuh masa bagi menampung perbelanjaan. 

Pelbagai bisnes separuh masa yang dibuat bagi menambah pendapatan kerana sekiranya mengharapkan gaji setiap bulan adalah tidak mencukupi. Selain itu, sekiranya kita sedar kita kekurangan perbelanjaan, beringat-ingatlah untuk berjimat cermat ketika membeli barang dan jangan terlalu mengikutkan nafsu.


Tidak lama lagi pilihanraya umum..(tapi tak tahu bila).pelbagai taktik akan digunakan bagi memenangi hati rakyat..kerajaan haruslah bijak dalam menanganani hal ini dan jangan sampai pihak pembangkang pula yang akan memenangi hati rakyat..

p/s : Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kerana hari ini baru 12 september 2011, belum lagi tarikh perlaksanaan  cukai (15 September 2011)..


8 comments:

Unknown said...

alahai...arap2 btollah...
no tax!!

Gary Asip said...

membebankan sungguh la~.. T^T.. harap2 x jadi.. =.="

Yumida said...

kena beli topup byk2 skg be4 15 sept ni..haha

(seandainya pembangkang pilihan dihati...n pembangkang menjadi pemerintahan di ms akan dtg...pikir2 la sndiri....which 1 is d most better)

Lat'z said...

@Paris Hilton (M) Ditangguhakan..hehe

Lat'z said...

@GaRy™yala..(O.o)

Lat'z said...

@Yumida hehe.,betul kata Cik yumida...kita pikirlah sendiri

Unknown said...

mintak2 tak naik harga lagi..

shamyheart said...

penangguhan cukai pun sementara - dengar berita tv malam tadi.

Penaja Blog