Sunday 11 September 2011

CONTEST MERDEKA RAYA SYAMIM NOVELIS


Lat'z nak koin contest yang dinajurkan oleh Syamim Novelis
Nak join..sila klik SINI ..

Pada hari raya yang lepas, Lat'z pergi beraya ke rumah antie Lat'z..Antie Lat'z ni bernama Antie Susan..Antie Susan telah diberikan kepada orang lain menjadi anak angkat semasa dia masih bayi lagi..Sebenarnya Antie Susan dengan mak Lat'z adik beradik dan mempunyai darah daging kaum cina tapi Antie Susan ni telah diberikan kepada mak bapa angkat yang berbangsa Melayu.


Yang berbaju biru tu adalah Antie Susan, baju hitam pun antie Lat'z
Yang menariknya ialah ada 4 adik-beradik cina datang beraya ke rumah Antie Susan..pergi beraya ramai2..
Mak Lat'z je tak pergi sebab mak Lat'z stay di Miri dengan kakak Lat'z.

 Selain itu, seperti yang kita semua sedia maklum...kita juga turut meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun ini..Di tempat kerja Lat'z iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Ketua Menteri Sarawak bertempat di MBKS.
Berikut merupakan gambar pada majlis tersebut.


Datuk Bandar Mayor James , YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Datuk Bandar Abang Affendi


Mayor James Chan menyerahkan cenderahati kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri ketika berada di auditorium MBKS


Mayor James Chan ketika mendendangkan lagu "Young" dan disertai oleh staf MBKS yang turut sama menari di atas pentas.  Kalau anda ada lihat TV3 pada Khamis lepas..pasti ada melihat gelagat adegan menyanyi dan menari ini..hehe..video ditayangkan semasa tamat berita Bulletin Utama TV3..


Antara staf MBKS yang membuat persembahan pada majlis tersebut bersama dengan pengacara majlis. Pada Majlis tersebut, staf2 seperti gambar di ataslah yang menghiburkan para jemputan yang menghadiri majlis tersebut semasa para jemputan sedang menjamu selera. 

Semasa majlis tersebut, Lat'z turut mendendangkan lagu "Warisan" oleh Arwahyarham Surdiman.. bagi mengingati dan meraikan Hari Kemerdekaan..:p 
Itulah yang berlaku sepanjang Raya dan Merdeka tahun ini..

p/s : entry berkaitan majlis ramah tamah = Klik Sini

No comments:

Penaja Blog