Monday, 22 August 2011

Kasam Daun Ubi



Pernah tak anda makan kasam daun ubi?? Gambar di atas adalah daun ubi yang Lat'z .(^.^)

Nak tau macam mana nak buat kasam daun ubi?? Di bawah ni ada cara2 pembuatannya dan resepi masakan kasam daun ubi..(^.^)


Bahan2:

Daun ubi bandung 
Garam (jumlah yang banyak)
Nasi semangkuk
Besen @ Bekas yang besar

  1. Mula2 buangkan batang daun ubi dan hanya ambil daunnya saja. Cuci dan bersihkan selepas selesai proses pembuangan batang daun ubi.
  2. Selepas itu, masukkan garam, gosok @ ramas daun2 tersebut bersama garam di dalam sebuah besen @ bekas yang besar.
  3. Kemudian masukkan sejumlah nasi ke dalam campuran daun dengan garam tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan campuran tersebut di dalam sebuah bekas dan tutup rapat. Paling baik, tutup dengan plastik bagi mengelakkan udara masuk.
  5. Kasam daun ubi boleh dimasak selepas dibiarkan di dalam bekas selama 1 minggu.
Nota : Fungsi nasi adalah untuk memasamkan daun tersebut.


Bagi resepi masakan daun ubi..anda cubalah resepi masakan di bawah..(^.^)

Bahan2: 
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Ikan bilis
1 biji cili (dihiris)
1 mangkuk kasam daun ubi
Sedikit minyak masak
Garam dan perasa secukupnya

  1. Panaskan minyak di kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili.
  2. Masukkan kasam daun ubi setelah bahan tumisan naik bau. Kacaukan.
  3. Masukkan garam dan perasa.
  4. Siap dihidang apabila sudah masak.

Selamat mencuba..(^.^)





4 comments:

Anonymous said...

Salam singgah sini. blog saya https://cararesepi.blogspot.my/

Unknown said...

Wah nampak menyelerakan. Nanti nak cuba buat lah.. 😃

Jemput singgah blogwalking www.iburayyan.com

sg4447 said...

Sy sudah Cuba...Dan menang betul sedap♥️. Menyesal Pula buat sikit. 😁

Unknown said...

Nampak mcm sedap..saya pn nak cuba buat jugaklah😀

Penaja Blog