Bahan-bahan :
Kolo Mee
Babi cincang (daging digoreng dengan kicap dan seruk lada)
Fishcake
Char Sio <<klik untuk cara penyediaan>>
Daun bawang,dihiris halus
Jus Char Sio <<klik untuk cara penyediaan>>
Bawang goreng (bawang putih & bawang merah dblender & digoreng hingga garing dgn minyak)
Minyak bawang goreng (minyak hasil menggoreng bawang goreng tadi)
Garam
Ajinamoto
Serbuk lada
Cara memasak :
1. Letakkan 1 sudu minyak bawang goreng, 1 sudu jus Char Sio, sedikit bawang goreng, garam, ajinamoto, serbuk lada di dalam mangkuk. Sila lihat gambar di bawah untuk rujukan.
2. Masukkan mee kolok bila air sudah mendidih, rebus hingga masak, apabila mee sudah timbul ke permukaan, angkat dengan pengetos dan celupkan 3 kali dalam air sejuk/suam dan kemudian celupkan 3-5 kali dalam air rebusan tadi. Kemudian barulah tuangkan ke dalam mangkuk yang berisikan perisa tadi dan gaul rata.
3. Letakkan Char Sio, babi cincang dan fishcake di atas mee yang sudah masak tadi. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas mee tadi. Siap untuk dihidang.
Cara hidangan yang berlainan
Selamat mencuba..^.^
No comments:
Post a Comment