Char Sio adalah masakan orang cina. Diperbuat daripada daging babi, boleh guna untuk daging ayam..^.^
Bahan-bahan :
Daging babi , dipotong memanjang
Pewarna Merah
Gula halus
Garam
Serbuk lada
Sedikit air untuk perapan
Cara memasak :
1. Perapkan daging bersama gula halus, sedikit pewarna merah, sedikit garam dan serbuk lada selama 15 - 30 minit. Tujuan perap untuk membiarkan rasa bahan perapan masuk ke dalam isi daging.
2. Cara pembuatan Char Sio ada 2 cara, yang petama dengan merebus daging bersama air perapan tadi. Yang kedua, panggang daging tersebut (BBQ).
3. Sekiranya Char Sio direbus, air rebusan boleh dijadikan jus Char Sio dan digunakan untuk menyediakan Kolok Mee. Untuk pengetahuan, jus Char Sio yang membuatkan Kolo Mee lebih sedap.
Selamat mencuba ..^.^
Sila klik >> Kolo Mee << untuk membuat mee dari jus Char Sio ^.^
No comments:
Post a Comment