Monday 26 March 2012

Resepi : Crispy Mee







Bahan-bahan :


Mee kolok
Meatball
Fish cake
Udang
Ayam/Daging (ikut suka daging apa nak letak)
Sayur kailan, dipotong
Minyak utk menggoreng


Bahan untuk kuah :


Sos cili
sos tomato
Garam
Ajinamoto
Gula
Halia,dihiris halus
Daun Bawang, dihiris halus
Air untuk kuah


Cara2 :


1. Untuk membuat Crispy Mee, panaskan minyak dalam kuali, bulat & ratakan sikit mee kolok dan goreng di dalam kuali,jangan kcau,biarkan  ia membulat. Goreng hingga warna mee menjadi kekuningan. Angkat apabila sudah kuning, jgn sampai hangus (mee warna coklat). Ketepikan seketika. Sila lihat gambar di bawah.. ^.^


Mee yang telah siap digoreng


2. Untuk membuat kuah, letakkan sedikit minyak dan goreng halia, kemudian masukkan ayam/daging. Kacau sebentar.


3. Kmudian,tuangkan sos cili dan sos tomato mengikut citarasa masing2. Tuangkan sedikit air untuk mencairkan sos.


4. Masukkan juga bahan tambahan seperti Fishcake, Meatball ,udang dan sayur ke dalam kuah tadi. 


5. Masak kuah hingga mendidih, kemudian masukkan garam, ajinamoto,serbuk lada mengikut citarasa masing2. 


6. Apabila kuah sudah masak, tuangkan kuah ke atas Crispy Mee yang tealh digoreng tadi. Siap untuk dihidang.






Selamat mencuba..^.^

6 comments:

Qistina Ibrahim said...

this is first time i heard about mee kolok

Azhafizah MN said...

Nampak sedap tu..wahh lapar tetibe ni

Lat'z said...

@Gadis Rabun Mee kolok only can find at Sarawak dear..^.^

Lat'z said...

@Azhafizah[フィザ] boleh try masak..kalo takde mee kolok..guna mee lee fah..rebuskan kemudian toskan dan goreng hingga kuning..goreng dgn minyak yg banyak..mee tu mesti keras..

u can share everything said...

Mee kolok ya rebus dolok macam molah mee kolok ka or terus jak dgireng mentah2 gya?

u can share everything said...

Mee kolok ya rebus dolok macam molah mee kolok ka or terus jak dgireng mentah2 gya?

Penaja Blog