Thursday, 29 March 2012

Resepi : Belacan Mihun



Bahan-bahan :

Mihun
Telur, digoreng dan dipotong kecil memanjang
Timun, diparut memanjang
Sengkuang, diparut memanjang
Taugeh
Gula
Garam
Ajinamoto
Serbuk pati blacan Maggie
Serbuk lada
Kacang tanah, diblender halus
Daun sup
Air untuk kuah 

Cara2 :

1. Rebuskan mihun. Apabila masak, ketepikan dan toskan mihun.

2. Masukkan air ke dalam kuali, sementara menunggu air mendidih masukkan serbuk pati belacan,sedikit gula, garam & ajinamoto serta serbuk lada. Rasakan kuah mengikut citarasa masing2. Pastikan cuku rasa belacannya dan kemanisan kuah.

3. Letakkan mihun di dalam mangkuk, hiaskan bahan tambahan seperti telur goreng, timun, sengkuang, taugeh dan kacang tanah di atas mihun tadi.

4. Tuangkan kuah yang sudah masak tadi ke dalam mangkuk yang berisikan mihun. Taburkan sedikit daun sup untuk menambahkan aroma. Siap untuk dihidang. ^.^




Selamat mencuba..^.^

1 comment:

Cik Farhana said...

Wow nampak sangat sedap ! wajib try nih..hehee~ btw, done follow u dear (:

Penaja Blog