Ini resepi ciptaan Lat'z sendiri tau..(tak tau la orang lain ada buat ke tidak macam ni)
Anda suka makan peria?
Peria baik untuk kesihatan tau walaupun pahit..tomato pun bagus...^.^
tak caya search google khasiat peria & tomato..
Nak buat resepi ni senang jer..
Sambal Peria Dan Tomato
Bahan-bahan :
Peria, dihiris
Tomato, dipotong
Ikan bilis
Cili, dihiris @ dipotong
Garam
Ajinamoto
Serbuk lada
Bawang merah, dihiris
Limau, ambil air perahan limau
Gula
* Jumlah dan bagaimana rupa potongan bahan yang disediakan adalah ikut citarasa anda..^.^
Cara-cara :
1. Selepas peria dan tomato dipotong, masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan hirisan bawang merah ke dalam mangkuk tadi.
3. Kemudian, masukkan ikan bilis.
4. Selepas itu, masukkan bahan2 yang lain seperti yang tersenarai. Gaulkan hingga sebati.
5. Perasakan resepi anda, kalau sudah cukup pedas, masin & manis, siap dihidang untuk dimakan...
Selamat mencuba..^.^
p/s : Klik2 la kat iklan Lat'z kat bawah menu bar tu k..thanks ya..^.^
No comments:
Post a Comment