(Batu hempedu kolestrol/ Cholestrol Gallstones)
Ini adalah laporan lanjutan daripada ENTRY Lat'z yang terdahulu mengenai penyakit Choledocholithiasis..
^.^ thanks ya..
Lat'z telah menjalani pembedahan yang dipanggil laparoscopic cholecystectomy for Cholelithiasis with Choledocholithiasis pada 9 Januari yang lepas dan discaj pada keesokan harinya..(Ni yang update blog ni)
Apa itu laparoscopic cholecystectomy ?
Tonton video di bawah untuk menyaksikan pembedahan laparoscopic cholecystectomy membuang hempedu..
"Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.
Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda "
Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda "
Simptom-simptom :
(Ini adalah berdasarkan simptom yang Lat'z hadapi)
1. Air kencing berubah menjadi kuning pekat (macam air teh).
2. Bebola mata putih anda menjadi kuning kemudian diikuti seluruh tubuh anda menjadi kuning, namun tidak semua orang mempunyai simptom ini. Simptom ini terjadi sekiranya batu tersebut sudah terkeluar dari hempedu anda. Anda perlu minum air kosong, kalau kurang minum air, maka mata akan menjadi kuning.
3. Rasa sakit, senak di bahagian kanan dan atas adomen. Kesakitan ini akan berlaku selepas anda mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan berkolestrol.
4. Perut anda akan kembung secara tiba-tiba, anda akan rasa mual, loya dan rasa nak muntah..Lat'z muntah sampai keluar cecair kuning dan hijau baru hilang rasa sakit perut..O.o
5. Hilang selera makan, berminggu2, berbulan2..berat badan pun banyak menurun..BMI pun berkurang
6. Sakit perut, anda akan mengingatkannya adalah gastrik atau sakit perut biasa tetapi hakikatnya sekiranya anda disahkan ada batu dalam hempedu, maka doktor akan memberitahu bahawa 'anda sangkakan itu gastrik itu bukan gastrik, ia merupkan tanda2 di mana hempedu anda mempunyai batu" (Ini yang doktor kata kepada Lat'z)
Lat'z mula menghidapi sakit perut pada penghujung tahun 2009, dan makin teruk pada akhir bermula November 2011. Sepanjang tempoh tu, jumpa doktor, doktor kata gastrik..O.o
Mesti ada yang tertanya2, apa jadi kalau tiada hempedu?
Fungsi hempedu adalah untuk mencerna lemak di dalam usus kita. Bila tiada hempedu, maka proses tersebut tidak dapat dijalankan. Oleh itu lemak yang anda makan tidak dapat dicerna.
Dengan ketiadaan hempedu dalam sistem pencernaan anda, anda tidak boleh makan makanan yang berlemak, berminyak, bergoreng dan berkolestrol. Boleh makan tapi dengan kuantiti yang sederhana.
Risiko pengambilan makanan berlemak jika tiada hempedu?
Anda akan menjadi GEMUK..!!
Tahap kolestrol anda akan tinggi..
Bila tahap kolestrol tinggi, pelbagai penyakit akan datang..O.o
Tidak perlu bersedih kalau tiada hempedu, hidup masih boleh diteruskan. ^.^
Lat'z ada seorang kawan yang juga ketiadaan hempedu sudah lebih dari 10 tahun, masa dia kena buang hempedu pun sebaya dengan Lat'z (23 tahun)..sekarang dia sudah berusia 36 tahun. Dia bekerja sebagai jururawat di Hospital Umum Sarawak. Badannya mmg la berisi, agak gemuk, katanya tahap kolestrol dia tinggi. Dia makan juga makanan yang berlemak tu...O.o..sebab tu tahap kolestrol dalam badan dia tinggi...Masa Lat'z kat wad, dia selalu menziarah Lat'z..sambil tu Lat'z tanyalah dia perkara berkaitan dengan penyakit yang dihidapi..Dia ceritalah dari A - Z..dari pembedahan hingga apa jadi tiada hempedu dan pengambilan makanan.
Nasihat Lat'z kepada semua pembaca..^.^
Seelok-eloknya jaga pemakanan anda...Kalau anda kata di usia Lat'z (umur 24 pada tahun 2012) adalah masih muda untuk menghidapi penyakit ini..masa di wad hospital ada gadis berusia 16 tahun mempunyai penyakit yang sama seperti Lat'z, bahkan bilangan batu dia lebih banyak dari Lat'z..mak dia kata, mereka selalu makan di luar dan selalu 'tapau' makanan kalau tak sempat makan...
Kalau tak nak hempedu dibuang maka, kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak, bergoreng serta berkolestrol.
Sebenarnya semua orang ada batu dalam badan (kata doktor & info internet) cuma bezanya jenis dan saiz batu yang ada di dalam badan anda. Ada juga pesakit yang disahkan ada batu dalam hempedu namun hempedunya tidak dibuang kerana batu itu tidak memberi kesakitan kepada orang itu, sekiranya batu itu berada di dalam hempedu anda,anda tidak akan mengalami kesakitan, anda hanya akan rasa sakit sekiranya batu tersebut terkeluar dari hempedu anda.
Akhir sekali, jangan anggap diri anda sihat dan tidak akan mempunyai penyakit, kita sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam tubuh kita..kebanyakan penyakit datang dari faktor pemakanan anda..
p/s : Kalau tak keberatan, klik2 lah iklan dalam blog Lat'z ni...^.^
7 comments:
Very interesting information.
thanks bgi thu..kena jga pemakanan
jaga diri taw
thankz sebab berkongsi...:D
memang banyak risiko kalau tak jaga pemakanan ni kalau tiada hempedu...
moga latz sihat eh?
Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.
Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.
Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.
Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan
antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
good info dear. Salam perkenalan.
http://suplemenuntuksemua.blogspot.com
Menghilangkan Batu Hempedu Dalam 12 Jam Tanpa Pembedahan!
Selamatkan diri anda dari berjam-jam kesakitan yang menyeksa, disebabkan oleh serangan pundi hempedu sebelum ia berlaku!
Hanya 12 Jam Sahaja diperlukan untuk Membuang Batu Hempedu Tanpa Pembedahan!
Detoksifikasi badan anda dari batu hempedu dan lindungi kesihatan anda!
Lihat Hasilnya dalam masa 12 jam dengan mata anda sendiri!
Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Ada Hasil!
Hubungi Kita Sekarang Untuk Mencegah Dan Menyelesaikan Masalah Batu Hempedu!
Tel No: 01159999768
WhatsApp: 01159999768
Halaman FB: Myrogen
Post a Comment