Thursday, 1 December 2011

Pedaftaran Pemohanan Bantuan Kewangan Mulai 10 Disember Ini.


Berita baik untuk semua!!


Sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu berita ini. Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran secara percuma mulai 10 Disember  ini di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.
Anda hendaklah menghantar borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara. Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.
sumber : Berita Harian
p/s : Mohon jangan tak mohon, ini hanya untuk tahun 2012 saje 2013 kena  tunggu Bajet 2013..O.o

No comments:

Penaja Blog