Saturday 5 November 2011

[Resepi] : Meatball Spagetti



Bahan-bahan:

Spageti jenama San Remo

Bahan Untuk Kuah :

Bebola Daging, Dihiris
Daging lembu cincang
Sos Cili
Sos Tomato
Jagung dalam tin
Secubit garam
Sedikit gula
Bawang putih, dicincang
Air secukupnya
Sedikit minyak

Bahan Tambahan :

Keju parut

Cara-cara :

1. Rebus spageti San Remo sehingga masak. Ketepikan dan biarkan spageti direbus.
2. Untuk kuah spageti, panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih.
3. Kemudian, masukkan daging lembu cincang dan bebola daging. Biarkan masak sebentar.
4. Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam kuali, kacau rata, tambahkan sedikit air untuk cairkan kuah.
5. Masukkan jagung, sedikit gula dan garam. Perasakan kuah ikut citarasa sendiri.
6. Sekiranya sudah cukup rasa dan juga daging serta bebola sudah masak, ketepikan.
7. Toskan spageti yang direbus tadi sekiranya spageti sudah masak.
8. Tuangkan kuah spageti ke atas spageti.
9. Taburkan keju parut di atas spageti.
10. Siap dihidang jika sudah sedia.


Selamat mencuba..(^.^)

2 comments:

Unknown said...

nak jugak! nak jugak! terliur dh ni

Lat'z said...

@faridah nazurah cubalah resepi ini..he3...dh terliur tu mesti cuba tau..lgpun resepinya tak susah..^.^

Penaja Blog