Sunday, 6 November 2011

Benarkah aku di dalam hatimu?

Janganlah dikau tanya ke mana aku pergi sekiranya jasadku tidak kelihatan pada pandangan matamu, bukankah dikau juga yang selalu mengatakan bahawa aku senantiasa berada di dalam hatimu? Sesungguhnya aku ingin dikau tahu bahawa engkau juga senantiasa dalam hatiku. Setiap degupan jantungku adalah untukmu. Wajahmu sering terbayang-bayang dalam kepalaku. Namamu sering ku sebut di dalam hati ketika aku merindui dirimu. Tidak kira ke mana aku pergi, dikau senantiasa bersamaku. Aku sentiasa membawa dikau ke mana saja aku pergi kerana dikau hidup di dalam hatiku. Oleh itu, janganlah dikau tanyakan ke mana aku pergi sekiranya jasadku tidak kelihatan. Andainya dikau masih tidak tahu ke mana aku pergi, bermakna aku sudah berada jauh dari hatimu. Kemungkinan aku sudah hampir hilang di dalam ruang hatimu. Ataupun sudah tiada ruang lagi di dalam hatimu untuk aku.  (-.-)



No comments:

Penaja Blog