Friday 11 November 2011

Bantuan persekolahan RM100 akan diberikan

Berita gembira kepada semua ibu bapa kerana kerajaan akan menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang dan bantuan wang tersebut sudah disalurkan ke dalam akaun sekolah masing-masing mulai semalam. Bantuan persekolahan tersebut akan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012 pula akan menerimanya pada Januari.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkan kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.

Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan pelajar 5,061,574 pelajar, sekolah agama negeri 313,373, sekolah perendirian 125,465 serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan kolej tentera 32,328.

Sumber : Berita Harian.

No comments:

Penaja Blog