Saturday, 1 October 2011

Ikan Bawal Sweet & Sour



Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit tepung menggoreng - tepung kentucky
Minyak untuk menggoreng ikan

Bahan untuk kuah :

1 biji tomato
1/4 timun dihiris panjang
1/4 bawang besar
Sos cili secukupnya
Garam dan perasa
Sedikit gula
2cm Halia -dihiris halus
Air secukupnya


Cara2:

1. Gaulkan ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit serta tepung menggoreng. Kemudian, goreng ikan bawal dengan minyak, ketepikan bila sudah masak.
2. Tuangkan sedikit minyak, masukkan halia dan kacau.
3. Masukkan sos cili bersama sedikit air, kemudian masukkan garam dan bahan perasa serta gula.
4. Masukkan timun, bawang besar dan tomato ke dalam kuah tadi. Kacau rata dan biarkan menggeledak sebentar.
5. Sekiranya kuah sudah cukup rasa, tuangkan kuah tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba..(^.^)

No comments:

Penaja Blog