Saturday 3 September 2011

Tips Bagi Yang Bakal Menduduki Peperiksaan



Tak lama lagi UPSR akan menjelang, begitu juga dengan SPM dan STPM..
Lat'z tengok ada beberapa rakan blogger yang masih muda dan ada yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ni..Lat'z nak share beberapa tips dalam persediaan menghadapi peperiksaan.

1. Membuat ulangkaji bagi subjek yang lemah
- Daripada setiap ujian bulana atau peperiksaan semester, kita dapat mengetahui mana satu subjek yang lemah. Oleh itu, banyakkan ulangkaji subjek tersebut. Baca berulang2 sampai dapat hafal lagi bagus...

2. Membuat latihan bertubi dengan menjawab soalan kertas ramalan
- Cara ini amat berkesan kerana Lat'z pernah guna semasa Lat'z menduduki PMR dulu, masa tu Lat'z lemah dengan subjek Geografi dan Sejarah. Jadi Lat'z beli dan menjawab banyak2 soalan kertas ramalan. Dengan menjawab soalan ramalan mampu membantu dalam semasa menjawab soalan semasa peperiksaan yang sebenar. Kadang2 soalan ramalan akan keluar semasa peperiksaan sebenar.


3. Membuat ulangkaji sebelum tidur
- Luangkan sedikit masa sekurang2nya 30 minit bagi membaca @ mengulangkaji sesuatu subjek sebelum masuk tidur. Mungkin anda perlu membuat satu jadual untuk membuat ulangkaji. 1 minggu ada 7 hari...pandai2lah bahagi masa untuk mengulangkaji...Alaa..duduk depan laptop berjam2 dapat..apa salahnya luangkan masa 30 minit atau lebih untuk membuat ulangkaji.


4. Membuat ulangkaji di awal pagi
- Cara ini lagi berhasil sebab belajar di waktu pagi amatlah sesuai kerana otak masih segar dan maklumat yang kita pelajari mudah diingati. Lagipun ada kajian yang menunjukkan belajar di waktu pagi berkesan. Lat'z dulu bangun pukul  4 pagi..!! untuk mengulangkaji pelajaran. Masa tu Lat'z luangkan masa 1 jam sampai pukul 5..pastu tidur semula dan bangun semula pada pukul 6 pagi untuk siap sedia turun sekolah. Tiap2 hari Lat'z buat macam tu...anda akan menjadi orang yang dapat mengingati apa yang anda pelajari sebab belajar di waktu pagi menguatkan daya ingatan seseorang.


5. Jangan tidur lewat, tidur sebelum 10pm
- Kalau boleh jangan tidur lewat kerana kalau anda tidur lewat, anda tidak dapat "mengulangkaji" semasa tidur..Kenapa..tak percaya ke yang semasa tidur pun kita dapat ulangkaji?? Ini adalah berdasarkan satu kajian yang telah dibuat oleh santis barat di mana mereka mengkaji bagaimana waktu tidur dapat membantu dalam proses pembelajaran. Lat'z tengok chanel Astro sebab tu tahu..hehe..tapi memang betul, setiap apa yang kita lakukan pada waktu siang, kekadang masa tidur kita akan melakukan lagi perkara yang sama. Masa Lat'z masih sekolah dulu, kalau esoknya nak exam matematik, malam masa tidur tu dah menjawab soalan matematik..!! Haha..Sampai sekarang bila dah kerja, malam hari tidur mimpi pula buat kerja opis..haha..Lat'z pernah mimpi edit html semasa tidur..(O.o)


6. Amalkan minum kopi setiap pagi bagi perempuan dan tidak kepada lelaki
- Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh barat, kopi mampu mempengaruhi kecerdasan otak seseorang dan dapat meningkatkan daya ingatan. Lat'z baca info ni di suratkhabar, lepas baca artikel tu, Lat'z amalkan minum kopi setiap hari, tapi jangan selalu sangat, secawan cukuplah nanti ketagih pula...Kenapa pula Lat'z kata minum kopi baik untuk perempuan dan bukannya lelaki?? Sebab dari info yang Lat'z baca tu, berdasarkan kajian yang mereka lakukan. Sekumpulan lelaki dan perempuan telah diberikan secawan kopi untuk diminum dan selepas itu mereka diberikan soalan kuiz. Hasil dari kajian itu menunujukkan perempuan lebih cepat menjawab kesemua soalan yang diberikan manakala lelaki mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana kopi melembapkan otak lelaki. 


7. Banyakkan mengulangkaji pelajaran dan bukannya online
- Dah tau dah nak exam, kurang2kanlah online tu, kurangkanlah aktiviti main FB atau berblogging....
Sebaliknya penuhkan masa dengan membuat ulangkaji pelajaran. Kalau tak pun buat satu jadual bahagikan masa ulangkaji dan online..Jangan nanti di kemudian hari semasa mendapat keputusan peperiksaan, anda pula timbul perasaan menyesal kerana tak ulangkaji kerana habiskan masa online...


8. Belajar atau ulangkaji secara berkumpulan
- Belajar secara berkumpulan dapat membantu kerana kita akan mendapatkan pelbagai idea dan cadangan dari kawan2 mengenai sesuatu pelajaran. Contohnya teknik menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, kita juga boleh saling bertukar pendapat dan juga mengajar kawan2 yang lain sekiranya mereka kurang faham. Dengan mengajar orang lain kita dapat meningkatkan lagi daya kemahiran kita. Tapi ingat, kita mesti belajar semasa berkumpulan itu, jangan pula bergosip dan membincangkan hal yang lain pula..


9. Menghadiri kelas tambahan
- Melalui kelas tambahan, kita dapat memahami sesuatu subjek itu lebih teliti dan lebih mendalam. Oleh itu, hadirilah kelas tambahan yang dianjurakan oleh cikgu anda ataupun menghadiri kelas tuisyen di luar.


10. Menjaga kesihatan melalui pengambilan makanan
- Jangan mengambil makanan yang terlalu berlemak dan berkalori tinggi kerana kesan pengambilan makanan ini serba sedikit mempengaruhi kecerdasan otak dan mampu melembapkan daya ingatan. So, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah-buahan, selain itu kismis juga mampu dalam menigkatkan daya ingatan kita. 


Ini adalah antara tips yang dapat Lat'z berikan kepada adik2 yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga berjaya dalam pelajaran anda kerana pelajaran itu menentukan masa depan anda. 

15 comments:

Gary Asip said...

wah.. boleh guna masa kat uni nanti ni... huhuhu~.. thanks3!!

Anonymous said...

sangat berguna :)

Yvonne Vonne said...

Thanks bagi tips-2 :D

Syazwan said...

sekarang nak prepare untuk final je ;)

Lat'z said...

@GaRy™ Semoga berjaya dlm pelajaran..(^.^)

Lat'z said...

@Anniesya harap dapat membantu..(^.^)

Lat'z said...

@мяƨ.cяαzʏ ur welcome..(^.^)

Lat'z said...

@SyazwanSarawakow yaka..gudluck yer..

biela bell said...

setuju dengan entri nie..bell pun dlu amalkan mcm nie..tapi bell tak ambik kopi..ambik sphyru..mmg berkesan.sphyru lbih kurg mcm kopi tapi nie extra dari segi ksihatan..emm.klas tambahan tu selalu dengan kwn2 je..bincang dengan kumpulan..siap ada guru muda..huhu

Lat'z said...

@Bell
ow..Lat'z dulu pun cuma kopi je tak amal..baru tahun ni yg baca info ttg kopi tu...

FadzMeera said...

tq ya sharing tips nie..:)

Lat'z said...

@FadzMeera ur welcome..(^.^)

acan ketot said...

done!!
da ltak kat meja for guidance..hehe

Lat'z said...

@acan ketot wahh..well done acan...gudluck ya...(^.^)

said...

nice tips.nanti kena ikut tips ni laa :)

Penaja Blog