Friday 16 September 2011

Sikap Suka Membuli Dan Suruh Orang Lain Buat Kerja


Pernah tak anda disuruh buat kerja yang bukan sepatutnya anda yang buat??
Contohnya kalau di sekolah, rakan anda suruh anda buat kerja rumah dia..(O.o)
Dulu masa Lat'z sekolah, rakan sekelas Lat'z suka tiru kerja rumah Lat'z tapi Lat'z tak pernah buat kerja rumah orang semasa zaman sekolah dulu. 

Kalau kita suka suruh orang lain buat kerja, akibatnya dia yang akan pandai dan bukan anda kerana dia buat kerja yang sepatutnya anda buat. Kalau anda malas nak buat matematik, suruh orang lain yang buat, lama-kelamaan orang itu akan terror dalam matematik, mana taknya, otak dia berfikir dan bekerja banyak dari otak anda..

Kalau dilihat dari situasi tempat kerja, kalau rakan kerja anda suruh anda buat kerja dia, tu tandanya dia malas. Kalau anda terpaksa buat juga kerana dibuli, buat je sebab jangka masa panjang anda yang akan untung sebab anda akan menjadi pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang itu.

Selalunya bila orang suruh anda buat kerja dia, ada sesetengah orang akan buat dengan sebaik mungkin dan ada yang buat kerja orang itu asal buat je..(dah nama bukan kerja anda)..tetapi bila hasil kerja anda mengundang ketidakpuasanhati oleh dia yang suruh buat kerja dia..baik anda kata "Lain kali jangan suruh saya buat"..dengan statement begitu, nescaya dia takkan suruh anda buat kerja dia lagi..ini boleh dikatakan dengan orang yang suka membuli anda dengan menyuruh anda membuat kerja dia.

Pernah tak anda dengar "Lembu punya susu, kambing dapat nama" ??
Kalau anda buat kerja orang, orang tu yang akan dapat nama dan pujian dari orang lain yang tidak tahu bahawa kerja itu anda yang buat. Sabar je la tak dapat pujian, yang penting Tuhan tahu dan nampak anda yang buat  kerja itu. Dan satu lagi bila anda yang buat kerja orang itu dan hasil kerja anda itu berjaya atau berhasil, maka di sebaliknya anda telah maju ke hadapan berbanding dengan orang yang membuli anda dengan membuat kerja dia. Tak perlu nak sakit hati dengan orang yang suka membuli anda membuat kerja dia kerana di penghujungnya, anda yang akan beruntung kerana mempunyai pengalaman dan lebih mahir dari orang itu. Lambat laun orang lain akan tahu juga yang selama ini adalah anda yang buat kerja itu dan bukannya seperti yang disangkakan.

Tapi jangan sampai anda menjadi kuli orang dengan melakukan kerja yang tidak mendatangkan faedah kepada anda. Kalau orang membuli anda dengan menyuruh membuat kerja yang ada kaitan dengan pejabat atau sekolah (bagi yang bersekolah) itu tidak mengapa sebab anda akan mendapat ilmu yang lebih dalam sesuatu bidang itu. Kalau orang yang membuli anda dengan menyuruh anda melakukan kerja yang tidak mendatangkan faedah seperti suruh beli makanan, suruh ambil barang dan lain2 yang merujuk kepada kerja yang cuma untuk kepentingan dia, tak payah lah anda nak layan sangat karenah orang itu. Bila sekali dia suruh lalu anda ikut maka dia akan suruh lagi buat kali ke 2 dan begitu juga selanjutnya jika anda masih menurut perintah dia. Maka akhirnya anda akan menjadi kuli dia..(O.o).. Cara nak mengatasinya, anda berilah alasan yang anda sibuk atau ada benda lain nak buat. Jangan takut untuk mengatakan "saya tidak dapat" kerana sampai bila anda nak kena buli??

Akhir kata dari Lat'z, janganlah suka membuli orang dan jangan sampai anda kena buli.


2 comments:

Pendamba Mawar said...

semua keja buat sendiri je time skolah dulu..hahaha

Lat'z said...

@Pendamba Mawarbaguslah kalo macam tu..jgn mengharapkan org sbb kita kan nak berjaya..

Penaja Blog