Saturday, 17 September 2011

Resepi : Lat'z Bread Roll

Lat'z Bread Roll

Bahan- bahan :

Roti bantal @ roti sandwich (jumlah ikut suka)
1 biji telur ayam
2 keping beef (burger)
1/2 biji bawang besar, hiris halus
2 sudu makan jagung dalam tin
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit maggie seasoning (kalau tiada guna garam & ajinamoto)
Sedikit Sos Cili
Sedikit Sos Lada

Cara-cara :


1. Panaskan kuali dan goreng telur, hiriskan telur segi 4 tepat. ketepikan.
2. Panaskan kuali dan letakkan roti bantal di kuali, jangan sampai hangus. Lakukan berapa keping yang anda hendak. Roti tersebut potong kepada 2 bahagian.

Lihat gambar di bawah (gambar bread & telur goreng)



Untuk inti Bread Roll:

1. Panaskan kuali dan gorengkan beef burger, hancurkan beef dalam kuali, masukkan bawang besar yang sudah dihiris tadi ke dalam kuali.

2. Perasakan masakan dengan sedikit sos cili, sos lada dan maggie seasoning. 

3. Bila masasaka tadi sudah masak, masukkan jagung dan kacau, biarkan sebentar dan angkat.

Lihat gambar di bawah (Inti Bread Roll)


Akhir sekali. letakkan hirisan telur di atas kepingan roti dan letak juga sedikit inti dan roll'kan roti tersebut. Buat hingga roti habis @ inti habis. (^.^)

Kalau ada mayonis lagi sedap makan Bread Roll ini..hehe..cecah dengan sos cili kalau masih tak pedas...

Selamat Mencuba..(^.^)
Bread Roll ini breakfast Lat'z pagi tadi...hehe

4 comments:

アヌム ちゃん said...

nyummy nmpk sedap...

Lady Diana @ Lat'z said...

@アヌム ちゃんmemang sedap..try la kalo ada masa..hehe

Emilly Amisa said...

thanks bg resipe~~~ :D nak try~ nak try... lpas emi try, emi post jg k...

Lady Diana @ Lat'z said...

@Emilly Amisapost ja resepi untuk dikongsi bersama..hehe

Penaja Blog