Saturday, 17 September 2011

Bubur Kacang Campur Lat'z


Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau
1 cawan biji barli
1 tin jagung
1/2 cawan biji sago
Susu cair @ susu pekat
Air secukupnya untuk merebus bubur
1 helai daun pandan (supaya bau bubur yang lebih sedap)

*jumlah kacang hijau, biji barli, jagung dan biji sago adalah ikut sukahati anda. (^.^)

Cara-cara:

1. Rendamkan kacang hijau, barli selama beberapa jam bagi mempercepatkan proses memasak.

2. Masukkan air secukupnya di dalam periuk

3. Buangkan air rendaman kacang hijau dan barli tadi dan masukkan ke dalam periuk dan rebuskan. 

4. Masukkan sekali daun pandan besertakan biji sago.

5. Masak hingga masak, bila semua sudah masak, masukkan jagung. Kacau dan biarkan seketika.

6.  Selepas masak, bubur boleh diangkat dan perasakan bubur dengan susu cair @ susu pekat ikut suka. Kalau masa masak nak bubuh sikit gula pun boleh.

Selamat mencuba..(^.^)
Bubur kacang ini  breakfast Lat'z kelmarin..hehe

No comments:

Penaja Blog