Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Penjawat awam akan diberikan setengah bulan gaji ataupun minumum RM500, manakala pesara akan mendapat RM500.
Bonus dan bayaran khas ini akan dibayar pertengahan bulan ini. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Bernama.
Ulasan Lat'z (^.^)
Dari minggu lepas dengar khabar angin tentang bonus ni..Syukurlah akhirnya Perdana Menteri kita mengumumkan pemberian bonus tersebut kerana ramai di antara kakitangan kerajaan mengharapkan pemberian bonus tersebut. Ye la...takkan tahun lepas ada bonus raya tahun ni tak ada??
Emm...tapi cuba kita fikir sejenak, kenapa asyik Raya je dapat bonus?? Masa Tahun Baru Cina, masa GAwai, masa Christmas, masa Deepavali..tak pernah pun ada bonus?? (O.o)..kalau kerajaan betul2 perihatin dan menghargai kakitangan kerajaan. Pasti setiap Perayaan di Malaysia diberikan bonus.
Satu lagi angin sempoi2 yang Lat'z dengar ialah kenaikan gaji sebanyak 15% !!..wahh..berita baik tu kalau dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Lagipun sekarang ni, barang-barang pun banyak naik harga di pasaran. Taraf hidup sudah meningkat dan kebanyakan kakitangan kerajaan mengeluh kerana kekurangan perbelanjaan berikutan dengan kenaikan barang keperluan.
Selain itu, satu lagi angin sempoi2 yang Lat'z dengar ialah penyelarasan gaji bagi semua kakitangan yang gaji pokoknya kurang dari Rm1000. Penyelarana gaji itu ialah mengenapkan gaji pokok kakitangan kerajaan dari RM800 kepada RM1000...emm..untunglah bagi kakitangan yang baru berkhidmat kurang dari 1 tahun terus makan gaji pokok RM1000..penyelarasan yang terakhir dibuat adalah pada 2008 di mana gaji minumum adalah RM800..sebelum itu kakitangan kerajaan hanya makan gaji pokok Rm600 sebulan..Diharapkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan gaji tersebut...Sudah semestinya kakitangan kerajaan akan lebih gembira dengan tindakan kerajaan yang menghargai perkhidmatan para kakitangan kerajaan.
No comments:
Post a Comment