Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

[Resepi] : Steam Chicken / Ayam Kukus


Resepi ini adalah resepi Lat'z sendiri...
Lat'z masak sebegini berikutan dengan masalah kesihatan yang Lat'z hadapi..
Baca >> POST ENTRY INI << untuk maklumat lanjut....
Ayam kukus ni bagus untuk kesihatan...
kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak..
kalau tidak anda akan menghidapi penyakit Choledocholithiasis seperti Lat'z..

STEM CHICKEN / AYAM KUKUS

Bahan- bahan:

Paha ayam dan kepak ayam
Halia, dihiris
Serbuk lada
Garam
Ajinamoto


Cara-cara:

1. Cuci ayam sebersihnya dengan air. Letakkan ayam di dalam mangkuk steel @ mangkuk kaca.
2. Gaulkan ayam dengan halia, garam, ajinamoto dan serbuk lada. Gaul sebati.
3. Ayam dikukus dalam masa 30 minit atau hingga masak. Tidak perlu letak air pada ayam anda kerana ayam tersebut akan mengeluarkan air dan minyak dari isinya sendiri selepas dikukus. 

SELAMAT MENCUBA..^.^

p/s : Rajinkan jejari anda untuk meng'klik iklan di bawah menu bar blog Lat'z..
Thanks ya..^.^ kalau tak sila klik SINI.



Friday, 13 January 2012

Apa Itu Belly Button?? Semua Orang Ada Belly Button




Belly Button tu sebenarnya Lubang Pusat anda...
Ataupun lubang yang ada kat perut kita semua..^.^
Setiap orang mempunyai lubang pusat ini sejak dalam rahim ibu lagi...


Semasa dalam kandungan ibu kita, kita menggunakan tali pusat untuk mendapatkan makanan dari ibu kita..Oleh itu, para ibu hendaklah mengambil pemakanan yang berkhasiat dan penuh nutrisi supaya bayi yang di dalam kandungan mendapat keperluan makanan yang sepatutnya.


Semasa melahirkan bayi, bayi tersebut haruslah menangis bagi memastikan bayi itu sihat.
Kalau bayi tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan, itu bermakna bayi itu mempunyai masalah dan haruslah diperiksa keadaan dan kesihatan bayi itu.

Setiap bayi yang lahir haruslah dipotong tali pusatnya sebaik sahaja dilahirkan dan meninggalkan sedikit sahaja tali pusat tersebut di perut bayi tersebut (dalam 1cm - 3cm)
Tali pusat bayi mengambil beberapa hari untuk tanggal dari pusat. Tali pusat ini hanya akan tanggal selepas ia kering. Oleh itu, tali pusat ini haruslah disapu dan dibersihkan dengan menggunakan ubat beralkohol yang diberikan oleh pihak hospital atau klinik kesihatan.


Setiap orang mempunyai rupa bentuk pusat yang berlainan. (Cuba tengok pusat anda..^.^)
Ada pusat yang tenggelam dan ada yang timbul...O.o..tapi semua orang ada pusat tau, jangan kata anda tiada pusat..kalau ada tiada lubang pusat maka anda adalah ALIEN..!! 
ha3..makluk dari planet mana pula...em...pernah tengok cerita Kyle XY ??


Kyle tidak mempunyai pusat tau..
nak tahu lebih lanjut tentang cerita Kyle XY..
klik link bawah ni..^.^




Lubang pusat ini tiada fungsinya juga, tapi agaknya kalau lubang pusat tu bocor, keluar ke angin dalam perut? haha3..O.o..
 Sekarang ini menjadi fesyen untuk tayangkan pusat, ramai gadis2 yang suka pakai baju hanging untuk menayangkan pusat dan perut...emm...tengok2 la dulu pusat dan perut anda tu, kalau CANTIK & BERSIH takpe kalau nak bagi orang tengok...kalau kotor dan parut sana sini..eeeccaakkk....lelaki pun tak nak pandang...
Kepada gadis2, sebaik2nya janganlah menayangkan pusat anda, kerana anda secara automatik akan dilabelkan perempuan yang sosial...
Orang sekeliling pun akan memandang anda dengan pandangan yang semacam..

JAGALAH IMEJ..JAGALAH MARUAH ANDA SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN..^.^

Sumber : sciencebuzz


Saturday, 7 January 2012

Penyakit Choledocholithiasis [Batu Dalam Hempedu]



gambar cholesterol gallstones 







Lat'z tak update blog dan tak online beberapa hari yang lepas dan akan datang adalah disebabkan Lat'z telah dimasukkan wad pembedahan di Hospital Umum Sarawak pada 3 Januari 2012.

Tengok atas tu..itulah nombor katil Lat'z dan nama penyakit yang dihidapi oleh Lat'z..
Lat'z disahkan menghidapi Choledocholithiasis < klik link ini untuk maklumat lanjut tentang penyakit tersebut..^.^

Batu Lat'z adalah kategori cholesterol gallstones iaitu batu kolestrol disebabkan memakan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi secara berlebihan..

Pada 4hb Januari Lat'z menjalani  Prosedur ERCP untuk memecahkan batu yang berada di salur hempedu Lat'z..Proses ERCP adalah proses di mana hos berkamera dimasukkan ke dalam mulut..

Tengok video bawah ini untuk melihat proses ERCP..


Bawah ini adalah video ERCP choledocholithiasis..


Untuk maklumat lanjut tentang Choledoclithiasis, sila klik link di bawah :


p/s : Lat'z akan menjalani pembedahan membuang hempedu pada 9 Januari ini..Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar..^.^

Penaja Blog