Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Tuesday, 18 October 2011

Cerpen : Keseorangan Meniti Ranjau #2


Mengapa tatkala aku berseorangan harus ada airmata yang menemani aku? Mengapakah aku menjadi seorang yang begitu murah airmata. ketika ini aku sedang melakukan kerja di pejabat dan tiba-tiba pula airmataku mengalir. Bingkasku mengelap airmataku agar tiada rakan kerja yang perasan yang aku sedang menangis.

Situasi di tempat kerja kadang kala membuat aku tertekan. Tertekan dengan kerja yang diberi oleh majikan, tambah pula ada rakan kerja yang suka membuli aku dengan menyuruh aku melakukan kerja mereka. Mengapa aku harus mengharungi semua ini? Aku hanya insan biasa yang sangat lemah.

Namun aku bersyukur kerana kini aku mempunyai pekerjaan. Hasil pendapatan yang aku perolehi sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaanku.  Apa yang aku perlukan ialah kata-kata semangat agar aku dapat meneruskan hidup ini. 

Keseorangan meniti ranjau kehidupan amatlah sukar bagi aku. Adakah aku akan menghembuskan nafasku ketika aku sedang keseorangan? Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi.


-Tamat-

Hasil karya : Lady Diana

Friday, 14 October 2011

Cerpen : Keseorangan Meniti Ranjau #1




Tiba-tiba aku terbangun pada pukul 2 pagi, perutku berasa lapar, mataku mengantuk tetapi sukar nak lelapkan mata kerana perutku berbunyi menandakan aku perlu makan sesuatu. Apa yang aku takut ialah gastrik ku kembali menyerang. Bingkasku bangun dari katil dan menuju ke dapur untuk masak sesuatu bagi mengelakkan perutku terus berbunyi kelaparan.

Aku pun memanaskan nasi yang dimasak olehku malam tadi. Aku buatkan sup telur dan membuka makanan dalam tin sebagai santapan aku dinihari yang dingin ini. Aku pun duduk menjamu selera supaya perutku tidak kelaparan.

Tanpa aku sedari semasa aku menyuapkan nasi ke dalam mulutku, airmata mengalir di pipiku. Hatiku tiba-tiba rasa sayu dan pilu dengan keadaan yang berlaku. Aku teringatkan dengan keluargaku yang jauh di sana, mak, ayah, abang, kakak. Kenapa mereka tidak bersama dengan aku? Disebabkan kerja dan mencari rezeki, aku terpaksa berjauhan dengan keluargaku dan hidup berdikari. Tiada siapa yang tahu apa yang aku lalui dan tempuhi setiap hari. 

Badanku menjadi kurus, bukan kerana tidak mahu makan tetapi tiada selera. Mana tak nya kalau berseorangan memang tiada selera untuk makan. Aku mengharapkan ada seseorang menemani aku makan ketika ini. Betapa sedih dan pilunya hatiku kerana hakikatnya aku berseorangan ketika ini. Namun, segalanya ditakdirkan sebegini. ku tabah dan pasrah kerana aku yakin yang terbaik akan tiba, yang terindah akan berkunjung jua. Oh Tuhanku!!..hanya padamu ku berserah segala keperitan, kesepian, dan kesunyian yang ku alami ketika ini. Aku redha dan aku berazam untuk meneruskan ranjau kehidupan yang berliku ini. Walauapapun yang terjadi, aku akan tetap tabahkan hati, kuatkan semangat kerana aku yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebalik semua ini. 


akan bersambung.........
Hasil karya : LadyDiana 

Penaja Blog