Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Friday, 13 January 2012

Bayaran BR1M bermula 15 Januari


KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
"Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut beliau, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.
"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," jelas beliau.
Katanya, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.

sumber : Kosmo

Saturday, 10 December 2011

Pelaksanaan Pemberian Bantuan Tunai RM500 Bagi Meringankan Beban Kos hidup Rakyat



Lat'z pasti semua tertunggu2 borang pendaftaran bagi mendapatkan bantuan tunai 
RM 500 dari LHDN kan..
Lat'z pun sama juga..^.^..
Bawah ini ada pengumuman dari LHDN..Anda boleh tengok di laman LHDN sendiri..

 

Anda boleh baca kenyataan akhbar dari YB Menteri Kewangan II >> DI SINI


Sumber : LHDN

Thursday, 1 December 2011

Pedaftaran Pemohanan Bantuan Kewangan Mulai 10 Disember Ini.


Berita baik untuk semua!!


Sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu berita ini. Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran secara percuma mulai 10 Disember  ini di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.
Anda hendaklah menghantar borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara. Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.
sumber : Berita Harian
p/s : Mohon jangan tak mohon, ini hanya untuk tahun 2012 saje 2013 kena  tunggu Bajet 2013..O.o

Wednesday, 30 November 2011

Borang Bantuan RM500 Akan Diedarkan Esok?



Mengikut pembentangan Bajet 2012 yang lepas, wang bantuan RM500 akan disalurkan kepada isi rumah yang  berpendapatan rendah kurang dari RM3000.

Pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dikatakan akan mengedarkan borang bantuan kewangan tersebut bermula 1 Disember 2011.

Bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan tersebut, anda diminta untuk mengisi borang tersebut dan menghantarnya kepada pejabat LHDN yang terdekat. Kemudian anda hanya perlu menunggu untuk mendapatkan jawapan dari pihak LHDN sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat LHDN atau pergi ke laman LHDN

www.hasil.org.my

p/s : Pastikan anda mendapatkan borang tersebut dari LHDN dan menghantarnya kepada LHDN...^.^

Friday, 11 November 2011

Bantuan persekolahan RM100 akan diberikan

Berita gembira kepada semua ibu bapa kerana kerajaan akan menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang dan bantuan wang tersebut sudah disalurkan ke dalam akaun sekolah masing-masing mulai semalam. Bantuan persekolahan tersebut akan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012 pula akan menerimanya pada Januari.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkan kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.

Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan pelajar 5,061,574 pelajar, sekolah agama negeri 313,373, sekolah perendirian 125,465 serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan kolej tentera 32,328.

Sumber : Berita Harian.

Penaja Blog